Impian dan Cita-cita

Semakin hari, semakin mencabar keadaannya. Ekonomi Malaysia semakin lembap selepas pertukaran kerajaan. Tiada tanda-tanda akan ada peningkatan buat masa ini.

Ekonomi huru-hara, perpaduan kaum juga begitu. Entah apa yang boleh dilakukan kita yang hanya kais pagi makan pagi.

Walaupun GST dimansuh, namun harga barang tidak turun. Itu normal, ramai yang akan mengambil kesempatan.

Harga minyak untuk RON95 diberi subsidi oleh kerajaan, namun harga tetap tidak turun. Malah kerajaan menanggung berjuta ringgit apabila harga minyak naik.

Mulai tahun depan, harga minyak akan kembali diapungkan. Rakyat marhaen seperti aku mulai risau memandangkan setiap hari menggunakan kereta dan motor.

Ada yang berkata, ekonomi itu tiada apa-apa… cuma awak tu yang tidak malas usaha. Kita yang tidak pandai ambil kesempatan yang dihidang di depan mata. Itu kata orang lah.

Aku tertanya sama ada apabila orang tidak menemui tangga untuk mengecapi impian, adakah dia akan berputus asa dengan impian yang dia telah berjanji dengan diri sendiri akan usaha sehingga berjaya?

Siapa saja dalam dunia ini yang tidak pernah gagal?

Orang yang yang berjaya ialah orang gagal yang tersakiti. Haha : P

Perancangan yang terganggu

Dahulu, aku pernah berimpian untuk memiliki kereta mewah, berbelanja tanpa perlu melihat tanda harga dan mahu dihormati oleh orang.

Semuanya tampak cantik apabila perancangan mengikut seperti apa yang dikehendaki, namun menjelang pertengahan 2018 ekonomi semakin tampak goyah.

Kuasa membeli rakyat Malaysia makin berkurang menjejaskan rentak yang telah konsisten perniagaan aku.

Sepatutnya menjelang 2021, aku menganggarkan brand yang aku bina sejak 2017 dikenali ramai dan mempunyai peminat setia tersendiri.

Tapi pelbagai cabaran juga aku hadapi termasuk dari kerajaan sendiri yang membataskan orang tempatan tersendiri untuk berjaya di Malaysia.

Bagaimana ia boleh menjadi terbatas apabila ada sekatan-sekatan tertentu untuk berniaga jika anda mengikut undang-undang dengan betul kerana aku dapati ramai orang berniaga tetapi tak mengikut undang2 dan terlepas dari cukai- cukai yang membebankan peniaga.

Bagi aku, aku tidak berminat untuk melanggar hukum agama dan juga undang-undang negara kerana aku tidak mahu duit yang aku dapat bakal dipersoalkan nanti selepas aku mati.

Ramai berkata dunia hanya sementara. Dunia ini hanya tempat persinggahan. Namun ia sekadar kata-kata bagi mereka.

Buktinya aku dapat melihat sendiri dengan mata aku usahawan di sekeliling aku tidak mengira tentang soal integriti dan hukum untuk mendapat jualan.

Setiap hari mereka akan berkongsi berkaitan agama di media sosial, namun perlakuan mereka tidak mencerminkan apa yang mereka kongsi. Aku malas nak kongsi bab #PenunggangAgama.

Kebangkitan

“Fall down seven times, stand up eight”

2019 tahun yang benar-benar aku merasa perit apabila aku melakukan kesilapan di kala market tengah down.

Aku rasa bersyukur sebab aku masih ada simpanan dan cashflow yang positif walaupun di sekeliling aku banyak perniagaan yang bankrap.

Pasaraya pun ada yang tutup, bank mengecilkan operasi dengan menutup cawangan-cawangan yang kurang transaksi.

Di kala market tengah down, ada beberapa perniagaan yang akan meningkat semasa gawat seperti perniagaan membaiki (repair), makanan keperluan, keagamaan, bundle, percutian dalam negara dan juga forex.

Apa yang aku sebut di atas, yang mana faham tu faham la kenapa ia akan meningkat naik.

Pengajarannya, sentiasa menyediakan backup plan mengikut kesesuaian zaman supaya apabila satu bisnes down dan akan ada bisnes yang up.

Kadang-kala bukan produk itu tidak bagus, cuma ia tidak sesuai pada masa tertentu.

Orang tidak beli sampin ketika awal tahun. Orang beli sampin time raya dan ada majlis perkahwinan.

Orang tak makan steak time hujung bulan, orang makan steak time gaji.

Ianya tentang timing. Waktu yang sesuai dan produk yang sesuai, semestinya akan menghasilkan sesuatu yang baik.

Okay, aku dah malas nak guna otak aku untuk tulis apa seterusnya. Jumpa lagi di next posting kalau aku rajin dan ada idea nak tulis.

Leave comment

Amirul