Terima kasih bagi yang telah membaca pengalaman saya di Jogjakarta pada bahagian 1. Seperti yang saya janjikan, saya akan menyambung pengalaman saya selama tiga hari saya berada di bumi Indonesia.
Selepas sahaja kami melawat di ke Candi Borobudur, dalam perjalanan kami singgah di sebuah Restoran yang eksklusif diberi nama Boyong Resto . Pada luarannya, pasti anda akan check duit di dalam dompet anda terlebih dahulu sebelum masuk. Nampak memang macam mahal kerana di dalam restoran ini terdapat tasik buatan. Siap ada penyanyi lagi akan buat live performance masa kita tengah makan. Tetapi sebenarnya harganya tidaklah semahal mana, ibarat harga nasi di Malaysia lah.
Tidak jauh beza pun makanan di Indonesia dengan Malaysia kerana kita serumpun. Tapi! Saya order Teh Ais dapat Teh Herba… Aroma teh tu sangat lah… HURMMM… tak habis minum air tu. Kalau kat Malaysia restoran seperti ini, saya jamin harga satu minuman paling minimum pun RM5.
Selepas makan, kami terus ke Gunung Merapi. Namun oleh kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan kami tidak dapat menaiki ke puncak kerana kabus tebal. Namun menarik kerana kesan peninggalan gunung berapi yang meletus masih ada sebagai bukti kekuasaan Allah SWT.
Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami ada la singgah ke kedai-kedai kraftangan di jalan. Ada beberapa gambar rare saya snap. Rare ke? Hehehe
Pada keesokan harinya, kami bangun awal kerana meneruskan perjalanan kami iaitu ke suatu tempat yang happening. Kami ke Pantai Parangtritis. Apa yang menarik pantai ini mempunyai pelbagai lagenda dan mitos bahawa tidak boleh memakai pakaian berwarna hijau jika ke pantai ini kerana menurut cerita terdapat puteri yang menjaga pantai ini dan pemakai pakaian warna hijau akan disampuk. Itu semua kepercayaan orang Indonesia lah, namun jika sudah diberi peringatan jadi kita hormat sebab ini bukan tempat kita. Namun pantai ini agak unik sebab pasir dia berwarna hitam. Waktu saya dan keluarga ke pantai ini, ombaknya sangatlah kuat.

YOLO
Sambung pula dibahagian 3… Kalau letak semua dalam satu page kesian dekat orang yang internet slow pula jadi saya buat banyak bahagian supaya anda dapat baca dengan mudah.
Sekiranya anda berminat untuk beriklan di post ini, sila ke bahagian contact.