Sudah beberapa tahun. baru aku sedar beliau merupakan Pakar SEO Malaysia. Beliau jarang menonjol, namun kepakarannya dalam SEO tidak dapat dinafikan. Beliau masih muda, malah dapat menjadi pakar dalam seo sewaktu di bangku sekolah lagi.

Beliau bukan seperti blogger lain yang hanya ingin mencari populariti dan mengaut keuntungan dalam berblog. Namun beliau lebih kepada ingin memartabatkan maruah bangsa dan agama. Banyak artikel berunsur agama dalam Blog SEO beliau.

Beliau bukan seperti pakar seo lain di Malaysia, beliau mungkin antara pakar seo di dunia. Apa yang menakjubkan, beliau tidakΒ menggunakan modal lucah untuk membuatkan blognya popular di seluruh Malaysia.

Pakar SEO Malaysia

Pakar SEO Malaysia
Hakim Mahmud – Pakar SEO Malaysia

Tips Pakar SEO Malaysia

Pakar Seo Malaysia telah mengajar saya beberapa perkara untuk membuatkan blog kita menjadi top ranking dalam Google dan search engine lain. Selain itu beliau juga memang seorang yang boleh dikatakan “islamik”.

1. Pastikan menulis dari hati.

2. Guna evergreen keyword yang akan dicari sepanjang masa contohnya hari raya, puasa atau tips jana wang online.

3.Β Pastikan ada H1,H2,H3 dalam artikel supaya peratusan untuk mendapat top ranking itu lebih tinggi.

4. Submit sitemap blog ke search engine.

5. Buat Google Authorship.

6. Pastikan ada Keyword dalam perenggan pertama.

7. Guna plugin SEO by Yoast untuk menyukat score SEO kita bagi sesuatu artikel yang ditulis.

8. Tidak mengharap trafik dari social media semata-mata, pelbagaikan sumber trafik.

9. Elak post fitnah dan lucah, dunia sementara manakala akhir itu selamanya.

10. Jangan taksub dengan blog sehingga lewatkan solat.

Siapa Pakar SEO Malaysia

Nama diberi Hakim Mahmud. Seorang anak jati Kelantan yang berasal dari Pasir Mas. Mula berkecimpung dalam arena SEO dan Blog sejak di bangku sekolah. Seorang yang mementingkan akhirat lebih dari dunia.

Dalam perkenalan saya dengan beliau selama tiga tahun, beliau banyak mengajar saya tentang akhirat. Menurut beliau, biar kita tulis di blog ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai, bukan menimbulkan pertelingkahan dan Insyaallah blog boleh menjadi penjana pahala dan dosa bagi bloggers dan perlu lah berhati-hati dalam menulis.

Akhir kata…

Anda mungkin Pakar SEO, namun adakah anda menyumbang balik apa yang anda pakar itu kepada masyarakat?

Kejayaan seharusnya diukur dengan sejauh mana seseorang itu menyumbang kembali kepada masyarakat

Jika anda hanya seorang pakar, namun tiada sumbangan kepada masyarakat apa gunanya kan? Fikir-fikirkanlah….

 

By Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

45 thoughts on “Pakar SEO Malaysia”
  1. terbaiklah . entry ni, setuju ni, kalau setakat pakar tapi tiada sumbangan kepada masyarakat buat apa kan..

  2. Saya tak mengenali beliau tapi saya faham apa yang beliau sampaikan berkenaan pakar seo malaysia ni. Antaranya adalah mengenai penerbitan dan penulisan blog wajib mematahi syariat Allah. kerana tulisan yang bermanfaat adalah saham kebaikkan kepada orang islam manakala yang maksiat adalah saham keburukkan di akhirat.

    1. Bro seorang yg cepat tangkap… ia bukanlah penting sapa pakar, tapi yg lebih penting pakar itu memberi sumbangan kepada masyarakat.

  3. Perpective yang berbeza dari segi apa itu pakar SEO. Sebenarnya SEO bukan hanya mengenai buat duit dari Blog. Ianya lebih kepada cara untuk kita menempatkan Blog di halaman muka pertama search engine supaya lebih ramai pembaca boleh mengakses kepada our Blog. Itu adalah lebih baik kerana Blog kita boleh dijadikan medium untuk menyampaikan sesuatu yang baik. itu aje..

  4. thanks atas perkongsian… hangat betul keyword Pakar SEO Malaysia. Sampaikan yang Pakar SEO yang tak menonjolkan diri pun terpanggil keluar.. Alhamdulillah.. Akhirnya ramai jugak anak-anak muda kita bijak dalam IT ni, terutamanya dalam blogging dan SEO. Ini menunjukkan kita masih tak ketinggalan dari segi IT berbanding negara maju..Zaman sekarang senjata utama nak lawan kuasa jahat adalah ilmu IT. InsyaAllah kita gunakan Ilmu dan kepandaian ini kearah jalan yang di redhai Allah SWT.

  5. Banyak benar apa yg beliau katakan. bangga ada anak melayu yang masih dibangku sekolah dan bergelar pakar seo…

    1. Pakar tidak selamanya pakar, kelak pasti akan ada yang lebih pakar dari beliau. Mungkin bro yang akan jadi lebih pakar pada masa depan πŸ™‚

  6. Alhamdulillah banyak saya belajar tentang SEO ini. Tapi bukan niat nak menjadi pakar SEO, sekadar nak aplikasikan teknik SEO tersebut dalam artikel. Tak semua keyword kita nak berada di atas, atas sebab – sebab kepakaran tentang sesuatu topik. Yang penting, menulis dengan ikhlas dan penuh jiwa.

  7. Salam Bro Amirul…. sesiapa saja Pakar SEO Malaysia jika artikel mereka untuk kebaikan masyarakat dan pembaca. Ia memberi ilmu yang berguna kepada orang lain. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Gunalah pakar tersbut sebaik-baiknya.

  8. Salam perkenalan pakar SEO…respect you sir…saya dah setahun belajar tentang seo melalui google tapi masih buntu dan tak faham…minta tunjuk ajar jika sudi…terima kasih

Comments are closed.