Tips Menaip Dengan Pantas

Tips Menaip Dengan Pantas | Zaman IT, kalau menaip dengan pantas itu kelebihan buat kita. Bila menaip laju mudah nak siapkan kerja dengan cepat bagi pelajar atau pekerja yang menggunakan komputer.

menaip dari rumah

Aku nak ajarkan cara menaip cepat dan laju menggunakan dua tangan dekat korang. Tapi yang penting korang mesti praktikkan selalu. Sebab semua benda di dunia ini untuk mahir mesti kena selalu amalkan.

Waktu dulu kala, aku juga seperti orang yang baru merangkak nak menggunakan komputer. Hanya reti on komputer dan bermain game tanpa mengenal komponen-komponen komputer.

Layak ke aku nak ajar orang menaip? Aku ni taip pantas sangat ke? Soalan ini mungkin berada di dalam kepala korang… Aku tak nak jawab soalan ini sebab aku bukanlah penaip paling pantas dalam Malaysia, tapi aku berada dalam top 10 penaip paling laju di dalam Malaysia.

menaip pantas

Tips Menaip Dengan Pantas

  1. Pertama sekali korang kena hafal di mana posisi abjad di atas keyboard, mulakan taip dengan satu tangan. Guna tangan yang korang biasa menulis. *contoh kanan*
  2. Bila dah mahir tangan tadi, cuba latih tangan kiri pula tanpa menggunakan tangan kanan.
  3. Selepas anda yakin tangan kiri pun ada dah yakin, cuba guna kedua-dua tangan.
  4. Gunakan 4 jari kecuali ibu jari  -Tangan kiri mengawal sebelah kiri keyboard (A,S,D,F) manakala tangan kanan mengawal sebelah kanan keyboard(H,J,K,L)
  5. Ibu jari kiri gunakan untuk menekan butang SPACE dan ALT, terpulang kepada korang nak guna ibu jari mana satu tapi aku prefer kiri.
  6. Cuba praktikkan, insyaalah kalau otak anda laju memberi respon kepada jari anda pasti anda laju menaip.

Selalunya orang yang lambat menaip, tak hafal di mana kedudukan abjad atau dia tak membahagikan keyboard kepada bahagian kiri dan kanan. Pengunaan yang lama juga dapat menyumbang kepada kepantasan menaip.

Kelebihan Menaip Pantas

Setiap pengguna komputer di seluruh dunia menggunakan komputer secara purata 6 hingga 8 jam sehari. Pelbagai tugasan menggunakan komputer dilakukan antaranya memasukkan data maklumat, menaip dan mencari maklumat, menulis email, bersosial di laman sosial seperti Facebook dan Twitter dan sebagainya.

Namun, apa yang membezakan setiap pengguna komputer adalah kualiti masa dan kerja yang dapat mereka lakukan dengan pelaburan 1/3 daripada 24 jam masa dalam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari dalam setahun.

Untuk itu, tahukah anda dengan menguasai teknik menaip cara professional akan menjadikan tugasan komputer anda ke tahap yang baru dan lebih produktif?

Sekurang-kurangnya 5 kelebihan yang anda akan peroleh dengan menguasai teknik menaip :

1. Kerja menjadi lebih efisien dan menjimatkan masa anda berjam-jam dalam sehari.
2. Menaip lebih laju 2 kali ganda daripada biasa tanpa perlu melihat papan kekunci.
3. Menaip dengan profesional iaitu kesalahan menaip di tahap minimum dan hasil kerja yang lebih berkualiti.
4. Cegah rasa sakit pada otot dan tanda-tanda awal penyakit yang seringkali menghantui pengguna komputer iaitu Repetitive Strain Injury (RSI).
5. Tingkatkan keyakinan diri dengan mahir menggunakan papan kekunci komputer dan dapat menaip dengan pantas.

Oleh itu, rebutlah peluang meningkatkan kemahiran menaip anda ke tahap yang lebih baik dan miliki kelebihan dapat menaip dengan 10 jari dan tidak perlu “mematuk” atau sekadar menaip menggunakan beberapa jari sahaja lagi. Tiada apa yang perlu dirugikan untuk mempelajari teknik menaip kerana kemahiran ini dapat anda gunakan sepanjang hidup anda dan merupakan kemahiran yang amat jarang dimiliki oleh semua orang.

Justeru, sekiranya anda tercari-cari dan inginkan sebuah panduan lengkap bagaimana ingin bermula dan mempelajari sendiri kaedah menaip yang betul, saya sarankan anda miliki Pakej Belajar Menaip Pantas yang mengandungi ebook, bahan latihan dan perisian menaip percuma dalam satu pakej di KursusMenaip.com. Sebuah panduan belajar menaip dari asas menjadi pakar yang wajib dimiliki. Klik di sini > Panduan LENGKAP Kursus Menaip Dengan Pantas

Buat Duit Dengan Menaip

Apabila dah mahir menaip dengan pantas, boleh la buat duit di rumah dengan menyertai program Job di Rumah jana ratusan hingga ribuan ringgit sebulan! Ini bukan omongan kosong dari saya tapi memang telah terbukti banyak suri rumah dah sertai dan mendapat duit poket tambahan. Join Job di Rumah!

Jika anda dah rasa anda laju gila taip boleh lah sertai mana-mana speed typing contest sama ada peringkat Malaysia mahupun luar negara. Buktikan anda mampu bertanding dengan orang lain.

Dapatkan Panduan LENGKAP Kursus Menaip Dengan Pantas

15 comments
  1. Malizal
    Apr 28, 2014
    Hahaha..artikel ni buat aku teringat masa aku baru belajar menaip...
    • Amirul
      Apr 28, 2014
      Sekarang mesti dh laju menaip ye dak
  2. Bahrain
    Apr 28, 2014
    Aku punya power sekarang sampai tak payah tengok keyboard masa menaip, hebat tak hebat kan? #perasanlebihtapibetul
  3. titan
    Apr 28, 2014
    yang penting, kena biasakan jari agar ingat kat mana kedudukan huruf tu..
  4. Pendekar
    Apr 30, 2014
    dulu2 masa mula2 berblog memang tak laju mana menaip...lepas selalu update entri dengan kepantassan menggila... jari aku pun semakin laju menaip dengan kepantasan menggila jugak... haha/..
  5. Ammar
    May 8, 2014
    Bestnya kalau dapat taip laju ni. Aku taip pakai dua tangan tapi tak semua jari yang guna. Cmne ek nk gunakan semua jari ni?
  6. Cikgu Hairul
    May 8, 2014
    Kena masuk kelas menaip untuk lebih jelas belajar tips2 menaip ni. Macam dulu2. Banyak je kals menaip. Tapi sekarang susah nak jumpa kelas menaip lagi. Saya setuju, latihan berterusan akan meningkatkan kelajuan menaip.
  7. akubiomed
    May 29, 2014
    Bab menaip laju bukan kemahiran saya. :-)
  8. shah
    Dec 10, 2015
    Semua ni akan berkesan ke?
  9. amir
    Apr 9, 2016
    semua ini akan berkesan ke?
  10. qila
    Jun 29, 2016
    susah sangat lah typing duties nih. penat. tpi i'll try.....tq
  11. Syaf
    Mar 12, 2017
    Jadi.. huruf G sesuai taip dgn tangan belah mana?
    • Amirul
      Mar 14, 2017
      saya prefer kiri
  12. WIYYAH
    Mar 29, 2017
    boleh siap cepat ke kalau menaip dengan cepat?
  13. christoper
    Apr 3, 2017
    boleh saya main ka ples
Amirul