Kelemahan Restoran di Melayu | Pernah tak anda kecewa dengan Restoran Melayu yang anda kunjungi? Dengan makanannya yang tak sedap, dengan pekerjanya yang tak reti nak senyum, dengan suasana macam dekat pasar.
Sejujurnya, saya amat kesal dengan kedai makan Melayu yang macam ni. Kita sebagai orang Islam sememangnya ingin menyokong perusahaan orang Islam, namun kalau begini la servisnya macam mana la orang nak support.
Walaupun rakyat Malaysia banyak tak reti memasak, tapi bukan bermakna rakyat Malaysia tak pandai jadi juri Masterchef 😛 .
Kelemahan Restoran di Melayu
- Makanan tak sedap, tapi restoran bukan main dengan poster Jet Li, beca lama dan vintagenya.
- Tak konsisten, esok tak sedap ikut dia punya mood masa masak. Ada hari dia letak sayur dalam nasi goreng, ada hari dia tak letak.
- Tak reti layan pelanggan tetap, lebih layankan pelanggan baru yang datang ke restoran dia berbanding yang membeli bungkus.
- Air minuman kadang2 dalam tu ada semut, serangga.
- Makanan dah sedap harga dah berpatutan cuma kebersihan restoran tak terjaga.
- Lampu di restoran malap… orang yang couple2 dan muda mudi mungkin suka tapi bagi yang berkeluarga bukan suka restoran yang lampunya malap.
- Menu tak disediakan, lepas tu bila pelanggan tanya “apa yang best dan istimewa kat sini?”. Dia boleh jawab “semua istimewa, hehe”. Kalau macam ni la caranya, pelanggan pun tak dapat nak tahu masakan apa yang sedap di kedai anda.
- Servis hampeh, tunggu seminit air sampai… makanan lagi 15 minit baru sampai.
- Bila ambik order tak dengar betul-betul apa pelanggan order, lepas tu nanti ada la problem makanan tak sampai la silap air la dan macam-macam.
Tak pelik jika ramai yang memilih Nasi Kandar dan Mamak kerana layanannya pantas, pelbagai pilihan menu, suasana restoran yang ceria. Bab harga tiada masalah rasanya sebab rakyat Malaysia ni kaya-kaya semuanya asalkan makanan tu sedap dan unik. Tak percaya cuba pi tengok Kenny Rogers, Seoul Garden dan Starbucks. Walaupun harga berapa kali ganda penuh je orang dalam tu.
Harga sememangnya tak jadi masalah. Banyak restoran Melayu yang berjaya walaupun harganya mahal tetapi kerana kesedapan masakkanya dan suasana di restoran yang superb membolehkan mereka terus hidup malah cawangan semakin bertambah dari hari ke hari.
Kalau restoran anda power, parking kecik pun tak apa kerana pelanggan sanggup cari parking jauh untuk makan di restoran yang dia rasa terbaik.