Pengalaman Ambil JPJ Test | Aku nak cerita pengalaman aku ambil ujian JPJ, alhamdulillah aku lulus JPJ Test. Bagi yang masih blur bagaimana keadaan semasa ujian nanti, boleh lah baca pengalaman aku memandu demi mendapatkan lesen P kereta.

jv cergas sungai petani
Kredit Gambar : Institut Memandu JV Cergas Sungai Petani

Suatu malam aku dapat call dari agen lesen, “Bila mau datang test? 24 nanti jpj tau bila u boleh mai”. Pehh masa tu aku dah terkejut sebab aku belum sedia lagi untuk ambik lesen dan tinggal 4 hari lagi. Dua hari sebelum test aku demam, tapi keesokkan hari walaupun masih demam aku struggle jugak untuk ke latihan sebagai last preparation untuk jpj.

Alhamdulillah, hari test JPJ tu demam aku dah mula surut.

Pengalaman JPJ

1. Waktu sampai ke tempat institut memandu tu, setiap pelajar diberi nombor dan disuruh duduk di ruang menunggu sambil menunggu giliran untuk menjalani test pertama iaitu bukit. Kebanyakkan lepas ujian bukit ni, hanya segelintir tak lepas.

2. Ujian kedua selepas bukit ialah parking dan tiga penjuru. Bagi aku ini lebih senang dari bukit kerana kita diberi masa 5 minit untuk habiskan ujian ini. Kalau ingat step, mudah sangat nak lepas ujian ni.

3. Lepas dah lulus semua, tibalah ujian yang paling mencabar iaitu bahagian 3 iaitu jalan raya. Walaupun anda pro pandu kereta, kalau tak ikut peraturan jalan raya konfem akan gagal. Kereta jangan mati lebih dari 2 kali dan jangan pandu perlahan sangat sebab petugas jpj tu pun bengang kalau bawak slow ramai lagi tunggu turn untuk test.

4. Selepas sampai semula ke insitut memandu, petugas jpj itu akan bagi keputusan kepada anda sama ada lulus atau gagal. Markah untuk lulus minimum 16/20. Jarang-jarang lah orang nak dapat 20/20 sebab kebanyakkan baru memandu dan belajar.

Seminggu kemudian, keluarlah lesen P. Aku pun masih menunggu lesen P aku. Untunglah kalau muda-muda dah diberi kereta… Kalau yang duduk di  Sungai Petani boleh belajar di Insitut memandu JV Cergas berdekatan Laguna.

Tips untuk LULUS JPJ

Anda pandai memandu kereta bukanlah jaminan untuk lulus ujian JPJ. Ia merangkumi beberapa aspek lain juga. Pernah kawan saya dulu, sebelum dia mengambil ujian JPJ kereta sering membawa saya menaiki keretanya… pemanduannya bagi saya ok tidak merbahaya dan semuanya okay. Tapi dia tak lulus JPJ. Kenapa? Klik gambar di bawah

Dapatkan eBook “RAHSIA Mendapat Lesen Memandu dalam masa Singkat”

By Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

6 thoughts on “Pengalaman Ambil JPJ Test”
  1. 24/7/14..adalah sejarah paling pahit dlm hidupku..bhg 2& 3 gagal..aduh malu xtau nk letak muka kt mana…tp aku bljar dr pengalaman..kna wt latihan bnyk

Comments are closed.