Pengalaman di Jogjakarta Indonesia (Bahagian 1)

Pengalaman di Jogjakarta – Pada bulan Disember lepas, aku berpeluang melawat ke negara jiran iaitu Yogjakarta,Indonesia. Lokasi yang aku tuju ialah Jogjakarta iaitu bandar warisan sejarah Indonesia. Lokasi ini sangat popular kerana mempunyai tapak-tapak bersejarah berkurun lamanya. Jika anda meminati monumen besar yang bersejarah amatlah wajar anda melancong / travel  ke Jogjakarta, Indonesia.

Dari LCCT, menaiki pesawat kos tambang murah Air Asia menuju ke Adisucipto International Airport mengambil masa 2 jam setengah tapi kerana aku berpeluang duduk di sebelah Mat Salleh dari South Africa rasa macam sekejap saja. Alhamdulillah sebab dia punya slank tak deep sangat, mudah nak faham.

Kami banyak bersembang tentang kejuruteraan dan teknologi. Mat salleh tu seorang civil engineer dan sangat berpengalaman. Menurut katanya, dia menghabiskan 40 ribu USD untuk melancong ke seluruh Asia dimulai dengan Myanmar seterusnya ke Jepun, Malaysia, Indonesia dan negara serata Asia.

Baru turun dari kapal terbang, jauh bezanya dengan airport kita.

Gambar semasa baru turun kapal terbang, amat berbeza airport mereka dengan Malaysia. Di sini hampir 70% menggunakan tenaga manusia.

Lepas turun dari kapal terbang, keluar-keluar aiport banyak pemandu pelancong menawarkan diri mereka untuk menyewa kereta mereka. Aku dan family tak plan lagi untuk ambil pemandu pelancong, mahu ke hotel dulu kerana keletihan.

Sewaktu perjalanan ke hotel, drebar tu menawarkan diri untuk jadi pemandu pelancong selama tiga hari kami berada di Jogjakarta. Alhamdulillah harganya berpatutan dan servisnya bagus dengan menggunakan kereta Avanza. Pemandunya juga seorang yang lemah lembut.

Pada malamnya, pemandu pelancong tu kata ada restoran best di sana yang mesti dicuba. Satu pengalaman baru buat aku kerana restoran ni sangat unik.

BA3_3908

Memang popular Restoran Raminten ni dekat Jogjakarta. Pelanggan yang baru datang perlu menulis nama di kaunter dan tunggu di ruang menunggu sebelum masuk ke restoran. Masa ni perut memang dah lapar tapi apa boleh buat tunggu saja la.

Masuk-masuk restoran ni agak terkejut kerana dihiasi dengan patung-patung pelbagai agama termasuk Buddha, Jesus dan juga patung haiwan. Masa tu dalam hati, eh restoran ni halal ke? Tapi alhamdulillah halal walaupun pelayannya seksi-seksi belaka kebetulan waktu tu Christmas jadi mereka menggayakan pakaian Santa Claus.

Makanannya boleh tahan lah sedapnya, harganya pun murah kalau dalam matawang Malaysia. Pengalaman yang menarik sebab kami makan di tingkat tiga. Ia bukanlah konkrit namun sebuah pondok kayu di mana dibina sungguh tinggi sehingga tiga tingkat.

20131223_101338

Keesokkan harinya, lokasi yang dituju semestinya monumen bersejarah di Asia Tenggara iaitu Candi Borobudur. Bayaran nak masuk aku dah lupa, tapi ada dua kaunter untuk warga Indonesia dan pelancong. Pelancong dikenakan harga yang jauh lebih mahal berbanding warga Indonesia. Waktu ni cuti sekolah, memang ramai lah budak sekolah dengan lawatannya.

20131223_100149

Untuk sampai ke Candi Borobudur tu kena naik “Bullet train” ni sebab jarak antara kaunter dengan candi tu jauh jugaklah. Udara dekat sini memang nyaman.

20131223_100341

Gambar yang ditangkap semasa berada di atas ‘bullet train’. Sepanjang jalan tu ada peniaga-peniaga yang menjual air-air dan barang cenderamata.

20131223_101232

Lepas turun dari ‘bullet train’, kena pula jalan agak2 aku dalam 200m lepas tu naik tangga tingginya separuh dari tangga Batu Cave. Kalau nak datang Candi ni pakai kasut tumit tinggi memang silap lah…\

20131223_102043

Orang kata aku macam hero hindustan, tapi aku nampak macam Brad Pitt masa muda. Kain yang aku pakai tu hanya untuk pelancong dari luar negara, kalau orang Indonesia tak perlu pakai kain ni.

20131223_105119

Di Jogjakarta, kereta kuda merupakan salah satu pengangkutan utama. Kalau di jalan raya pun, penuh dengan kereta kuda. Bayarannya pun tidak lah murah cuma seronoklah dengar bunyi tapak kaki kuda. Bak kata Sharifah Aini “kudaku lari gagah berani”.

