Minggu ini saya cuba untuk meluangkan masa untuk berkopi dengan orang bisnes memandangkan waktu tu belum waktu gaji so saya memang betul-betul free.. Ajak mereka borak dan minum kopi di sekitar utara.
Hasilnya, saya jumpa kenapa orang bisnes tayang kereta harga ratus ribu juta-juta dan beli barangan mewah.
Saya jarang bercerita apa yang saya buat dan apa yang saya miliki dalam media sosial. Malah orang dekat pun saya tak cerita sangat. Kalau saya pm, agaknya orang akan kata who the hell is Amirul Imani.
Cuba untuk menjadi seorang yang down to Earth agak susah dalam dunia bisnes. Tiada usahawan yang ingin bernetworking dengan anda jika anda tidak tunjukkan nilai yang anda ada dan reason why they need to be your friend.
Sebab tu ada usahawan yang usaha untuk menaikkan nama dia seperti Aliff Syukri, Dato Vida dengan setiap hari bercerita apa yang mereka buat, mereka beli dan kereta apa mereka ada untuk membuktikan mereka betul-betul kaya dan meningkatkan keyakinan orang lain untuk berurusan dengan mereka.
Setengah orang yang tak faham akan kata orang bisnes ni semua riak dan menunjuk-nunjuk harta. Tapi itu semua hanyalah marketing plan untuk menaikkan bisnes.
Mungkin tak semua macam ni, tapi tak boleh nak salahkan mereka memilih orang untuk berkawan… kita pun tak tahu bagaimana kita di masa depan nanti. Silap-silap hanya mahu jumpa orang yang generate 6 angka sahaja.
Tapi siapa tak kecewa kan apabila perlawaan kita untuk berkawan ditolak. Ibarat whatsapp crush kena bluetick lah. Haish, rugi sapa yang tak jumpa saya tahun ni… mana tahu selepas ini saya dah ada empayar sendiri.
Setiap orang ada prinsipnya sendiri. Sama ada mahu orang kenal mereka atau kenal bisnes mereka.
Semua orang ada cara tersendiri untuk berjaya. Mencontohi mereka untuk mengambil aura positif.
show off mungkin pada pandangan kita.
mungkin bagi orang kaya…tak nak hipokrit..
mereka menikmati kekayaan tanda kesyukuran..
Betul. Tapi hati-hati juga, ramai yang bersifat iri hati.
saya tahu bro Amirul tak akan iri hati..
orang tu bukan kat Malaysia hehehe
HaHaHaHa saya suka cara bro… deep
Lepas ni boleh nak nak berkawan dengan Amirul. Karang dah ads empayar besar susah nak dekat hehehe.
Betul, orang bisnes biasanya akan ade circle of friend mereka sendiri. Ada part untuk tujuan networking dan marketing.
Ada part untuk serap aura positif dan buang aura negatif.
Bab slow down atau kurang show off ni. Ade juga beberapa cakap-cakap orang. Ade yang baik dengan tafsiran merendah diri. Ada juga yang berkata itu maknanya sellfish. Wallahualam.
setiap individu ada cara dan gaya masing2.
dan setiap individu ada kualiti dan potensi masing2..hehe.
nak cari orang yang busines senyap2 nih susah, tambah masa dia memang sangat terhad..
Bro dah jumpa sebenarnya… cuma tak perasan je hehe
Biasanya yang menunjuk ini… kekuatan bisnes itu ada pada dirinya bukan pada bisnes itu sendiri. Kalau pemilik bisnes sudah tidak ada… tidak akan tahu apa akan jadi pada bisnes itu.
setiap usahawan ada cara mereka tersendiri.
yg penting sbg usahawan kita buat apa yg kita fikir betul dan bukan apa yg org lain fikir betul..
saya suka cara jutawan spt Mokhtar Al Bukhari.. menguruskan bisnes dibelakang tabir……
Show off benda positif takpe.
Show off benda mengarut, itu bangang namanya bila sampai jemput dosa dan cacian.
Show off ada yang baik dan buruk, a part of marketing.
Saya sangat setuju tu kadang-kadang show off ini bukan sebab nak riak ke apa. Tapi itulah salah satu cabang marketing untuk naikkan nama kita ^_^
Boleh beza show off betul2 dengan marketing plak .. show off yg naik nyampah gila haha btw tu mungkin salah satu untuk menaikkan semangar jugak
hee~ betul.. bukan semua show off sebab memang ada titik hitam dalam hati.. tapi marketing strategy untuk buktikan kat yang luar sana “buat bisnes cam aku pun boleh dapat cam ni..” mungkin mentaliti rakyat malaysia belum bersih dan selalu bertanggapan negatif.. hee~ jaki..
Kalau show off sekadar untuk niat berkongsi tak apa lah, tapi kalau nak riak baik simpan untuk tatapan sendiri saja lah
Hi amirul salam perkenalan dari saya ? kali pertama singgah sini. Tak semua orang bisnes suka menunjuk-nunjuk apa yang dia ada. Ada juga yang merendah diri merendah hati walaupun sudah bergelar jutawan. Tepuk dada tanya iman tepuk dada tanya hati. Apapun pilihan kita hanya Allah yang lebih mengetahui. In Shaa Allah. KakNur doakan awak terus berjaya dunia akhirat. Aamiin ?
ada beza tunjuk kekayaan untuk tarik networking dengan riak & humblebrag. Anyway, singgah sini jadi pembaca baru blog ni 🙂
saya pun banyak juga kawan yg show off macam ni ajak saya join mereka, kebanyakkannya gagal jadi apa yang mereka mahukan, saya kurang minat mlm tetapi beri pengecualian kepada mana mana bisnes mlm yg agak kukuh dan harga x terlalu diluar munasabah
ni semua teknik engagement dan marketing plan, softselling, kekadang ok, kekadang menyampah, aduh
Nak kawan ngan Amirul lebih dekat lah. InsyaAllah kita sama-sama kaya.
boleh ambil aura positif dari mereka..