Beza Perfume Original dan Fake

Ribuan perfume fake di pasaran membuatkan kita berhati-hati untuk membeli perfume original, ya lah takut bayar harga original tapi dapat perfume fake. Berikut merupakan cara untuk mengetahui beza perfume original dan fake di pasaran.

Macam mana nak beza PERFUME original dan fake ?

1. Website

Untuk check sama ada perfume authentic atau fake boleh guna serial number.

Check kat sini dengan memasukkan serial number kat website ni. http://www.checkfresh.com

Original perfume akan keluar bila tarikh manufacturer keluarkan.

Kalau tak keluar tu maksudnya fake lah.

2. Botol & Penutup Botol

Botol perfume yang original mesti high quality botol, permukaannya smooth je. Tak seperti botol fake perfume permukaannya kasar dan bergaris.

Penutup botol original perfume akan tertutup rapat sementara yang fake akan longgar.

Kau akan nampak perfume tu sendiri jernih, clear dari pandangan luar botol, yang fake akan kelihatan kabur dan tak smooth.

Yang original takkan ada bubble pada permukaan botol.

Original perfume di bawah botol tu akan ada MADE IN, contohnya YSL MADE IN FRANCE, Armani MADE IN ITALY.
Carolina Herrera Made In Spain.

3. Harga

Of cos harga original lebih mahal berbanding harga fake perfume. Biasanya rate harga original perfume untuk 100ml dan 125ml kompom RM300 – RM600 kecuali ada offer tapi jarang dan amat susah nak dapat bawah RM300.

50ml dan 75ml biasanya rate bawah RM300 sebotol bergantung juga pada brand perfume tu sendiri.

Tapi sometimes, harga orang jual online ada yang lebih mahal berbanding harga di shopping mall, thats y aku suggest walk in ke shopping mall korang boleh terus test dan check sendiri ketulenan perfume tu.

Sometimes ada juga penjual fake perfume ni kelabui mata pembeli dengan meletakkan harga sebanding original perfume.

Yang pastinya kalau 100ml dijual pada harga bawah RM200 please be carefull.

4. Tempat

Untuk confirm original aku suggest beli kat Shopping Mall seperti Parkson, Jusco, Sephora, Pavillion.

Elakkan beli melalui online sebab MOSTLY fake, reject.

Biasanya kalau ada individual seller yang banyak atau semuanya jual tester unit kat online atau offline maksudnya kau kena hati kemungkinan besar dia kerja kat shopping mall sebagai penjual perfume dan dia curi untuk jual kat luar.

5. Grammar

Check grammar spelling, kebiasaan yang fake akan salah ejaan dan grammar.

Original perfume grammar dan spelling akan betul dan tulisan tersusun rapi.

Contoh original perfume Dior Sauvage, yang fake akan eja Dior Savage. Carolina Herrera jadi Carolin Herera.

6. Serial number

Original perfume akan ada serial number yang tertera pada kotak tu sendiri dan ianya jelas, bukan digam ataupun ditampal seperti fake perfume.

Kekadang serial number pada fake perfume langsung tak tertera.

Serial number mesti matching di kotak perfume dan juga di bawah tapak botol perfume.

7.Kotak

Kotak perfume yang original memang kemas, cantik, kerana mereka gunakan paperboard yang high quality untuk melindungi perfume daripada pecah dan rosak.

Kotak fake perfume sama ada luar dan dalam kau sendiri boleh tengok quality kotak tu memang low quality. Benda ni akan nampak jelas.

Tulisan yang terpapar pada kotak pun boleh spot. Kalau yang original tersusun elok je, setiap huruf tu tersusun cantik, color takde pecah2.

Garisan barcode tu pun tak pecah untuk original perfume, color tak keluar seperti fake perfume.

8. Bungkusan

Bungkusan sealed cellophane original akan dibungkus dengan rapi dan elok serta melekat ketat, padat pada kotak.

Sementara yang fake akan ada kesan kedutan pada plastik. Perhatikan betul2 mesti akan ada kesan loose dan kedutan pada plastik bungkusan.

9. Bahan

Bahan yang tertera pada kotak original perfume akan ada banyak, yang fake perfume sikit je tertera di kotak.

10. Apply

Try sembur perfume tu pada kulit, fake perfume akan kasi tindak balas pada kulit, seperti gatal, kemerahan dan allergic. Original perfume takkan ada tindak balas seperti tu.

Kau try spray dan tengok kepala spray tu, original perfume akan keluar cantik je perfume tu dari kepala botol, yang fake kekadang tersekat, keluar pun macam nak tak nak je.

Try spray dan biarkan untuk beberapa jam tengok longevity perfume tu, kalau takat spray tahan 30 minit je tu maksudnya fake even seller claim tahan 12 jam.

11. Barcode

Barcode untuk original perfume France akan bermula dari 30-37, German bermula 400-440, Italy 80 – 83, USA CANADA bermula 00-09, Spain 84.

Image may contain: text
Kredit kepada Pendekar Muda
11 comments

  1. Gum Arabic Al-Manna
    Aug 18, 2017
    Sekarang ini semakin banyak fake perfume di pasaran. Lebih parah lagi pembeli nak pada harga yang murah.
  2. sabree hussin
    Aug 23, 2017
    Ada pun rupanya tips nak tau perfume tu fake ke ori. Aku biasa shopping perfume kat Langkawi. Murah sebab duty free. Lepas ni boleh cek sama ada tu perfume ori ke tak
  3. Asyraf Asri
    Aug 25, 2017
    Okay baru tahu. Thanks sangat ..
  4. nikkhazami
    Aug 26, 2017
    yup.. yang fake permukaan penutup mmg kasar...
  5. titan
    Sep 2, 2017
    aku memang tak minat pakai minyak wangi. bedak takpe. haha..
    • Hakim Mahmud
      Sep 8, 2017
      Bedak jimat sikit tak payah nak cari ori atau fake masuk watson atau giant beli je.. wkwkwkwk
  6. Mus
    Sep 11, 2017
    saya mmg tak mahir nak kenal pasti barang ori ke palsu.. tq info ni ya..
  7. azimah mohd zainuddin
    Oct 5, 2017
    Takut nak bei perfume branded melalui online. Selalu beli di kedai sahaja. Takut fake.
  8. Khairul Zamri
    Oct 12, 2017
    Yang ori sudah tentu dari segi harganya memang tinggi tapi kualiti juga mestilah setanding dengan harganya. Sebagai pengguna beli apa yang perlu sahaja
  9. Thenewsia
    Nov 25, 2017
    ohh macam tu ke rupanya nak detect perbezaan ye. Menarik info ni
  10. Azman
    Feb 11, 2018
    Bagaimana klau semakan code di buat.tarikh pengeluaran lebih 17tahun.adakah logik
Amirul