Warga Asing di Malaysia kini sudah jadi BOSS – Kalau korang perasan di sekitar ibu negara dan bandar sekitar Selangor yang menjual barang di kedai kebanyakkan warga asing. Kalau pergi Kuala Lumpur tak nampak Bangladesh atau Nepal memang tak sah.
Orang Malaysia sendiri suka ambil pekerja asing sebab lebih murah bayarannya. Dalam masa beberapa tahun ini memang mereka menjadi kuli, suatu hari nanti mereka akan jadi boss dan buka perniagaan sendiri. Itulah kesilapan peniaga-peniaga di Malaysia.
Premis-premis di sini didominasi warga Indonesia, Nepal, Bangladesh dan Myammar. Walaupun mereka ini mengaku hanya bekerja namun masyarakat yakin mereka ini pemilik premis berkenaan yang menggunakan lesen perniagaan orang lain.




Sekarang ni semua sudah malas mau berniaga. Melayu nak makan duit bulan-bulan tanpa bekerja so dia hanya letak warga asing di kedai dia dan tiap-tiap bulan duit masuk. Usah kita menunding pada kerajaan atau pihak lain, sedangkan puncanya dari peniaga Malaysia juga membenarkan warga asing berniaga menggunakan lesen mereka.
Aku sendiri rasa tak seronok bila pergi shopping kat sekitar KL bila yang jual tudung dan kain tu pun Bangladesh. Kadang-kadang rasa macam duduk dekat Dhaka, Bangladesh.
Kredit (gambar) : SinarHarian
pandang postive bro… hehe
nak buat macam mana..orang kita ni memang perangainya macam tu.
Bukan kl je dekat NIlai pun dah ada..
Itu org panggil kesempatan dan peluang, orang kita ambil kesempatan atas mereka, mereka ambil kesempatan atas kita, win-win situation. Tapi situasi kepada org lain plak sakit mata la tengok. Kicin ada, vera ta da. 😀
PS: Wah, dh ada salji.
mana-mana pun macam tu
kadang2 rasa rimas pun ada
Kedai tu memang bukan dia punya, tapi bisnes tu dia yang empunya. ada beza sikit je kat situ