cabaran blogger

Saya sebenarnya amat kagum dengan saudara Denaihati. Dia mempunyai satu komuniti di mana mereka saling melawati blog sesama mereka dan meninggalkan komen di setiap post yang terbaru.

Sejujurnya, saya juga ingin menjadi salah seorang dari komuniti itu supaya saya dapat berkenalan dengan blogger-blogger. Mereka nampak sangat mesra di antara mereka.

Saya tertanya-tanya adakah blog saya dapat menjadi seperti Denaihati? Perisiannya yang berinformasi dan tidak perlu menulis perkara – perkara maksiat untuk menarik pengunjung untuk membaca blog Denaihati.

Walaupun saya telah hampir tiga tahun menulis blog, namun dulunya saya hanya menulis blog untuk mendapatkan trafik dan menjana pendapatan semata-mata. Saya langsung tidak ikhlas menulis dari hati. Saya tidak ada rakan blogger, saya menggunakan fanpage Facebook untuk menarik pengunjung. Hasilnya, jika saya tidak boost artikel saya di Facebook, tiada trafik ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Ini merupakan cabaran buat saya untuk membina sebuah blog yang mempunyai pembaca tetap.

Namun terdapat beberapa cabaran untuk saya ketika blogwalking ke blog rakan blogger.

1. Mereka tidak membenarkan orang yang tidak mempunyai akaun blogger untuk comment di post mereka.
2. Mereka menggunakan Google+ Comments.
3. Mereka menutup bahagian comment atau menggunakan comment versi disqus.
4. Mereka copy paste artikel akhbar.

Kadang – kadang blog di atas boleh membuatkan saya agak stress sebenarnya. Mengapa anda membuat blog jika anda tidak membenarkan orang memberi pandangan mereka terhadap apa yang anda post?

Saya harap anda memasukkan blog saya ke dalam bloglist yang anda akan selalu kunjungi. Saya akan memasukkan blogger yang memberi komen di blog saya ke dalam bloglist yang saya akan kunjungi. Sekian.

Sumber gambar: Boston

By Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

2 thoughts on “Cabaran Baru Blogging”
  1. apa yang aku mampu bagitau, just come up with something new, fresh and unique.

    Lepas tu..takde hal hang nak dapat komen dan apa yang hang nak tu. 🙂

Comments are closed.