Ramai orang sangka bahawa perniagaan perlukan modal besar, namun anda silap kerana anda mampu jadi jutawan tanpa modal. Percaya? Baca dahulu artikel ini sehingga habis, pastikan jangan skip mana-mana perenggan
Kedaifan hidup menjadi penghalang sesetengah orang untuk menceburi dalam bidang perniagaan kerana tiada modal untuk memulakan perniagaan. Namun anda jangan risau kerana saya bakal membongkar rahsia jadi jutawan tanpa keluarkan modal.
Perniagaan Tanpa Modal
Ini tips saya dapat dari Sifu Baju Kemeja di Facebook.
1) Online – Pilihan pertama untuk berni
aga , anda boleh mulakan meniaga online, cari ilmu dan belajar bagaimana menjana wang di dunia siber. Kenapa ?
✔Kos bermula yg murah, cukup bayar internet bulan-bulan, atau gunakan wifi percuma di McD atau mamak. Jangan dicuri ,hack wifi pula, nanti tak berkat.
✔Bermula dengan dropship, tak perlukan kos apa-apa, cukup kos iklan dan pemasaran sahaja. Pos barang dan pengurusan order dan produk semua diurus pemilik produk.
✔Networking’ yg tinggi, di internet ramai lagi usahawan-usahawan yg mantap dan cekal, boleh berkawan dan memiliki sahabat-sahabat yg positif dalam kehidupan.
2) Offline, kiosk – Bila dah menyimpan duit , dapat pulangan yg menggembirakan apabila sudah fokus berniaga di online, mulakan pula mencari tempat untuk menyewa , buat jualan secara offline. Kenapa ?
✔ Tak semua suka beli online, ada yg takut ditipu dan sebagainya
✔ Belajar bagaimana berniaga sebenarnya, bagaimana melayan dan menjaga
seorang pelanggan, tak sama seperti menjaga seorang pelanggan di internet
✔ Orang ramai lebih kenal dan tahu produk anda kerana sudah nampak dan merasa sendiri kehebatan produk
3) Pelaburan- Duit semakin banyak, tak tahu nk buat apa, laburkan sedikit untuk pendapatan yg tak perlu kita usaha buat,contohnya boleh simpan duit kita di ASB, di Tabung Haji, setiap tahun boleh dapat dividen dan bonus, jangan keluarkan duit ini sedikit pun .
Biarkan ia berkembang dan terus beranak, lagi muda kita menyimpan, umur 40 tahun sudah boleh merasa wang ratusan atau juta ringgit.
4) Aset Hartanah – Bila duit banyak, beli aset, tanah, rumah dan bangunan, pasaran hartanah yg semakin meningkat tak pernah turun. Boleh buat sewa dan jual balik bila harga meningkat.
Namun, walau apapun cara kita, jangan kita lupa doa dan keberkatan dalam perniagaan kita, insyaAllah kita semua boleh berjaya. Yang penting kita sudah bermula atau tengok sahaja ?
Ditulis oleh Baju Kemeja di Facebook beliau.
Jutawan Tanpa Modal
Dropship ini seperti Sifu Baju Kemeja beritahu, ia sebuah sistem di mana kita tidak perlukan modal, tiada perlu menyimpan stok malah segala urusan pos diuruskan oleh pengedar. Anda hanya perlu memasarkan produk tersebut, dan anda akan mendapat untung beberapa percent dari harga barang. Semuanya dilakukan di hujung jari anda.
Boleh saya tahu siapa pengedar Dropship?
Banyak sebenarnya Dropship dalam Malaysia, namun ada yang mengenakan yuran untuk masuk dalam dropship mereka. Tetapi yang percuma seperti Dropship.im, Ashadee, Yosh, E-Borong, Usahawan Dropship.
Anda boleh cuba search nama-nama itu di Google atau cuba cari dropship di Facebook. Saya pasti banyak dropship yang berada di Facebook seperti closed group. Bagi saya, dropship ni membantu rakyat Malaysia mendapat side income. Satu usaha yang bagus untuk membantu bangsa kita.
Dropship sebagai passive income
Dropship ni sambil kerja pun boleh buat, cuma perlu ada online banking saja. Untuk cari pelanggan, perlu la kerja keras sikit. Tapi kebanyakkan orang hanya buat dropship ini sebagai passive income dan bukan income utama. Mungkin kerana produk dropship bukan barang longterm tapi cuma hangat pada sesuatu masa.
Dah ramai yang berjaya memperoleh beribu-ribu ringgit dari Dropship ini. Jangan terkejut jika saya kata ada yang telah membeli kereta Range Rover selepas untung berlipat ganda dari dropship. Yang paling penting usaha dan lakukan kewajipan sebagai seorang Muslim.
Mana Nak dapat Ilmu Dropship dan Affliate?
Ini terpulang pada anda… sama ada anda nak menjual sesuatu dengan Ilmu atau TANPA Ilmu. Adakah anda rasa orang yang berjaya dalam perniagaan Internet ini untung berlipat ganda tanpa Ilmu? Kebanyakkan mereka sebelum memulakan perniagaan Internet akan mencari dulu ilmu dengan yang pakar. Tapi apa yang anda perlu tahu ILMU bukanlah sesuatu yang anda perlu berkira untuk mendapatkannya.
Saya cadangkan anda membeli
1. Buat Duit dengan Affiliate – Kitab Teknik SEO Merah Jambu
2. Job Di Rumah (Buat duit dengan hanya duduk di rumah)
3. Make RM1,000 Part Time From Home!
Ilmu pada zaman sekarang ialah KUNCI. Dengan ilmu, semua kebuntuan anda akan terjawab.
Semoga anda berjaya menjadi Jutawan.