Berbulan juga jarak update setiap post di blog ini. Saya rasa bukan priority untuk saya update blog ini.
Currently saya sedang ada beberapa projek yang nak disiapkan
Saya sedang bekerjasama dalam menjayakan membuat kedai online untuk penjualan jeans RMCS. Walaupun sudah siap namun saya belum berpuas hati dengan gateway payment dan pengurusan order. Saya berusaha keras dan memberi komitmen 100% ketika menjayakan misi ini.
2. Adsense Blog
Ya, ini merupakan priority saya yang kedua. Sudah hampir setahun saya menjana pendapatan dari Adsense. Jika orang tanya, saya akan menjawab ia mudah. Namun, ia memerlukan masa yang lama untuk mencapai tahap ini. Seperti yang sifu saya kata “Nak buat sesuatu tak boleh hanya pakai logik, tetapi memerlukan ilmu” – Afiq Ikhwan.
3. Jual Jam Sukan
Sibuk bukan penghalang untuk saya menambah pendapatan sampingan saya. Bagi saya, saya menjual jam ini bukanlah kerana saya gilakan wang, tetapi pengalaman yang saya cari untuk berhadapan dengan pelbagai karenah pembeli. Anda pasti akan ketawa, marah, pening dan gembira ketika melibatkan diri dalam menjual sesuatu kepada pembeli. Boleh search “jam sukan” di Google untuk melihat jam yang saya jual (domain amirul.my)
4. Praktikal
Ada yang ingat saya ni budak sekolah, ada juga yang ingat saya ni penganggur kerana saya membuat macam-macam kerja dan sering lihat saya berada di hometown. Saya sengaja memilih tempat belajar yang dekat dengan rumah supaya senang saya berjumpa dengan keluarga, ulang alik antara tempat belajar dan rumah sejauh 60km sehari.
Saya masih belajar. Diploma dalam Elektronik. Sekarang saya sedang praktikal di sebuah firma Engineering yang mostly buat projek software dan hardware untuk engineering. Ada juga website dan database, saya sedang belajar tentang SQL sekarang.
5. Masih dalam nego
Saya percaya kalau kita mencuba mungkin kita akan berjaya, jika kita tidak mencuba semestinya tidak akan berjaya. Kalau kita banyak berfikir tentang risiko sebelum melakukan sesuatu, kita tak akan ke mana-mana. Kita akan hanya banyak bercakap tentang “aku nak buat”, “suatu hari nanti”…
Kita perlu dikritik setiap hari untuk mengetahui apa yang kita belum baiki. Saya suka dikritik berbanding pujian. Pujian hanya membuat kita bermegah dan rasa apa yang kita buat sudah cukup sedangkan banyak lagi yang belum kita kecapi.