Kita sekarang berada di era gadget di mana syarikat elektronik gergasi berlumba-lumba menghasilkan gadjet seperti telefon pintar, kamera dan juga laptop. Dahulunya jam tangan hanya berfungsi sebagai jam untuk kita mengetahui masa dan tarikh.
Kini muncul jam tangan pintar yang mempunyai banyak fungsi berbanding jam tangan biasa. Ia seumpama jam ini mengandungi telefon bimbit di dalamnya kerana jam pintar ini mengandungi fungsi untuk telefon, permesejan dan juga memainkan lagu.
Sony Smart Watch 2 ini dilengkapi dengan sistem operasi Android, serta didatangkan dengan sokongan NFC. Jam tangan ini juga turut sama dilengkapi dengan rekabentuk yang menarik serta kalir air seperti beberapa peranti Sony lain.
Daripada apa yang dikongsikan Sony, jam tangan pintar ini membolehkan pengguna menguruskan panggilan terus melaluinya, selain turut menggunakan ia sebagai remote untuk merakamkan gambar, mengawal beberapa dokumen, disamping menggunakannya untuk beberapa aplikasi popular seperti Runtastic dan beberapa yang lain.
Jam tangan pintar ini dikatakan boleh digunakan bersama-sama telefon pintar dan tablet Android. Apabila tidak dihubungkan, ia berfungsi seperti jam tangan digital, serta membaca notifikasi yang lepas, menetapkan alarm dan beberapa yang lain.