Mengapa Android Lebih Baik Dari iPhone/iOS

Mengapa Android Lebih Baik Dari iPhone/ios

Mengapa Android Lebih Baik Dari iPhone/iOS. Saya akan jelaskan kepada anda kenapa saya masih kekal bersama Android walaupun saya pernah memakai iPhone.

Kelebihan Android Berbanding iPhone/iOS

1. Peranti yang menggunakan Android boleh didapati dengan pelbagai jenama dan harganya sangat berpatutan manakala peranti iPhone yang menggunakan sistem operasi iOS tidak semurah peranti Android.

2. Bagi saya, sememangnya iPhone mahal dan tidak sesuai dengan kemampuannya. Kemampuannya yang minima dan boleh dikatakan 2 tahun ke belakang berbanding handphone Android pada harga yang sama. Mengapa? Bandingkan iPhone 5S dengan Samsung Galaxy S2. Lihatlah release date kedua phone ini.

ip5svss2

Hahaha, apa cita ni?

3. Sistem operasi iOS tidak memberi kebebasan kepada pengguna untuk mengoptimasikan telefon tersebut.

4. Tidak ada ruang untuk meletak widget.

5. Untuk transfer fail ke dalam komputer atau vice versa, semuanya perlu menggunakan iTunes contohnya seperti transfer lagu dan video atau fail pdf.

6. Tiada sokongan sd-card. Ya, walaupun sesetengah Android device juga tiada sokongan tersebut namun kebanyakkan Android Device mempunyai sokongan sd-card

7. Di bahagian belakangnya cepat calar.

Walaupun semua kelemahan yang terdapat di iPhone boleh diperbaiki dengan jailbreak, namun jailbreak menyebabkan waranti peranti iOS terbatal secara automatik.

Bayangkan jika anda guna Android, tidak perlu root pun anda boleh dapat lebih dari apa yang ada di iPhone atau peranti iOS lain.

Sebagai seorang yang gemar bermain permainan di smartphones, saya semestinya suka bermain permainan yang mempunyai grafik tinggi seperti ini dan untuk mendapatkan permainan tersebut kita perlu membayar kepada developer untuk memuaturun. Sama sahaja di Play Store mahupun Apps Store setengah permainan adalah berbayar.

Tapi buat peranti Android, anda boleh memuaturun Apk dan data fail permainan tersebut (pirate+crack) dan dapat bermain secara percuma. Berbeza dengan peranti iOS yang belum dijailbreak mereka hanya boleh melihat game tersebut sambil meleleh air liur. Hahaha itu bezanya. Selalunya games yang best adalah game yang berbayar tapi nasiblah kadang-kadang Apple akan buat deals of the day untuk memberi muaturun percuma bagi sesetengah apps yang dahulunya berbayar.

Di bawah bukti saya pernah menggunakan iPhone 5S

tips beli handphone murah

Bagi iFag, sabarlah ye…. hehe

24 comments
  1. myrujukan
    Nov 16, 2014
    saya pun pakai android
  2. maizul.com
    Nov 16, 2014
    Saya pakai Android jugak!
  3. adarain
    Nov 16, 2014
    Lepas ni iOS kena upgrade lebih baik dari android.
  4. blogger lelaki
    Nov 16, 2014
    sekarang sedang berjinak nak main costum root pulak pakai N7000 aku..huhuhu
  5. TheM
    Nov 18, 2014
    kalau bandingkan i5 dgn s2, s2 y selalu hang, camera kelabu. screen xterang. xpn banding la 5s dgn note 3, y hang selalu kedai ckp even kwn2 aq pkai pn ckp mmg note 3 y selalu but hal dri 5s ke...
    • Amirul
      Nov 19, 2014
      Mungkin install apps pelik2 kot
  6. Abdur
    Nov 19, 2014
    Berulangkali saya bincangkan dengan isteri mengenai hal ini,kami selalu berpakat untuk memilih android.
  7. zuriey
    Nov 19, 2014
    setuju paling payah bab transfer file la.
  8. akubiomed
    Nov 19, 2014
    Pengalaman mengunakan iOS dan Android. Saya berpendapat iOS lebih stabil dan disukai developer untuk bina apps berbanding Androids. Bagi developer mereka perlu bina mengikut versi iOS berbanding belum tentu boleh bangun apps mengikut versi Androids kerana ada faktor lain seperti model dan jenama menyebabkan release apps androids lebih lambat berbanding versi iOS. Begitu juga Windos Phone.
  9. ikhwan
    Nov 20, 2014
    saya pakai iphone 5s, itu pun bos belanja hehehe
    • Amirul
      Nov 22, 2014
      Baik juga bos awak
  10. braderbeger
    Nov 23, 2014
    Perbandingan yang kurang bernas bagi saya. 1. iOS menjadikan peranti iPhone berada dalam kelasnya yang tersendiri. 2.Dalam gambar perbezaan release date hanya 2 tahun, tapi dalam article ditulis ketinggalan 5 tahun??? 3. Apa yang android dpat optimasikan? berapa kerat je yang orang akan optimasikan device mereka? Kebanyakan user menggunakan fungsi asas yang terdapat dalam phone mereka iaitu bersosial (fb,twitter, insta,whatsapp), kamera,telefon dan ber SMS. Adakah Android lebih baik dari iOS dalam menjalankan fungsi2 ini? 4. Problem solved in iOS8. 5. Pernah dengar Dropbox? 6. Point ni saya setuju 7. Belakang Telefon mana yang tak calar???
    • Amirul
      Nov 23, 2014
      5. Maksudnya iPhone tidak boleh menghantar gambar tanpa Internet kepada henfon lain?
      • Zul
        Nov 26, 2014
        android lagi best !! Iphone tak best !
    • fimie
      Jan 19, 2015
      Sy pengguna android lenovo a328 yg tak la seberapa.tapi bersyukur sebab dapat memainkan game ps1.psp dan ps2.tak ada masalah lag atau tersekat2 smasa bermain sprti gta vice city
  11. Zul
    Nov 26, 2014
    pakai android je utk keperluan harian..apple ni mahal sangat dan applikasi pun sama je dgn android...
  12. sensasi2020
    Nov 27, 2014
    Semenjak saya guna iPhone 5s, belum pernah saya pasang musik mp3 atau lihat video mp4 tidak spt sebelum ini guna jenama Samsung. Nak buat nada dering mp3 pun sampai hari ini tak pernsh menjadi.
  13. kakipromo
    Nov 29, 2014
    sebenarnya kalau bandingkan dari segi capacity battery dan processor 1.2Ghz dual core & 1.3Ghz dual core itu mungkin boleh diterima kalau kedua-duanya mempunyai sistem operasi yang sama. Tapi kalau satu lain dan satu lain memang susah sikit sebab iOS tidak perlukan processor yang tinggi untuk dapatkan performance yang sama dengan Android lebih kurang macam 1Ghz dual core (iOS) sama macam performance 1.5Ghz quad-core (Android)
  14. Tita
    Sep 23, 2015
    Tergantung pilihan masing2 sih ya maunya pake yang mana, kelebihan masing2 smartphone udah ada gitu.
  15. secret boy
    Dec 8, 2015
    bg saya iphone sgt berguna untuk pengguna yang suka social (whatspps, instagram,facebook,twitter dan etc) kerana lebih cepat berbanding android yang lambat bila mahu membuka apps tersebut.
    • Amirul
      Dec 8, 2015
      Tidak semua fon Android lambat ketika membuka aplikasi social. Saya cadangkan anda gunakan high end android fon seperti S6, Note 5, Huawei Mate 8, HTC M9
  16. Rizqaish
    Dec 29, 2015
    Terpulang pada minat dan kegunaan masing2. Saya pengguna IOS yg dahulunya peminat android. Walaupun Android banyak kelebihan tapi IOS penggunaannya adalah mudah.
  17. Han
    Dec 29, 2015
    S6 note5 tengok harga laaa jgn lawan iphone5s lawanlah iphone6s 3D touch man LOL
  18. mrLoose
    Dec 30, 2015
    Saya guna dua2 Android & IOS (note 5 & ip 6s ). Masing masing ada kelebihan & kekurangan. Walau bagaimana pun, saya katakan IOS adalah lebih baik dari Android untuk kepantasan bersosial.
Amirul