Perbezaan Original dan AP tidak banyak beza. Anda boleh baca di bawah untuk ketahui perbezaan original dan AP. Hari tu ada orang tanya, macam mana nak tau fon Samsung tu set Malaysia atau set luar (AP set). Pertama sekali, kena tau info asas set Malaysia yg dinamakan original set dan AP set yg juga dikenali sebagai 'import set'.
ORI SET : set yang dibawa masuk secara rasmi ke Malaysia. Warranty ditanggung oleh pusat servis sah di seluruh negara.
AP SET: set yang dibawa bukan secara rasmi. Warranty ditanggung oleh syarikat yang bawa masuk set ini. Kualitinya tetap sama, kerana ia tetap dikilangkan oleh Samsung Mobile.
Cara2 nak pastikan ia adalah set Malaysia:
1. Perhatikan kotaknya. Set Malaysia ada sticker 'e-Warranty' seperti dalam gambar.
2. Set Malaysia menggunakan plug 3 pin UK standard. AP set ada yg menggunakan plug 2 pin US standard, atau plug 2 pin EU standard.
3. Kenal pasti model number yg dibawa masuk secara rasmi ke Malaysia. Contohnya GALAXY Note II ada byk model. Ada model number N7100, N7105. Set rasmi Malaysia adalah N7100. N7105 adalah AP set!
4. Perhatikan bahagian belakang fon. Ada fon AP set yang mempunyai logo carrier (telco) di negara tersebut contohnya AT&T, Verizon, Vodafone, dsb. Jika anda mendapati ada logo ini pada fon tersebut, maka ia adalah AP set.
5. Hubungi pihak Samsung utk buat semakan dgn memberikan IMEI number.
6. Periksa sambungan rangkaian 4G. Sesetengah fon AP set tak dapat sokongan 4G band Malaysia. Tapi cara ni tak praktikal.
7. Nak betul2 sahih, beli lah pada TRUSTED SELLER. Insya Allah anda tidak akan ditipu. Antara trusted seller online phone yang saya kenali ialah Afiq Subanji. Dah banyak smartphone dia jual secara COD dan online di area Kuala Lumpur.
————–
Semoga tip ini bermanfaat. Jika ada penambahan, boleh komen di bawah. Share juga jika dirasakan dapat memberi manfaat kepada orang lain.