Hosting Murah dan Berbaloi Di Malaysia | Setiap blog mempunyai hosting tersendiri. Jika anda pengguna blogspot, blog anda dihost oleh Blogger dan jika anda pengguna WordPress Self Host anda bebas memilih hosting sendiri.

Bagi yang mempunyai blog yang popular dan banyak pelawat pasti memerlukan hosting yang berkapasiti besar bagi menampung trafik di blog. Jika ruangan hosting anda kecil dan pelawat pula terlalu banyak pasti akan memberi masalah kepada pihak hosting dan blog anda. Hosting murah dan berbaloi pasti menjadi pilihan utama.

Hosting Murah dan Berbaloi

Saya sudah menggunakan tiga hosting dari Malaysia dan satu hosting yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Hosting pertama yang saya guna ialah ihosterz dan seterusnya saya menggunakan Rocksoft. Rocksoft hosting yang bagus namun trafik untuk blog Froyoplus saya tidak sesuai dengan pakej hosting Rocksoft. Pihak mereka mencadangkan saya menggunakan Virtual Private Server.

Waktu tu memang saya memang dah pening sebab VPS ni harganya setiap bulan mencecah ratusan ringgit. Memang saya mampu untuk gunakan VPS tapi tak berbaloi sebab duit dari iklan masuk lambat dua bulan.

Alhamdulillah, saya terjumpa Nazran di Facebook yang menawarkan untuk menyewa hosting di dalam akaun Hostgator beliau. Bila sewa hosting dua orang harga pun kerat dua rasa lega la sikit.

Selepas satu tahun menggunakan Hostgator, Nazran menghantar mesej kepada saya yang dia tidak berhasrat untuk menyambung pembayaran Hostgator. Saya pun mula pening kepala nak kena cari hosting lain. Kemudian saya terjumpa satu hosting dari Malaysia yang harganya sangat murah.

HOSTING iViperHost!

iviperhost malaysia

Antara sebab saya memilih iViperHost :

  1. Harga tak masuk akal (bagi saya)
  2. Hosting orang Malaysia dan Islam
  3. Kapasiti bandwith besar (Unlimited Bandwith)
  4. Disk Storage besar
  5. Ada Live Chat – lebih pantas kerana tidak perlu berhubung menggunakan email
  6. Free Cloudflare Setting
  7. User Interface mesra pengguna – iViperHost guna interface warna warni dan tiles… memang lain dari lain
  8. Review yang baik dari blogger lain
  9. Harga dalam Ringgit Malaysia

Harga Hosting Paling Murah Dalam Malaysia

iviperhost review

Secara jujur, ini hosting paling murah pernah saya lihat untuk UNLIMITED Bandwith. Sudah 2 bulan saya menggunakan hosting ini, setakat ini tiada masalah. Website sentiasa open 24/7 dan tak pernah down.

Mengapa saya perlu unlimited bandwith? Saya mempunyai blog yang memakan banyak bandwith dan blog tersebut mempunyai banyak pelawat dalam satu masa.

Jika anda tidak yakin, anda boleh cuba dahulu untuk sebulan seperti saya. Lepas sebulan saya gunakan iViperHost, saya terus bayar lagi untuk 6 bulan seterusnya. Bayar untuk 6 bulan seperti makan Pizza sahaja!

Jom, tukar hosting anda ke iViperhost! Klik gambar di bawah untuk ke website iViperHost! Hosting murah! Hosting Berbaloi!

By Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

54 thoughts on “Hosting Murah dan Berbaloi Di Malaysia”
  1. Apa yang penting pada sesebuah hosting adalah support yang pantas dan baik. Jika pihak hosting dapat memberikan respon pada pengguna dengan pantas dan tepat pasti para pelanggan akan berpuas hati dan setia dengan hosting berkenaan.

    Semoga iviper host dapat menjadi antara penyedia hosting terbaik dan dapat bersaing dengan kuasa besar yang telah lama bertapak di Malaysia ini. 🙂

    1. Respon yang diberikan agak pantas, tengok keadaan. Most of the time live support selalu online.

  2. fuh murah. pada aku bandwidth memang penting tapi yang lagi penting CPU usage. aku dah byk kali guna hosting yg unlimited bandwidth tapi sygnya CPU usage kecik. CPU usage ni penting pada laman web yang ada trafik tinggi.

  3. Rasanyer Hostinger.my murah lagi kalau nak unlimited bandwidth. saya bayar dalam RM50 untuk 3 bulan termasuk domain .com 😀

  4. Hi dan salam
    terima kasih tak terbalas diatas review pihak tuan.
    sila PM kami, untuk kami beri sedikit tanda terima kasih di atas review pihak tuan, mugkin pemberian ini tidak setimpal dengan review pihak tuan, kami akan berikan terbaik di masa akan datang, itu janji kami

    azli
    im founder
    iviperhost.com

  5. assalamualaikum, mirul…
    harap boleh bantu saya ni…haa meracau sebab domain dah mati, bila nak renew (asalnya di ihosterz) tgk2 ihosterz dah tutup kedai dah..camne ek nak setel ? camne nak transfer domain ? sorry banyak tanya tapi…plss help me…

    1. Wsalam, sebenarnya proses ini memerlukan kerjasama antara hosting provider lama dan hosting provider baru yang kita gunakan. Email saja kedua2 hosting tentang masalah anda, mereka akan uruskan.

  6. Kena berjaga-jaga dengan bandwidth unlimited. Dia ada * untuk limitkan process dalam satu-satu company. Kalau trafik dah tinggi, walaupun bandwidth unlimited dia tetap akan block sebab dah banyak sangat process apache dan ganggu shared hosting yang lain.

  7. Salam, saya juga telah berpindah hosting daripada 2 hosting di Malaysia ke shared hosting di USA. Tapi dengan kadar trafik dan bandwidth yang tinggi, kekadang shared server ni tak boleh nak cope dengan blog kita. Apabila trafik ke blok saya mencecah dalam 4000+ sehari, saya disarankan oleh hoster untuk berpindah ke sever VPS. Sekarang dengan trafik 5000-6000+ unique visitor sehari, blog saya boleh cope, x ada masalah. Sekarang saya menggunakan VPS server dari US. Alhamdulillah, so far dah hampir 2 tahun setengah, tak ada problem. Lagi pun kosnya agak berpatutan dalam RM400 setahun.

  8. Saaya dah order..dalam invois ada tulis 2 no. akaun..yang mana satu akaun saya harus bayar? confius lah?

    Name Bank : ALLIANCE BANK
    Name Account : SHIFTSERVER NETWORK
    Number Account : 121270010057854

    Name Bank : MAYBANK
    Name Account : AZLI JAHRONI
    Number Account : 1010580591900

    1. Bayar salah satu dari bank tersebut. Jika anda gunakan Maybank, bayarlah pada akaun Maybank. Jika anda ada Alliance Bank bayar pada akaun Alliance. Just pilih salah satu

  9. Saya baru jer sign up with Iviperhost – nak test…

    Terima kasih kerana bagi review ni….memang murah berbanding yang lain. In term performance, kena try dulu. Kalu ada masa saya update kat sini.

    1. So far ok…. I intalled my wordpress, 5 minutes dah ok… time to blog.. hehehe Thanks Amirul…
      This blog site looks bukan cam blogger – very nice.
      Apa theme? Free or premium?

  10. wah, boleh tahan murah, tetapi sekarang domain banyak dah mahal. Tapi anda still boleh dapat dengan RM4.07 sahaja ! hehe jom terjah

Comments are closed.