Assalamualaikum dan salah sejahtera. Sebagai rakyat Malaysia, anda pasti menyedari bahawa syarikat telekomunikasi di Malaysia semakin bertambah dari masa ke semasa. Jika dahulunya hanya tiga syarikat yang mendominasi telekomunikasi Malaysia dalam komunikasi selular seperti Maxis,Celcom dan Digi.
Namun dengan kehadiran syarikat baru seperti Umobile dan Tunetalk telah merancakkan persaingan antara syarikat telco di Malaysia untuk menawarkan harga yang lebih berpatutan kepada pengguna Malaysia.
Walaupun caj untuk telefon dan sms makin menurun tetapi caj untuk pengguna internet di telefon pintar masih lagi di tahap yang boleh dikatakan agak ‘mahal’.
*Prepaid
Maxis Mobile Internet Plan ( Bulanan )
RM18 – 100MB quota
RM28 – 200MB quota
RM38 – 500MB quota
RM48 – 1GB quota
Sebagai pelajar, harga majoriti hanya mampu memilih pakej RM18 untuk 100mb quota. Selepas 100MB telah digunakan, internet ini akan terbatal dengan automatiknya. Mustahil 100MB cukup untuk digunakan dalam sebulan bukan?
Jika anda mampu memilih pakej RM48, adakah ia berpatutan dan harga mampu milik? RM48 tidak termasuk caj telefon dan sms begitu juga dengan pakej-pakej yang lain.
Digi Mobile Internet Plan ( Bulanan )
RM30 – 600 MB quota
RM48 – 2GB quota
RM68 – 5GB quota
Digi tidak menawarkan sms dan panggilan percuma sekirannya anda melanggan pakej internet mobile mereka.
Celcom Mobile Internet Plan ( Bulanan )
RM5 (Sehari) – 500MB quota
RM18 (Seminggu) – 1GB quota
RM28 (Bulanan) – 300MB quota
RM38 (Bulanan) – 1GB quota
RM58 (Bulanan) – 3GB quota
RM88 (Bulanan) – 5GB quota
Jika anda tidak melanggan pakej Internet Celcom anda akan dikenakan caj penggunaannya RM0.10/10kb.
U Mobile Mobile Internet Plan ( Bulanan )
U Mobile antara syarikat telco yang agak berbaloi untuk pelajar dan yang sudah bekerja untuk dilanggan namun coveragenya yang agak lemah di sesetengah kawasan telah menyebabkan ramai yang tidak memilih U Mobile.
Kesimpulannya caj telco untuk pengunaan internet di telefon pintar masih ‘cekik darah’ kerana cajnya yang agak mahal berbanding negara serantau yang lain. Pihak berwajib perlu melakukan sesuatu untuk menurunkan harga telco di negara kita demi meringankan beban rakyat kerana semua orang perlukan Internet di dalam telefon mereka demi mencapai wawasan 2020 untuk melahirkan golongan celik IT.