Top 20 Domain Termahal Di Dunia | Kebanyakkan orang sanggup menghabiskan berjuta-juta untuk memiliki domain yang hebat. Ia juga boleh dijadikan pelaburan apabila domain itu dijual pada harga tinggi kerana permintaan individu tertentu.

Domain termahal dunia

Walaupun tidak ada jaminan keuntungan yang diharapkan, tetapi, jika kita melabur dalam saham dan komoditi lain di mana pulangan juga tidak ada jaminan. Sekurang-kurangnya di sini jika domain anda tidak dapat dijual, anda boleh menggunakan nama domain untuk laman web anda sendiri. Saya membuat senarai 20 domain termahal di dunia pernah dijual sehingga 2014.

Satu perkara tentang domain termahal di dunia ialah semuanya hanya satu perkataan! Kebanyakkan nama domain yang mahal ini banyak dicari di enjin carian Google. Dan lebih menarik kerana tiada domain dengan .org, .net, .info disenaraikan dan menunjukkan kepentingan domain .com.

Saya pasti anda akan terkejut apabila melihat senarai nama domain yang paling mahal di sini dan harganya. Seks adalah kata kunci terbesar dan permintaannya sangat tingi. Laman web lucah adalah penjual terbesar.

20 Domain Termahal Di Dunia

Dalam senarai ini kebanyakan domain yang berkaitan dengan lucah, perjudian dan industri pelaburan. Berikut merupakan list domain yang dijual dengan harga paling tinggi.

VacationRentals.com

VacationRentals.com – Perjanjian ini berlaku pada tahun 2007 dan urus niaga bernilai sebanyak $ 35 juta. Ini adalah yang tertinggi yang pernah dibuat perjanjian untuk membeli mana-mana domain. Brain Sharples, pengasas HomeAway, adalah pemilik baru domain ini dan mengakui bahawa beliau membelinya, kerana tidak mahu pesaingnya Expedia untuk memperoleh domain ini.

PrivateJet.com

PrivateJet.com – Urus niaga ini bernilai $ 30.18 million pada 2012.

Sex.com

Sex.com – Salah satu keyword top search di enjin carian Google, Yahoo dan Bing sudah semestinya menjadi persaingan untuk mendapatkannya. Domain ini dijual pada harga $ 14 million and pada October 2010.

Hotels.com

Hotels.com – Domain ini dijual pada harga $ 11 million in 2001, bagaimanapun pemilik domai ini tidak mendedahkan nilainya secara public di dalam media semasa ditemuramah oleh BBC.

Fund.com

Fund.com – Dijual pada 2009 dengan harga $ 9.9 million. Pemiliknya masih belum diketahui sehingga kini.

Porn.com

Porn.com – Dijual dengan harga $ 9.5 million pada 2007.

Business.com – $ 7.5 million pada 1999

Diamond.com – $ 7.5 million pada 2006

Beer.com – Dijual pada 2004 dengan harga $ 7 million

Israel.com – $ 7 million pada 2004. Laknatullah~

Casino.com – $ 5.5 million pada 2007

Slots.com – $ 5.5 million pada 2010

Asseenontv.com – $ 5.1 million pada 200

Toys.com – $ 5.1 million pada 2009

Korea.com – $ 5 million pada 2004

SEO.com – pada 2007

Clothes.com – $4.9 million pada 2008

Icloud.com – $ 4.5 million dibayar oleh Pihak Apple Inc untuk memperoleh domain ini pada 2011

Jika anda mempunyai wang lebih, apa salahnya melabur untuk membeli domain yang unik kerana satu hari nanti mungkin ada yang akan berminat untuk memiliki domain tersebut dan boleh anda ambil kesempatan untuk menjana pendapatan lumayan.

By Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

23 thoughts on “Top 20 Domain Termahal Di Dunia”
    1. Mungkin satu hari nanti akan bernilai jika orang yang bernama Amirul menjadi jutawan dan membeli semua domain Amirul.com Amirul.net Amirul.org dan sebagainya

  1. cari nama-nama besar dalam company mana2 then kita beli… register semua dot com dit net pastu dia nak kita jual… bagus ni..

    1. Yup, company tu mesti sanggup habiskan beribu untuk dapat domain yg sama dgn nama syarikat dia.

    1. Orang yang mementingkan Url blog mesti sanggup beli, tambahan lagi kalau dia seorang usahawan.

Comments are closed.