Pernah dalam hidup anda rasa anda seorang yang gagal? Rasa amat tidak berguna, seperti hidup lalat yang orang anggap tak berguna, kehadirannya menyusahkan orang lain.
Saya juga pernah merasa perasaan itu. Perasaan itu hadir dikala kita ditimpa pelbagai masalah dan segala musibah yang datang bertubi-tubi pada satu masa.
Rasa macam, “apa nak jadi aku ni eh”. Kita ambil contoh situasi students, sebab dulu saya student.
- Pemalas (tak suka buat kerja lebih)
- Tak ada talent (menyanyi tak sedap, rupa tak ada, main bola pun kaki bangku)
- Lambat faham (apa yang diajar lecturer, tak boleh dibrain)
- Tak ramai kawan
- Duit pun kurang (duit bergantung pada pinjaman dan ibubapa)
- Result pun teruk
- Ejas awek pun asyik kena reject
Rasa down ya amat kan
Bila orang kata sikit, kita jadi emosional. Terus rasa nak marah. Kita ada macam-macam masalah.
Tapi percaya tak, HARINI KITA GAGAL… ia adalah untuk anda merasai pengalaman di bawah, belajar sesuatu yang hanya boleh dipelajari apabila anda di bawah.
=====================
Saya pernah cerita kisah bagaimana sesuatu “miracle” yang telah mengubah hidup saya 360 dalam Talk Keusahawanan saya di Politeknik Seberang Prai dua tahun lepas.
Dua tahun lalu, saya seorang pelajar yang biasa.
Apa yang saya tulis di atas, itu lah ciri-ciri yang saya ada.
Suatu hari, saya berfikir. APA SEBENAR MASALAHNYA? Macam mana nak keluar dari semua masalah ini, sampai bila nak hidup jadi orang yang biasa-biasa.
Saya ambil masa dua jam untuk refleksi diri. Saya pelbagaikan kemungkinan.
Jika saya fokus pada pelajaran, “adakah aku boleh berjaya?”
Jika saya fokus pada perniagaan, “adakah aku boleh berjaya?”
Satu hari tu, saya cuba untuk baca buku pelajaran dan bacaan berkaitan bisnes memandangkan saya belum ada buku bisnes waktu itu untuk dibaca.
Setelah lama berfikir, akhirnya saya merasakan yang saya tak boleh pergi jauh dengan pelajaran memandangkan saya TIADA MINAT dalam pelajaran. Ya, kata kuncinya ialah minat.
You will never succeed if you don’t have interest in what you are doing.
Jadi saya menggunakan duit simpanan saya untuk membeli buku-buku bisnes yang top recommended di Internet untuk mengubah mindset saya sepenuhnya supaya berfikiran bisnes. Ada la dalam RM100 juga saya guna.
Saya percaya, minat ialah paling utama. Apabila kita minat, kita gagal banyak kali pun kita tak pernah serik. Kita buat sampai berjaya.
Cuti sem saya habiskan dengan membaca buku yang tebalnya 300 muka surat setiap satu. Saya bukan jenis baca punya orang. Tapi saya tiada pilihan, saya perlu membaca untuk ubah hidup. Tiada siapa yang boleh ubah hidup kecuali diri kita.
Orang banyak bertanya, macam mana boleh terfikir untuk jual jam. Sebenarnya barang pertama yang saya jual kepada orang yang saya pun tak kenal di Internet ialah beg laptop. Sebelum saya menjual jam, saya dah jual pelbagai barang-barang lain.
Maksudnya saya try and error. Tapi mungkin rezeki saya apabila saya mencuba, saya tak pernah rugi semuanya untung belaka. Saya tahu, bab untung ni bukan semua orang akan alami pada permulaan bisnes.
Waktu itu, femes lah FB Ads sebagai tools untuk menjual. Dalam kalangan friend saya di Facebook, kebetulan saya nampak beliau post screenshot berkaitan Fb ads. Namanya Afiq Ikhwan.
Jadi saya mula bertanya berkaitan Fb ads. Saya sanggup ke drive jauh-jauh untuk bertemu beliau untuk belajar FB Ads. Beliau ajar saya, tapi hanya basic. Takkan nak ajar semua pulak kan free free?
Dari situ, saya kerap mengGoogle. Try and error. Rugi tu ada tapi hari seterusnya dapat untung balik.
Hari ini saya sangat berterima kasih, sebab tanpa basic FB ads itu saya mesti tercari-cari rentak untuk menjual secara online.
Tak perlu cerita panjang, dua bulan saya buat… saya terus dapat 5 angka simpanan. Saya dah nazar, saya akan ke umrah kalau ada 5 angka simpanan. Boleh tengok post saya sebelum ni pengalaman saya ke umrah.
Begitulah kisah “MIRACLE” tu. Sebenarnya saya hanya umpan, mana ada miracle dalam hidup ini. Semuanya atas dasar usaha kita. Mana ada tanam pokok pelam keluar strawberry.
Jangan dengar cakap orang lain
Adakah anda lebih percaya cakap orang?
Mereka kata kalau tak belajar tinggi susah kerja. Tapi cuba anda lihat sekeliling anda, orang yang hanya belajar kulinari boleh menjadi Menteri Pertahanan. Orang yang belajar sampai SPM kini menjadi jutawan dengan hanya menjual produk kosmetik. Orang yang hanya menulis blog boleh mendapat puluhan ribu ringgit sebulan.
Kejayaan seseorang bukan terletak pada di mana dia belajar, tinggi mana tahap pelajarannya… tetapi usaha dia untuk mencapai impian yang dia cita-citakan.
Saya tak pernah kata masuk universiti salah. Yang salah anda masuk universiti bukan sebab anda nak tapi sebab mengikut orang lain dan tiada hala tuju hidup.
Percayalah dunia pekerjaan dan universiti sangat berbeza.
Jangan biarkan diri anda mempercayai kata orang yang anda selamanya bodoh.
Mungkin jalan hidup anda tak sama macam saya, tapi harap kisah saya dapat memberi inspirasi untuk anda mengubah anda dari orang tidak berguna pada pandangan orang, menjadi orang yang disegani.