Duit dan Dosa Mengalir Seiring Sekata

duit dan dosa

Duit dan dosa – Pernahkah kita terfikir halal kah rezeki yang kita dapat? Adakah pekerjaan yang kita buat ini betul-betul mengikut syariat Islam? Dunia bisnes bagi saya amat mencabar. Ya bukan bisnes sahaja malah semua pekerjaan amat mencabar. Perasaan was-was sering timbul di dalam diri. Jika kita tidak menipu orang pun, adakah yakin kaedah yang kita guna untuk mendapatkan untung itu betul.

Orang yang fikirkan dosa selepas kematian akan risau, manakala orang yang hanya mahu masyur di dunia “ahhh lantaklah halal la tu mana ada babi dan arak”.

Cuba bayangkan jika anda untung besar. TAPI duit dan dosa mengalir seiring sekata sehati berdansa. Tidakkah anda risau di akhirat nanti.

Iklan produk menampakkan Aurat

Anda seorang peniaga online. Jual ubat jerawat, rambut, sakit dan sebagainya. Dalam iklan anda tu ada post gambar aurat orang lain untuk testimoni. Punya la share merata sebab nak orang beli produk anda. Tak rasa ber-dosa ka? Gambar aurat tu dilihat oleh beribu-ribu rakyat Malaysia.  Berapa dah dosa anda?

Tak payah kata “bang, cari rezeki bang nk buat makan”. Niat tak menghalalkan cara. Hang pi share gambar seksi sebab nak juai produk tu kira macam mana? Hang rasa berkat ka halal ka rezeki bila guna cara macam tu?

Selagi gambar tu tak delete, mengalirlah dosa ibarat seperti sungai Merbok. Internet bukan dua tiga orang guna, tapi berjuta.

Testimoni buatan sendiri / testimoni palsu

Untuk peniaga online  secara berkumpulan, tidak boleh mewujudkan testimoni atau sokongan palsu. Sebagai contoh, apabila ada salah seorang rakan post tentang sesuatu produk, kita ramai-ramai berikan testimoni dan sokongan yang tidak tepat. Ini banyak terjadi dalam grup yang menjual produk kesihatan.

Rileks ja duk buat testimoni palsu. Buat whatsapp conversation konon “sis, ubat ni ada magik ka 4 jam pakai dah kecut jerawat”.

Soalan untuk anda, jika seorang customer beli barang anda kerana testimoni palsu… tak rasa macam hang menipu orang lain? Adakah untung RM30 tu lebih bernilai dari masa hang kena siksa di neraka?

Blogger Adsense Lupa Halal Haram

Blogger adsense. Amboi seronok income dalam USD. Sampai terlupa dah dosa pahala. Buat post fitnah “artis blabla bakal bernikah Jun ini”. Kemudian tak segan dan tak malu post lucah demi nak trafik. Lepas tu di Facebook sembang kencang “mahukah anda naikkan income anda dalam adsense.. akan diajar di dalam kelas seterusnya”

Peniaga yang menjatuhkan harga 

Peniaga yang memotong harga kaw-kaw. Seronok ka jatuhkan harga market? Kerana mahu untung yang cepat dan mahu mencantas semua pesaing sanggup turunkan harga sehingga margin untung dia tinggal sangat sedikit. Tapi selalunya golongan ini tidak akan bertahan lama.

Memang berniaga ni mencabar. Senang kata antara halal dan haram. Terpulang pada diri sama ada mahu dunia dan akhirat serta kedua-duanya.

Perniagaan adalah sesuatu yang datang seiringan dengan syaitan. Sangat berat amanah yang dipikul oleh peniaga. Peniaga yang benar dan amanah akan dibangkitkan bersama nabi-nabi, siddiqqiin dan syuhada’.

Soalan terakhir, mahukah anda duit mengalir laju masuk ke dalam akaun bank… dan seiring dengan dosa?

One comment
  1. Amirul
    Mar 14, 2016
    Test
Amirul