Adakah anda selalu menghadapi masalah kehabisan kuota Internet. Di sini anda dapat belajar cara jimat kuota Internet dengan SAH di sisi undang-undang.
Ia bergantung kepada disiplin anda sama ada mahu mengamalkan tips saya atau tidak. Saya ada 10 tips, bukti ia berkesan ialah dalam masa sebulan saya dapat jimat 1GB.
1. Jangan stream video
Tidak kira sama ada anda stream video dari Youtube atau player online lain, ini yang paling cepat memakan kuota Internet anda.
2. Penggunaan medium aplikasi Facebook
Facebook menggunakan banyak data untuk update news feed anda. Boleh lihat buktinya di data usage, Facebook selalunya berada top 5 apps paling tinggi makan kuota Internet.
3. Setkan update Google Play hanya via Wifi
Mungkin masih ada yang belum set pada Google Play untuk hanya update apps jika menggunakan wifi. Kalau auto update memang makan kuota Internet anda.
4. Whatsapp dan Wechat
Whatsapp dan Wechat tidak makan banyak kuota malah pelan basic Internet (Maxis) pun boleh menghantar dan menerima mesej dengan pantas.
5. Kurangkan stalk gambar Awek di Instagram
Secara jujurnya, Instagram memang makan kuota. Jika anda buka hanya untuk approve request tiada masalah, tapi jika anda buka untuk stalk orang anda akan habiskan dalam 10-20 MB. Nak stalk elok pakai wifi.
6. Jangan tethering dengan kawan
Kadang kala kita perlu berpada-pada dalam menolong. Internet bukan murah, dan setiap MB di dalam smartphone sangat bernilai. Pernah dulu saya buat tethering, sekali kawan guna tak ingat dunia stream video.
7. Gunakan apps feed reader berbanding browser untuk membaca berita
Aplikasi yang mempunyai fungsi feed reader bagi berita terkini lebih jimat kuota Internet berbanding anda melayari portal berita. Feed reader hanya memaparkan teks manakala melayari menggunakan browser ia tertakluk kepada portal tersebut sama ada mobile friendly atau tidak. Kalau blog Amirul.my anda tak perlu risau kerana sememangnya mobile friendly dan jimat kuota.
Kah3… Tips ni memang nampak macam tak ada kebebasan untuk berinternet, tapi kalau nak jimat gunakanlah tips ni dijamin berkesan…
Kredit gambar kepada savemoney.my
kekadang guna, kekadang tak.
haha..
bukak pun sebab nak tengok email je.
Perkongsian yg menarik tuan, lebih2 lagi sekarang ni ramai yg online guna smartphone. 🙂
aku sebulan kouta cukup cukup 2 gb
[…] Amirul – amirul.my […]
Jangan gunakan IG dan YouTube. Sudah. Hehe.
huhu…nice info..
kadang tu guna utk whtsap+wechat je… xabis pakai pn 1gb sbulan tu… ^_^
[…] Sebelum ini saya kongsikan cara jimat kuota Internet di telefon pintar, boleh lihat di sini. […]
Saya topup byk kali pun tak cukup. Cepat sgt habis kuota
and last.. jangan buka hotspott haha
nak lagi jimat, serve tenet guna opera mini apps.. operma mini ni dia akan render saiz page tu jadi lebih kecik. kesannya jimatlah data internet..
aku tak takut yang lain tu… yang paling aku takut… thetering….
bayangkan…baru jer beli..dah habis sebab kawan. nak maki kang memang tak dapat la… demm…
Selalu kalau gini bagi alasan “kuota aku tinggal 10mb ja lg… sori” hahaha
memang fb la paling banyak menghbiskan kouta internet 🙂
tips yang menarik. saya pun selalu habis data sebelum cukup bulan, semuanya angkara youtube. hehe
Kata ada 10 tips, ni 7 je.. Hampeh
Biasa la bro, manusia mana tak buat kesilapan. Haha
Mana 10 tips tu ??? Adakah akan ada lagi sambungan untuk 3 tips yang belum diberitahu ??
Sambungannya berbayar boss. Boleh pm saya untuk dapatkan 3 tips rahsia. 3 tips ini kalau semua orang tahu, mungkin pengilang bateri akan bangkrap.