Pelaburan Emas Untuk Memulakan Perniagaan. Pernah terfikir kenapa orang kaya membuat pelaburan dalam emas dan orang miskin akan menggadai emas? Biarkan ia menjadi persoalan di dalam fikiran anda
Mengapa kebanyakkan orang yang pakar dalam ekonomi lebih suka menyimpan dalam bentuk emas berbanding wang ringgit? Jika anda perhatikan seperti akauntan, CEO untuk beralih menyimpan asetnya dalam bentuk emas Fizikal.
Jawapannya adalah emas bebas dari inflasi. Inflasi tidak mengira kaya ataupun miskin kerana semuanya terlibat. Semakin banyak wang kertas disimpan semakin tinggi inflasi akan berlaku.
Terdapat 2 kategori pembeli emas iaitu:
- Beli emas untuk tujuan pelaburan
- Beli emas untuk tujuan simpanan
Harga emas meningkat pada kadar peratusan yang agak tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh terbongkarnya konspirasi penekanan terhadap harga emas boleh pihak tertentu.
Pihak Bank Persekutuan Amerika dikatakan menyembunyikan fakta sebenar berapa banyak emas yang disimpan, tetapi ‘meminjamkan’ emas kepada pasaran emas supaya wujud bekalan berlebihan. Ini digunakan bagi tujuan mengekalkan nilai dollar pada paras yang tinggi walaupun mereka mengeluarkan dollar pada kadar yang tinggi.
Menggunakan wang kertas dollar untuk mendapatkan segala komoditi yang ada di dunia seperti minyak dan gas
Dollar yang tinggi membolehkan mereka membeli komoditi import daripada negara lain seperti minyak mentah, emas dan komoditi lain dengan menggunakan wang kertas sahaja.
Berbalik kepada persoalan simpanan atau pelaburan. Sekiranya tidak wujud tekanan terhadap harga emas, emas perlu dimiliki oleh semua individu (saya dan anda), syarikat kecil atau besar dan negara sebagai rizab bagi melindungi kekayaan sesebuah keluarga atau syarikat.
Ini disebabkan kerana sifat wang kertas itu yang nilainya semakin hari semakin berkurang nilainya.
Secara umumnya semua orang faham bahawa apabila semakin banyak wang kertas dicetak, semakin besar nilainya akan turun.
Rahsia Usahawan Emas Melayu Untung RM2 juta
Apakah itu inflasi?
Namun satu perkara yang perlu difahami ialah penurunan nilai wang kertas tidak berlaku sejurus sahaja dicetak.
Sebagai contoh, pada tahun 1982, keseluruhan wang Ringgit yang di dalam kitaran dan dideposit hanyalah RM12.47 bilion. Pada laporan BNM yang terkini, jumlah kitaran wang kertas RM di pasaran telah meningkat kepada lebih 200 bilion.
Jika kita bandingkan, bilangan wang ringgit telah bertambah sebanyak 16 kali ganda atau 1,600%. Namun harga barang tidak meningkat 16 kali ganda. Belum lagi…
Tahun 1970 – Harga nasi lemak RM0.50
Tahun 2012 – Harga nasi lemak kuantiti sama berharga RM3.50
Asasnya berdasarkan pemahaman, jika ringgit wang dicetak lebih dan terlampau banyak, nilainya akan turun. Namun apa yang berlaku ketika ini adalah nilai lambat turun, tetapi PASTI nilai semakin menurun.
Secara asasnya, harga barang akan terus naik seperti gambar di bawah. Contoh anda mempunyai RM50, setiap tahu harga barangan akan terus naik dan dengan RM50 semakin sedikit barang anda boleh beli berbanding beberapa tahun lepas.
Ini lah yang dimaksudkan dengan inflasi. Wang ringgit semestinya akan terkena tempias inflasi, tetapi tidak bagi pelaburan emas.
Pelaburan EMAS
Di zaman rasulullah dahulu, harga seekor kambing, hanyalah 1 dinar, dan pada zaman kini, ianya masih lagi sama… harga seekor kambing masih juga 1 dinar, iaitu sekitar RM700 seekor.
Ditambah lagi dengan fakta bahawa emas adalah merupakan mata wang yang digunapakai oleh masyarakat islam suatu waktu dulu dan juga, ada disebut di dalam alquran bahawa emas adalah logam yang berharga.
[…] Baca juga > Rahsia pelaburan emas […]
Sangat panjang lebar. Saya pun ada kongsi macam mana nak miliki emas cara mudah.
jangan ambil yang bab delay2 tu sudah la. haha
Tengah berkira-kira nak memulakan simpanan melalui pelaburan emas juga ni..
pentingnya melabur emas sbenarnya..