What would you be?

dream

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniannya, saya berjaya menghabiskan peperiksaan SPM yang akan diambil oleh setiap belia yang berumur 17 tahun di sekolah Malaysia untuk dijadikan benchmark untuk menyambung pelajaran.

Ada apa dengan SPM? Apa persepsi saya terhadap SPM? Biarlah saya seorang saja yang tahu. Jika orang bertanya kepada saya… “Apa cita-cita kamu?” “Kamu nak jadi apa nanti?”, saya masih tidak dapat menjawab soalan itu dengan yakin.

Bagaimana seseorang itu mendapat cita – cita dan impian? Mudah, ia berdasarkan input yang dia dapat melalui penglihatan, pendengaran, pembacaan dan pendedahan.

Sewaktu kecil, saya sering didedahkan dengan penggunaan komputer dalam kehidupan seharian. Saya menonton rancangan The Apprentice dan Love You Mr Arrogant. Saya kurang bersosial dan suka makan di restoran yang mewah.

Dari pernyataan di atas, anda sudah boleh meneka apa yang saya mahu jadi pada masa depan. Adakah impian dan cita-cita saya akan tercapai? Wallahualam. Saya akan terus berusaha untuk mencapainya. Doakan saya.

“If you have a dream, you have an idea and from that idea something big can happen” – Tony Fernandes

So, what would you be?

3 comments
  1. titan
    Jan 23, 2014
    jap..hang baru lepas SPM kah?
    • Amirul
      Jan 23, 2014
      Ya bro, baru lepas SPM.
  2. Scha Nazri
    Nov 27, 2014
    Woahh. yekeh? Wahh, tahniahh. Doa2 banyak taww :)
Amirul