Blogger Adsense Malaysia – Berdasarkan penelitian saya, kebanyakkan blogger di Malaysia sekarang sudah banyak yang menggunakan Adsense. Terdapat pro dan cons dengan adanya servis pengiklanan Adsense.
Semuanya bermula apabila syarikat pengiklanan Google Adsense telah membuka peluang untuk blog/website berbahasa Melayu (Malaysia) menggunakan servis pengiklanan mereka (publisher).
Selepas itu, ramai orang yang tak pernah menulis blog pun menjadi blogger. Tidak perlu susah-susah mencari idea untuk menulis. Hanya perlu update dengan berita sensasi semasa yang berlaku setiap hari dan hanya copy paste artikel di blog.
Income mereka banyak, tapi mengapa mereka tidak bertukar kepada blog yang nampak lebih premium dengan menggunakan platform seperti WordPress?
Ini jawapannya
Blogger percuma dan mempunyai server berkualiti yang mampu menampung beribu pengunjung dalam suatu masa. Jika anda gunakan hosting sendiri, hosting biasa shared hosting tidak akan mampu menampung beribu malah beratus pembaca dalam satu masa. Server akan jadi berat dan akhirnya down. Yang mampu menahan beribu pengujung ialah dengan menggunakan VPS atau dedicated server sendiri yang harganya boleh mencecah ribuan ringgit sebulan.
Mereka tidak perlu membeli domain. Membeli domain di syarikat hosting boleh mendedahkan identiti mereka. Ia akan menambah risiko kepada mereka untuk disaman web/blog besar yang sudah berdaftar.
Dengan tiada kos untuk penyelenggaraan blog, mereka dapat untung bersih lebih banyak. Hanya perlu fikir tentang kos sewa fanpage.
Apa yang bagusnya dengan mereka ialah berita sensasi dan terkini lebih cepat sampai kepada pembaca. Jika dulu, nak baca berita sensasi hanya ada di Harian Metro dan perlu buka tv3 untuk tonton Melodi. Kini, semuanya boleh dapatkan di smartphone anda.
Apa yang pembaca tidak suka dengan blogger seperti ini ialah mereka meletakkan iklan terlalu banyak di blog sehingga menganggu dan mengaburkan bahan bacaan. Selain itu, berita yang tidak semestinya sahih tanpa sekatan tersebar.
Sekarang pun blogger yang menulis betul2 pun dah tak banyak macam dulu.