Revolusi Industri 4.0

Topik ini agak berat

Revolusi Industri 4.0 ini kerap diperkatakan oleh pensyarah aku di zaman Politeknik dan Unimap. Mengapa?

Baca dulu apa maksud revolusi Industri 4.0 ni dan aku akan rungkaikan apa kesan-kesannya terhadap golongan muda seperti kita.

Terma Industri 4.0 mula diperkatakan seawal 2011 di Jerman namun, ia mendapat perhatian ketika Forum Ekonomi Dunia pada 2016 yang mengisytiharkan dunia ketika ini berada di ambang revolusi industri keempat.

Pensyarah Kanan Jabatan Elektrik, Elektronik dan Kejuruteraan Sistem, Fakulti Kejuruteraan Alam Bina di Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Sawal Hamid Md Ali berkata kata kunci revolusi itu membawa maksud perubahan yang besar dan pantas yang berlaku di dalam perkembangan industi yang bermula sejak kurun ke-18 apabila penggunaan air dan wap ditemui.

Dikenali sebagai Revolusi Industri 1.0, enjin wap digunakan untuk menggerakkan keretapi, kenderaan dan sebagainya ketika itu.

Kemudian, sebelum Perang Dunia Pertama, satu lagi perubahan berlaku apabila ahli sains menghasilkan penemuan baru seperti elektrik, yang menggerakkan Revolusi Industri 2.0 dengan terhasilnya telefon, kapal terbang dan kenderaan yang berasaskan Internal Combustion Engine.

“Apabila adanya elektrik, bermulalah pengeluaran produk secara besar-besaran dengan wujudnya kilang-kilang pengeluaran,” katanya kepada Bernama.

Selepas itu, Revolusi Industri 3.0 muncul pada akhir 1960-an. Zaman Revolusi Industri 3.0 juga dikenali sebagai revolusi digital di mana pelbagai peralatan elektronik dan digital dihasilkan seperti kamera, televisyen, radio dan sebagainya. Perkembangan tekonologi internet turut berlaku di zaman itu.


Dan sekarang, ia beralih kepada Revolusi Industri 4.0 yang pada dasarnya diasaskan daripada industri 3.0 iaitu revolusi digital.
Apa yang membezakan Industri 3.0 dan Industri 4.0 adalah ketersambungan antara teknologi digital dengan manusia dan sistem fizikal yang lain.

“Revolusi Industri 4.0 adalah tentang sistem fizikal siber dengan sistem boleh menghubungkan dunia digital, sistem fizikal sistem biologi seperti manusia melalui internet.

“Dalam Industri 3.0, teknologi itu tidak berhubung secara langsung dengan manusia tetapi sekarang dalam Industri 4.0, ia ada hubungan dua hala antara manusia dan peralatan elektronik yang menjadikan manusia itu sebahagian dari teknologi.

“Data dari manusia digunakan untuk peralatan elektronik itu menjalankan fungsinya dengan lebih baik seperti apa yang berlaku dalam telefon pintar, televisyen pintar, rumah pintar dan sebagainya,” jelasnya tentang perbezaan tersebut.

Sememangnya apabila teknologi makin berkembang, banyak kerja yang akan menjadi lebih mudah betul?

Ya, tapi jangan seronok dulu ya.

Peluang hilang pekerjaan

Banyak pekerjaan yang akan digantikan dengan teknologi. Bagi golongan pertengahan yang bekerja sebagai operator yang sudah SEMESTINYA akan terjejas.

Contoh pertama ialah penjaga kaunter tol. Beberapa tahun sebelum ini, pembayaran bagi lebuhraya ialah secara manual dan automatik.

Mulai pertengahan 2017/2018, semuanya automatik menggunakan TouchnGo dan Smarttag. Jika dalam Malaysia ada lebih dari 30 tol, dan dalam satu tol sepatutnya ada 5 atau lebih orang juruwang tol.

30×5 = 150 atau lebih sudah hilang peluang pekerjaan.

Teknologi sudah menggantikan kerja mereka.

Ini boleh diklafikasikan sebagai golongan pekerja tidak mahir, maksudnya tanpa kelayakan pun boleh bekerja.

Kerja yang sebegini lambat laun akan hilang ditelan zaman teknologi yang makin berkembang ini.

Bagi golongan yang sudah berpencen, maka mereka tidak perlu risau sangat sebab ada wang pencen dari kwsp dan harta yang mereka kumpul ketika bekerja dulu.

Bagaimana pula golongan muda yang masih belajar ataupun baru menghabiskan pengajian?

Ya anda patut risau.

Jika anda seorang yang pure talented dan rajin, saya rasa tiada masalah ke mana anda pergi pun boleh hidup.

Bagi golongan yang lambat tangkap, dan kadang-kala malas ini yang akan merasai keperitan revolusi industri 4.0 ini.

Kita kena tambah lagi kemahiran sedia ada, setiap hari niatkan dalam hati hari ini lebih baik dari semalam, jangan cepat mudah rasa puas hati dan selesa.

Jika anda belajar jurusan engineering, saya rasa anda masih perlu mengusai jurusan lain juga seperti marketing, bisnes dan sebagainya.

Tidak semestinya jurusan yang anda belajar di universiti, itu yang anda akan kerja nanti melainkan ada rezeki anda untuk kerja dalam jurusan itu.

Saya juga dahulu bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan berjaya. Tapi kerana saya merasakan pembelajaran untuk bisnes tidak sesuai jika hanya teorikal.

Jadi saya mengambil jurusan yang saya tidaklah minat (dari hati) iaitu engineering sejak sekolah menengah.

Kemudian diploma dalam Electronic Engineering kemudian menyambung ijazah dalan jurusan yang sama.

Dalam waktu saya belajar, saya sambil-sambil membuat perniagaan secara online. Itu saja yang saya mampu buat.

Akhirnya, saya tidak menjadi engineer pun. Saya anggap itu hanyalah tempat untuk saya dapat ilmu tambahan untuk membuatkan saya lebih istimewa dari ahli perniagaan lain. Saya mempunyai background electronic engineering.

Tapi bila-bila masa saya boleh masuk balik ke dalam bidang engineering jika saya mahu.

Jadi, sudahkah anda membuat persediaan untuk revolusi industri 4.0? Di mana hanya pekerja mahir yang boleh orang panggil “cukup makan” la.

Bila kita mempunyai satu “value” yang tidak dapat digantikan oleh robot dan teknologi. Maka kita boleh survive dalam zaman yang sangat mencabar seperti sekarang.

Bergantung pada rezeki juga, jika anda tak belajar tinggi pun, boleh saja kerja biasa-biasa dan hidup selesa.

Sekian sahaja dari saya, Amirul.

Reference : Malaysiakini

Leave comment

Amirul