Ramai peniaga ingat kalau produk mereka cukup bagus, orang akan beli dengan sendiri. Hakikatnya, bagus saja tak cukup. Ada banyak produk yang lebih berkualiti, lebih murah, lebih hebat di pasaran, tapi tetap tak laku. Kenapa?

Sebab orang tak beli produk, mereka beli emosi, status, penyelesaian masalah dan pengalaman.

1. Orang Beli Sebab Apa Mereka Rasa

Manusia buat keputusan dengan emosi, bukan logik. Kalau logik semata-mata, semua orang akan beli telefon murah yang fungsinya sama je dengan yang mahal. Tapi kenapa masih ramai beli iPhone? Sebab rasa eksklusif, status dan kepuasan.

Marketing yang berjaya bukan sekadar tunjuk produk bagus, tapi buat orang rasa sesuatu.

2. Orang Beli Untuk Selesaikan Masalah Mereka

Tak kisah apa pun bisnes anda, hakikatnya pelanggan hanya ada satu persoalan: Apa benda ni boleh buat untuk aku?Kalau jawapan anda hanya “produk ni berkualiti”, itu tak cukup kuat.

Contoh mudah, orang tak beli perfume sebab nak wangi saja. Mereka beli sebab nak rasa lebih yakin, lebih menarik, atau mungkin nak tinggalkan kesan pada seseorang.

3. Bukti Sosial Lagi Berkesan Dari Fakta

Testimoni, review, dan orang lain dah guna – semua ini lebih kuat daripada fakta produk. Kalau produk tu dikatakan “terbukti selamat”, orang mungkin tak kisah. Tapi kalau tengok ramai orang lain dah guna dan puas hati, baru mereka percaya.

Sebab itu, influencer marketing, word-of-mouth, dan ulasan pelanggan lebih power dari apa saja claim yang anda buat sendiri.

4. Packaging & Storytelling Main Peranan Besar

Kenapa orang sanggup bayar lebih untuk produk yang “brand dia nampak mahal”? Sebab persepsi mempengaruhi keputusan. Packaging yang cantik, brand yang ada cerita kuat – semua ni buat produk nampak lebih bernilai, walaupun isinya sama.

Lihat contoh Starbucks. Kopi biasa boleh dapat bawah RM5, tapi Starbucks boleh jual sampai RM20 satu cup. Apa yang mereka jual? Brand, pengalaman, lifestyle – bukan sekadar kopi.

Jadi, Apa Pengajarannya?

Kalau nak orang beli produk anda, jangan fokus pada “produk ni bagus” semata-mata. Tunjukkan apa yang produk anda boleh buat untuk mereka, bagaimana ia boleh ubah hidup mereka, buat mereka rasa sesuatu, dan kenapa mereka perlu milikinya sekarang.

Marketing bukan tentang produk. Marketing tentang manusia.

Jadi, produk anda jual emosi apa?

By Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *