Bayangkan kalau kerajaan bagi duit tetap setiap bulan kepada semua rakyat. Tak kira kerja atau tak, kaya atau miskin. Itu idea asas Universal Basic Income, atau ringkasnya UBI. Bukan macam BR1M, tapi lebih konsisten dan tanpa tapisan latar belakang.
Siapa mula cadang UBI ni? Idea ni dah lama dibincangkan dalam pelbagai sudut ekonomi dan masyarakat. Di Malaysia pula, ada beberapa pihak akademik dan NGO pernah usulkan UBI sebagai alternatif bantuan bersasar yang kadang terlalu rumit dan penuh birokrasi.
Rafizi Ramli sendiri pernah sentuh benda ni. Tapi dia kata, sekarang ni belum masa yang sesuai. Sistem bantuan yang ada sekarang pun masih perlukan penambahbaikan sebelum fikir nak laksana benda sebesar UBI.
Apa kelebihan UBI?
- Ringankan beban rakyat dengan bantuan kewangan bulanan tetap
- Tak perlu proses rumit atau tapisan yang menyusahkan
- Rakyat boleh buat keputusan lebih berani dalam hidup, seperti belajar semula atau mula berniaga
- Mampu kurangkan tekanan mental dan jurang pendapatan
Apa cabaran UBI?
- Kos pelaksanaan sangat tinggi. Contoh: kalau 30 juta rakyat dapat RM300, kerajaan kena sediakan RM9 bilion sebulan
- Perlu sumber dana baru, mungkin cukai tambahan
- Ada risiko sebahagian rakyat jadi kurang motivasi untuk bekerja
Negara mana pernah cuba?
- Finland: Buat percubaan 2017–2018, bagi 2,000 penganggur €560 setiap bulan. Hasil? Peserta lebih sihat mental, tapi tak banyak beza dari segi peluang kerja. Lepas trial tamat, program tak diteruskan.
- Kanada (Ontario): Mula program percubaan tapi dibatalkan awal oleh kerajaan baru. Peserta yang sempat rasa kata hidup lebih stabil, tapi program tu dihentikan terus.
- Kenya: NGO “GiveDirectly” buat eksperimen bagi UBI kepada beberapa kampung. Kesan jangka pendek sangat positif pendapatan meningkat, perniagaan kecil tumbuh, ekonomi tempatan pun naik.
Setakat ni, tiada negara yang teruskan UBI secara menyeluruh untuk semua rakyat tanpa syarat secara kekal. Kebanyakannya buat ujian atau program khas saja.
Di Malaysia, tahun 2024, kerajaan mula uji program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan beri RM100 kepada golongan dewasa. Ada yang melihat ini sebagai langkah pertama ke arah UBI, kalau diteruskan secara tetap dan tanpa syarat.
Tapi secara peribadi, aku sendiri tak berapa setuju dengan idea UBI. Bila duit datang mudah sangat, orang boleh jadi terlalu selesa. Lama-lama malas nak usaha lebih. Lebih baik kalau dana tu digunakan untuk bantu rakyat naikkan kemahiran contohnya subsidi untuk kelas digital marketing, kemahiran teknikal, pertanian moden atau program keusahawanan. Bila orang ada ilmu dan kemahiran, mereka boleh berdikari dan bina pendapatan sendiri, bukan bergantung pada bantuan selamanya.
UBI memang nampak menarik. Tapi nak laksana bukan senang.
- Perlu kajian menyeluruh
- Perlu strategi jangka panjang
- Kena pastikan ia tak menggantikan tanggungjawab lain kerajaan seperti pendidikan, kesihatan dan infrastruktur
UBI bukan solusi ajaib. Tapi dalam dunia yang makin mencabar ni, ia patut masuk dalam senarai cadangan untuk bantu rakyat hidup dengan lebih bermaruah.
Rujukan:
- https://basicincome.stanford.edu/about/what-is-ubi
- https://basicincome.org/news/2024/12/basic-income-in-malaysia
- https://ringgitplus.com/en/blog/personal-finance-news/economy-minister-ipr-not-the-same-as-universal-basic-income-scheme.html
- https://en.wikipedia.org/wiki/Universal_basic_income
- https://en.wikipedia.org/wiki/Income_inequality_in_Malaysia
- https://www.dagangnews.com/article/english-pilihan-editor-terkini/malaysias-bold-welfare-reform-pilot-could-lead-first-universal-basic-income-world-prof-geoffrey-williams-55297
- https://www.thestar.com.my/business/business-news/2025/04/21/universal-basic-income-can-improve-peoples-lives
- https://basicincome.org/wp-content/uploads/2024/11/Basic-Income-Malaysia-EN.pdf
- https://www.undp.org/asia-pacific/publications/ubi-in-asia-and-the-pacific
- https://yle.fi/a/3-10508484
- https://www.givedirectly.org/basic-income/