Yang perlu dirahsiakan

YANG PERLU DIRAHSIAKAN

Baru lepas baca perkongsian dari Ustaz Nazrul Nasir berkenaan perkara yang perlu dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Saya rasa perkongsian ini menarik dan memberi manfaat untuk orang lain jadi saya share di sini.

Ini adalah seperti yang ditanyakan oleh Imamuna al-A’dzom Muhammad bin Idris al-Syafie rahimahullah kepada al-Imam Darul Hijrah Malik bin Anas rahimahullah.

Pertama : Rahsiakan Umurmu. Ini kerana jika orang mengetahui umur kita mungkin orang akan memandang rendah kepada ilmu dan kedudukan kita jika yang bertanya itu lebih tua daripada kita.

Rasa macam tak best bila orang tahu kita muda. Mereka gunakan senioriti untuk membuli dan menggunakan “hormat” sebagai cara untuk menghalalkan tindakan mereka. Tapi, macam mana nak elak dari jawab soalan orang berkenaan umur kita?

Kedua: Rahsiakan tentang hal ehwal keluarga kita. Ini kerana jika keluarga kita bahagia mungkin orang yang tidak bahagia terasa hati dan iri hati. Jika tidak bahagia maka mengundang fitnah jika diceritakan kepada orang yang tidak sepatutnya.

Bab keluarga memang sepatutnya kita tidak kongsikan kepada orang lain kecuali ia perlu. Macam-macam perkara negatif seperti peras ugut, aib atau kes culik boleh berlaku.

Ketiga : Rahsiakan tentang HARTA kita. Ini akan mengundang hasad dan iri daripada orang yang mengetahui kedudukan harta kita.

 

Bab pendapatan dan harta ni ramai yang suka hebohkan supaya orang lain menghormati dia. Sedangkan itu ialah permulaan kepada riak.

Saya agak menyesal lambat membaca perkongsian ini. Sebab sebelum ini, saya memang tak tahu kita patut rahsiakan bab umur. Dan memang kerana umur ini, ramai yang memandang rendah dengan kemampuan saya.

Saya sendiri berpengalaman berkenalan dengan beberapa rakan di Internet. Memang segelintir orang berkawan dipengaruhi oleh faktor umur. Mereka rasa umur yang muda ini tidak ada pengalaman dan ilmunya kurang.

 

3 comments
  1. Suhimi Nain
    Feb 17, 2016
    ada betulnya apa yang ditulis, terutama sekali bab umur. tak perlu jawap kalau tak da keperluan. :)
  2. permohonan upu
    Feb 18, 2016
    perkongsian bagus..setuju bab umur tu, bila orang tahu umur kita especially kita lebih muda, dia akan gunakan alasan "lebih makan garam"
  3. Nadhie
    Jul 14, 2017
    Actually pernah terfikir benda yang sama. rupanya ustaz pun menyarankan benda yang sama. btw terima kasih atas perkongsian ni^^
Amirul