Cuti Cuti Malaysia

Cuti Cuti Malaysia. Masa untuk holiday dan travel di tempat menarik di sekitar Malaysia. Amirul merancang beberapa tempat menarik di Malaysia sekiranya ada masa lapang dan sebahagiannya telah pun Amirul jejaki.

Sebelum nak ke luar negara seperti Indonesia, Thailand dan Cambodia eloklah kita melawat tempat sekitar Malaysia dulu untuk meningkatkan ekonomi negara kita.

Ini merupakan list tempat menarik di Malaysia bagi Amirul untuk Cuti Cuti Malaysia!

1. Langkawi, Kedah

cuti cuti malaysia

Langkawi, tanah yang popular dengan lagenda Mahsuri. Berstatus kawasan bebas cukai. Ibarat syurga untuk membeli belah pinggan mangkuk dan coklat. Turut juga mempunyai pantai dan panorama yang menarik. Sesuai untuk percutian keluarga dan pasangan yang baru berkahwin. Bagi Amirul Langkawi ini lebih indah dari Pulau Pinang kerana rasa lebih tenang kerana jalanraya di Langkawi tidaklah sesak macam di Pulau Pinang. Panorama Langkawi paling indah boleh dilihat dari Jambatan Gantung cetusan ilham Bapa Pembangunan Malaysia Tun Dr Mahathir.

Kawasan yang wajib dilawati di Langkawi ialah Pantai Chenang, Jambatan Gantung, Pulau Dayang Bunting, Kilang Gamat, Kota Mahsuri dan Underwater World.

2. Kampung Budaya Sarawak @ Sarawak Cultural Village

taman budaya sarawak

Malaysia kaya dengan pelbagai budaya dan adat resam. Haruslah ia dipelihara supaya tidak lekang ditelan zaman. Di Sarawak Cultural Village, anda boleh lihat dan mengenali cara hidup dan budaya orang Sarawak dengan lebih dekat. Apa yang menariknya ialah keindahan senibina rumah kaum-kaum di Sarawak yang tiada pada kaum lain. Anda boleh mencuba sendiri memakai pakaian, bermain permainan, menonton tarian mereka. Masa yang diperlukan untuk meneroka ialah 4-5 jam. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

3. Pulau Mabul Sabah

pulau mabul

Pulau Mabul dikatakan salah sebuah lokasi terbaik di dunia untuk jurugambar bawah laut. Terletak di kawasan air laut jernih Laut Celebes di luar tanah besar Sabah, ia dikelilingi oleh terumbu karang lembut pada kedalaman dua ke 40 meter.Dengan keluasan 21 hektar, ia dianggap lebih besar dari Pulau Sipadan yang terletak berhampiran dan menjadi tempat tinggal bagi suku Bajau Laut, iaitu salah satu kumpulan etnik di Sabah.Menyelam merupakan aktiviti utama di pulau ini dan boleh dilakukan sepanjang tahun.

Amirul belum menjejakkan kaki di sini, tapi menurut cerita pemandangannya sangatlah indah dan dapat merasai pengalaman menyelam.

4. Taman Negara Pahang

taman negara pahang

Taman Negara ialah Kawasan Dilindungi pertama dan tertua di negara ini. Taman Negara merupakan salah satu daripada hutan hujan tertua di dunia, dianggarkan berusia 130 juta tahun. Kepelbagaian alam semula jadinya menjadikannya sebuah ekosistem paling kompleks dan terkaya di dunia.

Aktiviti paling popular di Taman Negara ialah berakit di sungai dan berjalan di dalam hutan. Berjalan di bawah kanopi hutan, memberikan pemandangan jarak dekat aktiviti di dalam hutan hujan. Tempat memerhati haiwan liar juga dilakukan di dalam pondok yang dibina tinggi dari atas tanah, membolehkan pelawat bermalam untuk memerhatikan haiwan dalam habitat semula jadi mereka. Eksplorasi gua juga tersedia, sama ada dengan menaiki bot atau berjalan kaki.

Amirul belum pernah lagi ke sini, namun apa yang menarik perhatian Amirul ialah Canopy Walk yang panjangnya 510 meters.

5. Street Art Penang

street art penang

Street Art Penang sangat popular di Penang. Street Art yang dilukis oleh Ernest Zacharevic sempena Penang’s Georgetown Festival. Lukisan-lukisan ini seakan-akan 3D. Boleh dilihat di sekitar jalan dan lorong di Georgetown. Amat sesuai bagi yang suka bergambar. Bagi orang Utara, kalau tak ada gambar bersama lukisan seperti ini ibarat tak sah lah. Ia bukan di satu lokasi tapi di sepanjang jalan, ada petanya.

Cuti Cuti Malaysia lebih indah jika anda mempunyai bajet yang lebih kerana kita tidak boleh sangka apa yang akan berlaku apabila sampai ke destinasi. Tak lupa juga beli cenderamata dari tempat yang kita lawati. Kamera itu wajib!

Kredit : Asia Explorer, Pahang Tourism, Penang Tourism, Sea Monkey Diver, Muzairi Mustapha

18 comments
  1. Hakim
    Nov 20, 2014
    wah macam seronok je street art penang.
    • Amirul
      Nov 20, 2014
      Ofkos bro, try la pegi boleh bergambar
  2. titan
    Nov 20, 2014
    mehh..datang banting dulu. haha
  3. maizul.com
    Nov 20, 2014
    baru tahu namanya street art di pineng. sebelumni hanya nampak banyak gambar je.
  4. Norhayati Suaib
    Nov 20, 2014
    Baru dapat pergi Langkawi jer.
  5. encikarman
    Nov 21, 2014
    bajet x berapa nak jalan2 thn nih... tapi jalan2 free best ooo
    • Amirul
      Nov 22, 2014
      Nak jalan free kena jadi travel blogger lah, semuanya ditaja
  6. Belajar SEO Bersama
    Nov 21, 2014
    wah enak yah bisa liburan ke berbagai negara, pasti asyik dan seru abis
  7. Aminin
    Nov 22, 2014
    street art penang upernya... Insya-Allah taun depan letak dalam senarai makan angin kat sana.
    • Amirul
      Nov 22, 2014
      Boleh roger2 lah, mana tahu saya free boleh kita lepak2 sekali
  8. Denaihati
    Nov 26, 2014
    Pulau mabul tu jernih betul airnya... makan angin cuti sekolah kena rancang betul2 supaya perjalanan lancar.
  9. fyna
    Nov 26, 2014
    teringin nak pergi no 3 tue. ^^;
  10. Zul
    Nov 26, 2014
    Pulau Mabul ni destinasi percutian saya seterusnya..tak sabar pulak tgok..
  11. blogger lelaki
    Nov 29, 2014
    aku teringin sangat nak pergi ke sabah atau sarawak
  12. Ammar
    Dec 1, 2014
    Wah.. untunglah banyak duit. Boleh pergi melancong ke sana ke sini. Hehehehe.
  13. reezluv
    Jan 26, 2015
    sdia duit je, best la pegi sini sana..ehehe..
  14. azrin
    Oct 16, 2015
    lawanya pulau mabul di sabah, memang lama dah berminat nak bercuti di pulau-pulau di Sabah tapi jadi takut bila dengar berita penculikan.
  15. Mohd Yaser
    Apr 10, 2016
    Alhadmulillah,bagus informasi ini, terima kasih kepada tuan amirul. lepas ni nak melawat mana pulak? ada ka orang taja bloger travel, bagaimana nak mohon, macam best jer? hehe
Amirul