Mengukur Nilai

“Company besar, tapi bagi gaji ciput”

Pernah tak dengar orang cakap ataupun anda sendiri yang keluarkan perkataan ini?

Aku juga pernah mempunyai persepsi sebegini suatu ketika dahulu. Waktu aku masih belum masuk ke dalam bidang pekerjaan sekarang iaitu perniagaan.

Sales puluh ribu / ratus ribu tapi gaji rendah, apalah company ni kedekut betul.

Setiap orang ada pandangan sendiri berkaitan sesuatu dan setiap orang mahu pandangannya didengari. Kadang ada juga yang sangat yakin pandangannya sahaja yang betul.

Sebab itu orang kata “kita tak mampu ubah orang lain, tapi kita boleh ubah diri sendiri”

Hanya diri sendiri kita yang kita mampu kawal, selain itu ianya diluar kawalan kita. Sama seperti sukan yang bermain secara berpasukan, jika hanya anda seorang yang komited dan usaha tapi yang lain tidak… anda juga akan terkena tempiasnya.

Pandangan kita ialah gaji yang diberi tidak setimpal dengan taraf hidup sekarang yang agak semakin menaik, tambahan pula pandemik yang melanda lagi menjejaskan kedua pihak bagi pekerja dan majikan.

Bagaimana pula pandangan pihak kedua iaitu majikan?

Ya, tiada yang akan mengira pandangan majikan jika mereka bukan majikan… kecuali mereka yang berfikiran rasional.

Individu yang mempunyai fikiran yang rasional sangat jarang-jarang kita dapat jumpa di dalam kategori B40. Mereka hanya fikirkan tentang perut mereka seorang memandangkan kebanyakkan B40 ialah golongan makan gaji.

Aku tidak berniat untuk memburukkan mana-mana pihak namun semua yang dilontarkan berdasarkan pengalaman aku ketika berbual dari hati ke hati dengan orang dan pernah juga makan gaji seketika.

Walaupun perniagaan itu rugi itu pasti, untung belum tentu, sebagai seorang majikan, tiada yang mahu perniagaannya mencatatkan kerugian. Ini adalah benda asas.

Ada syarikat yang mahu mengumpulkan cash reserve yang selamat untuk syarikat. Jadi dia akan membayar gaji pekerja mengikut paras pasaran dan tak akan bagi lebih dari itu untuk mencatat untung yang banyak.

Cash reserve amat penting bagi syarikat kerana jika syarikat mencatat kerugian, ia masih mampu bertahan untuk beberapa bulan malah tahun. Walaupun tidak disukai oleh pekerja kerana dianggap kedekut, namun syarikat yang ada cash reserve jarang membuang pekerja kerana mampu bertahan lama walaupun mencatat kerugian.

Jika perniagaan yang tiada cash reserve dah catat kerugian selama dua bulan dan lebih, sampai bila boleh bertahan. Jadi kenalah cari cara untuk mengurangkan kerugian.

Banyak juga perniagaan yang nampak untung di mata pekerja, tetapi kos overhead itu hanya majikan saja tahu sama ada untung atau rugi. Apa yang orang makan gaji nampak hanyalah berapa banyak terjual dan orang beli.

Tapi jika wang yang keluar lebih banyak dari masuk, maka kerugian itu pasti berlaku. Dengan kos yang tiap bulan naik, agak susah untuk mengawal kos tersebut melainkan cari cara untuk kurangkan overhead.

Untuk syarikat kecil, mungkin ada majikan(boss) yang terpaksa tidak mengambil gaji untuk mengurangkan overhead supaya perniagaan dapat diteruskan.

Namun seberapa lama boleh tahan jika diri sendiri terpaksa berkorban demi perniagaan. Kalau anda berkerja tanpa gaji, mahukah kerja? Semestinya tidak. Tak perlu “sembang” bab jasa atau lain2… sebab manusia akhirnya akan memandang duit juga. Sebab hanya duit yang dapat mengisi perut.

Jalan akhir yang ada, tutup saja perniagaan. Namun pilihan yang paling berat buat para majikan sebab perniagaan yang kadang kala ada nilai sentimental dan tak mahu buang pekerja (kesian dekat pekerja).

Mahu gaji kecil atau menganggur?

Itulah pilihan yang ada. Mahu kerja atau tidak. Mahu complain atau kerja?

Jika anda mahu orang memandang anda sebagai sesuatu yang bernilai, semestinya anda perlu ada suatu nilai yang orang lain tiada.

Jadi usaha la lebih sikit untuk jadi excellent. Complain hari-hari kat twitter tapi kualiti kerja macam budak intern.

Semasa dalam interview, ditanya boleh kerja dalam pressure dan sebagainya semuanya dijawab “ya”. Tapi bila sudah kerja lain pulak jadinya merungut sini sana.

Waktu tak ada kerja apa saja sanggup buat katanya, bila dah dapat kerja ini tak boleh itu tak boleh walaupun apa yang dinyatakan dalam skop kerja.

Takkan silap sendiri pun nak salah orang, semua nak salah orang. Diri sendiri tak pernah nak cermin?

Kalau hebat sangat, buka la perniagaan sendiri. Mudah.

One comment

  1. Mohd Sharifuddin
    Oct 22, 2022
    tumpang tinggal jejak sikit.... hehe.. jom jenguk sini pulak.. hehe
Amirul