Malaysia Best Blog 2015

Amirul.my merupakan salah satu dari Malaysia Best Blog 2015. Walaupun mungkin tidak dipersetujui orang lain, tetapi saya sebagai penulis merasakan blog ini layak berada dalam list.

Malaysia Best Blog - 2015

Untuk menjadi satu dari Malaysia Best Blog bagi tahun 2015 ini, tidak wajib untuk popular tetapi hanya perlu ada kualiti pada penulisan di dalam blog. Kadang-kadang kita lihat ada blog yang penulisannya tidak puitis tetapi popular kerana faktor kecantikkan blog, tuan blog ataupun kerana status penulis blog itu.

Kriteria Malaysia Best Blog 2015

  1. Penulisan blog yang menarik dan mudah untuk difahami pembaca.
  2. Mempunyai kualiti dan konsisten dalam penulisannya.
  3. Penulisannya memberi impak kepada pembaca.
  4. Rekabentuk blog nampak kemas dan professional.
  5. Mempunyai interaksi yang mesra dengan pembacanya.
  6. Pembaca tertunggu-tunggu untuk update seterusnya.
  7. Tidak merosakkan bahasa dalam penulisannya.
  8. Ilmu yang tidak didapati di tempat lain ada di dalam blognya.

Senarai Malaysia Best Blog 2015

Tiba masanya saya menyenaraikan Top 10 Malaysia Best Blog 2015 yang saya rasa layak. Jika senarai saya ini tidak sependapat dengan anda saya mohon maaf kerana nak tak nak terpaksa juga saya senaraikan minima sepuluh blog yang layak masuk dalam list Best Blog Malaysia 2015.

Blogserius – blogserius.blogspot.com

Blog Serius ni tak serius mana pun. Blog yang dikendalikan oleh Effi Obefiend telah mendapat tempat di hati saya sejak 2012 lagi. Gaya penulisannya yang santai dan kandungannya tidak kompleks memudahkan saya untuk membaca perkara-perkara pelik yang berlaku di dunia dengan tenang. Gambar lebih banyak dari teks, jadi untuk orang yang malas membaca sememangnya sesuai kerana dengan melihat gambar di situ sudah boleh membuat anda tersenyum seorang diri di depan skrin.

Chedet – chedet.cc

Mantan Perdana Menteri Malaysia seorang penulis yang hebat. Saya amat gemar membuka blog Chedet ketika saya mempunyai mood untuk membaca artikel yang panjang. Penulisannya membuka minda kita yang sempit dalam politik. Gaya pemikirannya tidak sama seperti orang lain itu yang membuatkan blognya unik kerana ramai yang ingin tahu apakah pandangan Tun Mahathir dalam sesuatu isu akan ditulis di dalam blognya.

amanz malaysia best blog 2015

Amanz – amanz.my

Saya kurang pasti adakah Amanz ini sebuah website, portal ataupun blog. Namun itu bukan yang menjadi persoalannya. Apa yang menarik minat saya tentang Amanz ialah konsistensi dalam update berita terkini dalam dunia teknologi. Saya ikuti sejak 2010. Amanz.my membuktikan bahawa jika kita tidak berjaya hari ini bukanlah kita gagal selamanya kerana blog Amanz memerlukan beberapa tahun untuk berjaya “reach” semua peminat teknologi di Malaysia. Ia bukanlah mudah kerana dibuat dalam Bahasa Melayu dan banyak yang perlu anda study untuk menulis artikel teknologi dalam Bahasa Melayu dan kadang-kadang ia boleh nampak janggal.

Penulisannya pun mudah difahami dan kadang-kadang mereka yang menjadi pencetus kepada beberapa perkataan baru untuk dunia teknologi di Malaysia. Amanz juga boleh dikatakan sudah mampu bersaing dengan blog-blog teknologi seperti AndroidAuthority dan Engadget.

Ariffshah – ariffshah.com

Saya ikuti blog ini sejak penulis blog masih belajar di Russia. Melalui penulisannya nampak Ariffshah ini seorang yang professional dan pemikirannya ala-ala korporat. Kalau dulu dia sering bercerita tentang aviation. Kini nampak seperti minatnya lebih ke arah finance dan hartanah. Sekurang-kurangnya pembaca boleh mendapat sedikit sebanyak ilmu finance dari artikel yang ditulisnya.

Saya pernah cuba mesejnya di Facebook bertanya tentang bagaimana untuk meningkatkan lagi kekuatan blog saya di Search Engine, alangkah terkejut saya apabila dia reply dalam masa tak sampai 5 minit. Jangkaan saya memang silap, dia bukan seorang yang sombong. Dan dari jawapannya berkaitan seo, saya berjaya dapat mengekalkan keyword-keyword tertentu seperti “Pakar SEO Malaysia” dan “jam sukan” di Google.

Minda Tajdid – drmaza.com

Penulisan Dr Asri Zainul Abidin mudah menangkap kalbu saya. Lebih-lebih lagi bila bercerita bab sejarah Islam sebab saya memang seorang yang suka sejarah. Sesuatu isu yang diulaskan oleh Dr Maza, sememangnya akan menjadi panjang berjela dalam blognya. Jadi tidak pelik kalau setiap kali apa yang Dr Maza perkatakan akan masuk di dalam akhbar kerana cara ulasannya memang menarik. Tetapi ini bukanlah maksud saya sependapat dengan Dr Maza.