20131223_111009

Sempat juga ke Muzium Orang Pendek di dalam perkarangan Candi Borobudur tu. Pak cik ni sebenarnya umur dalam 40 tahun gitu tapi masih nampak muda. Suaranya pun lembut sahaja… Waktu aku nak bergambar aku ucapkan salam dan dibalas salam aku.

Sapa yang nak tengok selfie aku di Candi Borobudur boleh >> klik sini

Fakta tentang Jogjakarta / Yogyakarta

1. Majoriti penduduk di sini beragama Islam.
2. Tidak banyak bezanya dengan Malaysia kecuali plug yang mereka gunakan jenis 2 pin.
3. Walaupun harga makanan dan servis murah, namun barang elektronik tetap sama dengan Malaysia.
4. Sesuai untuk melancong dengan keluarga kerana tidak banyak unsur negatif.
5. Rakyat di sini masih menggunakan tenaga manusia dalam sektor pertanian berbanding Malaysia banyak menggunakan jentera.
6. Bangsa Cina mempunyai nama seperti orang Indonesia dan mereka bertutur dalam Bahasa Indonesia. ( Ini aku kagum dekat Indonesia)

Sambung bahagian seterusnya.. BAHAGIAN 2 

Sekiranya anda berminat untuk beriklan di post ini, sila ke bahagian contact.

22 comments
  1. Abdur
    Jun 8, 2014
    English = Welcome to Jogjakarta B Indonesia = Selamat Datang di Kota Jogja B Jawa (mayority rakyat jogjakarta) = Sugeng Rawuh
  2. BLOGGER SABAH
    Jun 8, 2014
    Jom datang ke Sabah,terdapat pulau-pulau cantik yang akan memanjakan encik apabila melancong ke Sabah.
  3. Wak Jay
    Jun 9, 2014
    belum ada rezeki lg untuk sampai ke sana....tgk mcm menarik tempat ni.
  4. Denaihati
    Jun 9, 2014
    cuti sekolah ni mungkin ramai pelancong Malaysia ke sana.
  5. Hero Borneo
    Jun 9, 2014
    seronok juga membaca pengembaraan begini..terima kasih kerana berkongsi..
  6. Mawardiyunus
    Jun 10, 2014
    Insyaallah sedang merancang untuk ke sini tak lama lagi.
  7. Hairul HIssam
    Jun 12, 2014
    First time dengar mezium org pendek.. tentu seronok melancung disana..
  8. titan
    Jul 19, 2014
    tu dia. aku tak sampai sini lagi. hoho
  9. azmin
    Sep 25, 2014
    kacukan arab sangat muka. haha
  10. mohd rasul abu hanipah
    Sep 26, 2014
    inshaaAllah tahun depan akan mula aktif dengan backpacking. nak melawat banyak tempat ni. tempat pertama aku nak pegi negara Jepun :)
    • Amirul
      Sep 26, 2014
      Bajet besar tu kalau Jepun... tengok Ariffshah pergi Jepun pun keluar belas ribu
  11. Mummy Dina
    Sep 27, 2014
    nice sharing..kitorg memang tgh plan ke jogja pn..sesuai sgt la baca entri ni..:)
  12. norlela binti che azis
    Sep 29, 2014
    Salam, Sy & kwn2 akan ke jogja bln 12 nie, sdg mencari hotel n transportation yg berpatutan. Bleh kasi no cntct driver awk ari tue n cdgan hotel yg berpttan utk kteorg. Lela
    • Amirul
      Sep 30, 2014
      Maaf cik, saya tak simpan pulak contact number... tapi tips yg boleh dibagi cari lah yg pemandu beragama Islam... yg sy igt driver saya nama Pak Suharto.. slalu tunggu dkt airport
  13. Cuti Cuti Malaysia – Amirul.My
    Nov 20, 2014
    […] nak ke luar negara seperti Indonesia, Thailand dan Cambodia eloklah kita melawat tempat sekitar Malaysia dulu untuk meningkatkan ekonomi […]
  14. wan
    Jan 29, 2015
    hye!! tinggal di hotel mane?hehe brape semalam and supir nye brapa yaa?haha
  15. Liza
    Nov 5, 2015
    Ada berapi candi kat sana,
    • Amirul
      Nov 5, 2015
      Di candi Borobudur ada hanya satu tetapi saiz yg sangat besar. Manakala di candi Prambanan dikatakan sebanyak 240 candi (saiz kecil)
  16. Saliza
    Jan 1, 2016
    Mencari pemandu pelancong yg boleh bawak tour 4hari 3 malam utk 4 org. Kalau boleh bawak kami nk tau bape harga n tempat2 yg akan dilawati.. Email sy di saliza6824@gmail.com tarikh bertolak 30/1 hingga 2/2/16..
  17. Wati
    May 9, 2016
    berapa harga sewa kerete&driver (supir)???
  18. tiqa
    Aug 30, 2016
    plug kat sana guna 2 pin? maksudnya charger yg 3 pin tu xleh guna la?
    • Amirul
      Sep 8, 2016
      Ya hanya 2 pin... yang mana 3 pin tak boleh guna.. kena pakai adapter 3 pin ke 2 pin... ada ja jual kt kedai2 hardware
Amirul