Melayu dan Membaca

Melayu dan membaca – Ketika suatu masa, pendapatan blog saya menurun dan saya fikir saya perlu lakukan sesuatu. Walaupun pendapatan itu cukup untuk makan minum saya, tetapi saya tidak berpuas hati kerana saya tidak suka prestasi menurun. Saya bukan tamak. Prinsip saya, setiap hari saya mesti semakin baik.

Sebelum ini saya ada jual jam sukan secara online, ianya dropship dari Afiq Ikhwan. Untung jam ini sangat besar untuk satu unit jam iaitu sekitar RM50 – RM80. Harga ejen RM100, namun harga yang dijual kepada pelanggan RM180. Ejen diberi hak untuk mengurangkan untung tetapi tidak kurang dari RM150 supaya tidak merosakkan market.

Saya cuba belajar membuat Facebook Ads. Ramai yang cadangkan kalau FB Ads, masuk sahaja seminar dan kelas. Kata kuncinya “berguru”. Tapi saya fikir, kos untuk kelas itu agak mahal bagi saya.

Saya mencuba membuat ads pertama, tidak berjalan dengan baik. Setiap hari saya cuba adjust setting iklan. Lama kelamaan ia menjadi semakin baik. Kos iklan untuk per engagement pun makin murah dan dapat target customer dengan mudah.

Semuanya terletak pada ilmu. Sama ada berguru (mungkin dikenakan caj) atau anda dapatkan sendiri ilmu itu dengan Do/error dengan percuma tetapi ambil masa sedikit.

Yang saya dapati apabila berurusan menjual jam secara online.

95% yang mesej saya akan bertanya harga jam dan details tentang jam. Walaupun di post terpampal jelas fungsi, details dan HARGA jam tersebut.

Apa yang dapat simpulkan, majoriti orang Melayu yang membeli semuanya kurang berminat untuk membaca. Semua mahu disuap.

Mungkin sebab ini orang Melayu kita mudah ditipu dengan skim cepat kaya, skim emas, MLM dan sebagainya.

Penipuan di Internet

Seorang sahabat di Internet saya, Awan Fantasia (nama pena) pernah berkata kepada saya yang ilmu itu paling penting, ia adalah cahaya. Manusia perlukan ilmu seperti mana perlukan oksigen.

Zaman sekarang kalau anda lemah dalam IT, itu mungkin menjadi masalah. Kebanyakkan sistem sekarang semua berasaskan Internet. Oleh kerana masih ramai yang lemah dalam IT, ramai yang mengambil kesempatan untuk scam golongan ini.

Penipuan online

Ini salah satu contoh la. Mudahnya dapat duit. Sehari dijanjikan dapat RM1000. Selalunya iklan macam ini hanyalah scam. Ramai juga akan terjerat sebab jadi ‘lemah’ bila melihat duit berkepul-kepul. Percayalah cakap saya, apa-apa perniagaan yang menggunakan duit atau tanda kemewahan sebagai janji kebanyakkan hanya untuk menjerat untuk orang yang terdesak mahu kaya.

Dan lagi satu yang selalu saya nampak iklan bayar RM250 kemudian dapat duit bulan seterusnya. Lagi banyak anda bayar, lagi banyak anda dapat. Anda percaya ke ada pelaburan yang duduk diam, dapat untung 100%-500%. Sedangkan kalau melabur dalam ASB pun dividen hanya 7%.

Menurut pengalisa ekonomi, ketika ekonomi tengah tenat, akan muncul banyak skim cepat kaya, pelaburan duduk goyang kaki dan sebagainya. Lebih mudah mereka untuk recruit orang kerana ramai terdesak untuk mencari duit.

Tanpa ilmu kita boleh jadi kaya, tetapi tanpa ilmu mustahil kita dapat kekalkan kekayaan – Amirul Imani

Dan saya jangkakan orang yang membaca post ini akan skip beberapa perenggan kerana malas membaca 😛

4 comments
  1. hakimah
    Feb 13, 2016
    kalau baca biar sampai habis itu prinsip saya..post y bagus..
  2. oh pt3
    Feb 25, 2016
    pelik kan.. ramai juga yang bubuh no telefon berminat dengan benda yang terang-terang money game mcm tu.
  3. mrs_v
    Oct 11, 2016
    Bagus tulisan awak. Saya suka dan saya follow! ;) All the best in your life ya~
  4. zik
    Jan 9, 2017
    semua orang menantikan keuntungan secepat mungkin.. itu yang kita nampak pada hari ini...
Amirul