Top 20 Domain Termahal Di Dunia
Top 20 Domain Termahal Di Dunia | Kebanyakkan orang sanggup menghabiskan berjuta-juta untuk memiliki domain yang hebat. Ia juga boleh dijadikan pelaburan apabila domain itu dijual pada harga tinggi kerana permintaan individu tertentu.
Walaupun tidak ada jaminan keuntungan yang diharapkan, tetapi, jika kita melabur dalam saham dan komoditi lain di mana pulangan juga tidak ada jaminan. Sekurang-kurangnya di sini jika domain anda tidak dapat dijual, anda boleh menggunakan nama domain untuk laman web anda sendiri. Saya membuat senarai 20 domain termahal di dunia pernah dijual sehingga 2014.
Satu perkara tentang domain termahal di dunia ialah semuanya hanya satu perkataan! Kebanyakkan nama domain yang mahal ini banyak dicari di enjin carian Google. Dan lebih menarik kerana tiada domain dengan .org, .net, .info disenaraikan dan menunjukkan kepentingan domain .com.
Saya pasti anda akan terkejut apabila melihat senarai nama domain yang paling mahal di sini dan harganya. Seks adalah kata kunci terbesar dan permintaannya sangat tingi. Laman web lucah adalah penjual terbesar.
20 Domain Termahal Di Dunia
Dalam senarai ini kebanyakan domain yang berkaitan dengan lucah, perjudian dan industri pelaburan. Berikut merupakan list domain yang dijual dengan harga paling tinggi.
VacationRentals.com
VacationRentals.com – Perjanjian ini berlaku pada tahun 2007 dan urus niaga bernilai sebanyak $ 35 juta. Ini adalah yang tertinggi yang pernah dibuat perjanjian untuk membeli mana-mana domain. Brain Sharples, pengasas HomeAway, adalah pemilik baru domain ini dan mengakui bahawa beliau membelinya, kerana tidak mahu pesaingnya Expedia untuk memperoleh domain ini.
PrivateJet.com
PrivateJet.com – Urus niaga ini bernilai $ 30.18 million pada 2012.
Sex.com
Sex.com – Salah satu keyword top search di enjin carian Google, Yahoo dan Bing sudah semestinya menjadi persaingan untuk mendapatkannya. Domain ini dijual pada harga $ 14 million and pada October 2010.
Hotels.com
Hotels.com – Domain ini dijual pada harga $ 11 million in 2001, bagaimanapun pemilik domai ini tidak mendedahkan nilainya secara public di dalam media semasa ditemuramah oleh BBC.
Fund.com
Fund.com – Dijual pada 2009 dengan harga $ 9.9 million. Pemiliknya masih belum diketahui sehingga kini.
Porn.com
Porn.com – Dijual dengan harga $ 9.5 million pada 2007.
Business.com – $ 7.5 million pada 1999
Diamond.com – $ 7.5 million pada 2006
Beer.com – Dijual pada 2004 dengan harga $ 7 million
Israel.com – $ 7 million pada 2004. Laknatullah~
Casino.com – $ 5.5 million pada 2007
Slots.com – $ 5.5 million pada 2010
Asseenontv.com – $ 5.1 million pada 200
Toys.com – $ 5.1 million pada 2009
Korea.com – $ 5 million pada 2004
SEO.com – pada 2007
Clothes.com – $4.9 million pada 2008
Icloud.com – $ 4.5 million dibayar oleh Pihak Apple Inc untuk memperoleh domain ini pada 2011
Jika anda mempunyai wang lebih, apa salahnya melabur untuk membeli domain yang unik kerana satu hari nanti mungkin ada yang akan berminat untuk memiliki domain tersebut dan boleh anda ambil kesempatan untuk menjana pendapatan lumayan.
nama yang singkat dan hot menjadi satu tarikan..
Singkat dan memberi makna… jadi persaingan ramai
fuhh..mahal-mahal belaka semuanya ni..
Mahal lagi domain bro haha
pergh kayaa kalau tau aku beli domain banyak2 dulu.
Maintaince nak jaga pun pakai duit juga haha
macam mana dengan domain amirul.my? :3
Mungkin satu hari nanti akan bernilai jika orang yang bernama Amirul menjadi jutawan dan membeli semua domain Amirul.com Amirul.net Amirul.org dan sebagainya
boleh buat duit ni…
cari nama-nama besar dalam company mana2 then kita beli… register semua dot com dit net pastu dia nak kita jual… bagus ni..
Yup, company tu mesti sanggup habiskan beribu untuk dapat domain yg sama dgn nama syarikat dia.
Saya dah tanya domain saya sendiri azman.com harga 10k orang nak jual huhuh
Orang yang mementingkan Url blog mesti sanggup beli, tambahan lagi kalau dia seorang usahawan.
tudia harga main billion
fuh.. kalo la bole balik ke zaman dulu mmg aku dah borong semua domain2 ni
Baiklah sponsor aku punya study ni dari beli domain. Aish la kompeni2 besor ni
Domain https://www.amirul.my mahal jugak ni. hehehe 🙂
Kalau ada orang nk beli, memang harga kapak saya bagi
nak kena fikir satu domain yang mungkin jadi ikutan nanti…huhu
pergh..juta2 harga domain dia…jual satu domain harga camni trus goyang kaki smpai ke hari tua…best2
Boleh buat modal bisnes ni. Bukak 10 cawangan CoolBlog
ahahaha… gua harap satu hari nanti ada orang nak beli domain ni dengan harga riban2..haha
sapelah nka beli mahal2 tu kan haha tp still ada pembeli