Penipuan Power Bank Murah | Hampir separuh rakyat Malaysia kini mempunyai telefon pintar. Tidak kurang juga dengan kes penipuan power bank murah yang semakin meningkat
Oleh sebab itu Power Bank kini menjadi buruan pengguna telefon pintar kerana ia dapat mengecas telefon mereka di mana-mana sahaja. Ia menjadi keperluan buat mereka yang selalu melancong dan membeli belah.
Tetapi, ada aduan dari pelanggan yang membeli Power Bank ini bahawa mereka ditipu di dalam pembelian Online melalui laman sosial dengan harga yang sangat murah.
Namun Power Bank itu hanya mampu mengecas untuk masa yang sangat singkat dan tidak sama seperti yang ditawarkan iaitu 20,000 mAh. Jadi pengguna itu membuka power bank dan terkejut seperti gambar di bawah.
Penipuan Power Bank Murah
Hanya ada sebiji bateri di dalamnya dan untuk menambah berat, mereka meletakkan 2 bungkus plastik berisi pasir.
Nasihat saya, berhati-hatilah ketika mahu membeli powerbank terutamanya daripada internet, yang menjual dengan harga yang sangat murah, kapasiti yang sangat tinggi serta tiada jenama supaya anda tidak tertipu
Aq dh kena…??