Namee Roslan – nameeroslan.blogspot.com

Gaya penulisan Namee Roslan ni so cute. Mungkin wajahnya yang comel membuatkan apa yang kita baca di blognya juga nampak comel.  Tapi sayang dah kahwin dengan seorang pilot, semoga bahagia hingga anak cucu.

mohdrasul malaysia best blog 2015

Mohd Rasul – Mohdrasul.com

Themes blognya selalu berubah dan tersangatlah nice semuanya. Disebabkan blog travel, semestinya ia sangat menarik untuk dibaca. Tak rugi kalau buang dalam 10 minit untuk membaca blog ini dan komen kerana bahasanya mudah difahami.

amirul

Amirul – amirul.my

Kenapa blog saya sendiri? Kerana saya meminati post ala personal + travel + teknologi. Tak banyak blog yang buat seperti ini sebab itu blog ini nampak unik (bagi saya lah).

Titan – ahmadfaizal.com

Blogger yang sangat humble, tidak kisah menghabiskan masa untuk komen di blog biasa-biasa seperti saya walaupun sudah berjaya dan dikenali ramai oleh blogger2 lain. Kalau diperhatikan di blog-blog rakan, selalunya Titan akan menjadi top commentator. Titan juga selalu berkongsi ilmu dan menjawab pertanyaan blogger newbie seperti saya.

Froyoplus – froyoplus.com

Blog yang banyak berkongsi artikel kerohanian dan agama Islam. Bagi yang menggunakan Android anda boleh downloada apps “Spot News” di Play Store. Di bahagian kolum Islamik terdapat feed blog Froyoplus. Saya akui sering membaca artikel2 di Froyoplus sebelum tidur kerana sedikit sebanyak kita dapat mengetahui hukum-hukum dan keindahan Islam.

Oh! Duit – Ohduit.com

Penganjur kepada pertandingan SEO. Bila jadi penganjur mestilah tahu selok belok berkenaan SEO. Dalam blognya ada juga diselitkan tips-tips bisnes, blog dan SEO. Gaya penulisannya nampak matang.

——————————————————————————————————————

Alhamdulillah cukup juga 10 blog saya senaraikan untuk Malaysia Best Blog 2015. Mungkin ada perbezaan yang ketara dalam pemilihan top 10 malaysia best blog 2015 saya dengan blogger lain, tetapi perbezaan itulah yang menjadikan hidup kita unik.

Saya mendoakan semua rakan-rakan saya berjaya dalam menulis blog dan elakkan menulis perkara yang membawa kepada maksiat.

“Aku tanya apa khabar” Pakar SEO Malaysia. Tak nak join contest SEO Malaysia Best Blog 2015 ke?

“Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.”

Kredit gambar : Ohduit.com

18 comments
  1. Pakar SEO Malaysia – Amirul.My
    Feb 2, 2015
    […] Seorang anak jati Kelantan yang berasal dari Pasir Mas. Mula berkecimpung dalam arena SEO dan Blog sejak di bangku sekolah. Seorang yang mementingkan akhirat lebih dari […]
  2. Senarai Peserta Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015
    Feb 2, 2015
    […] Malaysia Best Blog 2015 – amirul.my […]
  3. Abdfatah
    Feb 2, 2015
    Tu dia senarainya. Bleh g jenguk blogwalking.. Selamat maju jaya.
  4. Dulu Lain Sekarang Lain
    Feb 4, 2015
    Senarai yg menarik. All the best dan selamat maju jaya
  5. ATA
    Feb 5, 2015
    Boleh juga kan kalau listing bog sendiri :D Anyway, good luck bro!
    • Amirul
      Feb 6, 2015
      Semestinya boleh :)
  6. AkuBiomed
    Feb 5, 2015
    Kesemua yang tersenarai memang power. Blog kita sahaja melukut ditepi gantang. :)
  7. Hasrul Hassan
    Feb 13, 2015
    Satu senarai yang menarik untuk kontest SEO ini. Semoga berjaya naikkan rank untuk Malaysia Best Blog 2015.
    • Amirul
      Feb 17, 2015
      Semoga kita sama-sama berjaya
  8. Khairul Zamri
    Feb 22, 2015
    Semoga berjaya untuk kontes hebat sebegini ya bro
  9. nur
    Feb 23, 2015
    Semoga berjaya ye !! Ikhlas - Bakul2011 www.bakul2011.com
  10. titan
    Feb 25, 2015
    hoho.. hang pun masuk rupanya. baru la perasan hari nih. aduhai..
  11. hanif
    Mar 10, 2015
    Datang menjenguk Salam perkenalan, semoga berjaya dalam kontest Malaysia Best Blog 2015
  12. Noriza Rahman
    Mar 13, 2015
    Memang semua yang dusenaraikan tu mantap semuanya...semoga berjaya!
  13. islam di dadaku
    Mar 17, 2015
    Selamat berkontes semoga berjaya dalam penyertaan ini
  14. Hakim Mahmud
    Mar 18, 2015
    terbaik mirul kalau menang jangan lupa lanje ok. wkwkwk
  15. muliani
    Apr 28, 2015
    tahniah diucapkann kpd smua blogger yg tersenaraii..
  16. azam mohd
    May 17, 2015
    Good luck moga bejaya bg yg tesenarai
Amirul