Kisah Rasulullah Doa Langsai Hutang

Saya tertarik dengan sebuah Kisah Rasulullah mengajarkan Abu Umamah RA doa untuk langsai hutang. Mungkin di antara kita hidup terbeban dengan hutang, boleh la baca kisah Rasulullah di bawah.

kisah rasulullah

Kisah Rasulullah ( Doa Langsai Hutang )

Abu Said Al-Khudhri RA berkata: “Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid. Tiba-tiba ada seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Beliau bertanya: ”Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat engkau sedang duduk (di masjid) di luar waktu solat?” Beliau menjawab: ”Aku resah memikirkan hutangku, wahai Rasulullah.” Beliau bertanya: ”Mahukah aku ajarkan kepadamu sebuah doa yang apabila engkau baca maka Allah taala akan menghilangkan keresahanmu dan melunasi hutangmu?” Dia menjawab: ”Sudah tentu ya Rasulullah.”

Beliau bersabda,”Jika engkau berada di waktu pagi mahupun petang, bacalah doa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari perasaan resah dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kedekut. Dan aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan kekerasan manusia.”

Hadis Riwayat Abu Daud 4/353:

Tak boleh membaca dengan lafaz Arab? Bahasa Melayu pun boleh.. Sungguh Allah itu Maha Mengerti..

Apa lagi anda semua, amalkanlah doa ini setiap hari ketika lepas solat atau ketika merasa resah. Insyaallah, doa yang nabi ajar ini akan menghilangkan keresahan dan langsai hutang kita.

11 comments
  1. Fadhil
    Sep 25, 2014
    jangan baca doa je. usaha kena ada juga. betul tak?
    • Amirul
      Sep 25, 2014
      Semestinya, doa dan usaha sepatutnya selari
      • Pendekar
        Sep 29, 2014
        Mestilah selari...akhirat dengan dunia mesti selari..baru hasilnya besar dan berkat...
    • Pendekar
      Sep 29, 2014
      betul dah tu.... doa tanpa usaha tak dapat duit... D = doa U = usaha I = Iman T = Tawakal Usaha hanyalah 1/4 dari apa kita nak...yang lain semua nya berkaitan dengan hubungan dengan ALLAH... (^_^)
  2. titan
    Sep 25, 2014
    mesti ramai yang tak tahu doa ni kann?? hehe
    • Pendekar
      Sep 29, 2014
      gua sendiri baru tahu ni haa... tak hafail lagi...
  3. Ammar
    Sep 26, 2014
    Tak tenang hidup ni kalau ada hutang. Lagi-lagi orang yang kita hutang tu kita jumpa hari-hari.
    • Amirul
      Sep 26, 2014
      Sifu Ammar tak perlu risau la sebab takde hutang
      • Pendekar
        Sep 29, 2014
        dia banyak hutang tu jangan tak tahu... hutang belajar berpuluh riban... agagaga...
    • Pendekar
      Sep 29, 2014
      ambik aje barang2 dia kalau dia tak bayar... lagi2 kalau dia mampu beli gajet mahal2.... enjoy sakan... #pesanan khidmat masyarakat dari bekas penghutang.
  4. Linda
    Nov 28, 2014
    perkongsian yang sangat bagus tq
Amirul