Mandi Manda di Air Terjun Sedim

Hari ini plan, hari ini “jalan terus”. Pagi tu kami set, pagi tu terus ke Air Terjun Sedim yang terletak kira-kira 20KM dari Kulim. Kami berkumpul di markas rahsia di Seberang Jaya sebelum ke sana menaiki motor beramai-ramai.

Tak ramai kawan takpa, janji ada kawan yang betul – betul berkualiti. Yang stay tu pun dah besar rahmat.

Pada mulanya, ingat nak bawak kereta tapi macam tak seronok pulak ada naik motor ada naik kereta. Jadi kami tak mahu ada double standard. Biar sama rata, hujan sama-sama lencun panas sama-sama hitam. Menuju ke satu destinasi iaitu Air Terjun Sedim yang famous di Kedah.

Dari Seberang Jaya kami bertolak menggunakan lebuhraya BKE (Butterworth-Kulim). Nasib masa tu matahari sedang-sedang dan awan mendung macam nak hujan. Tapi Alhamdulillah sampai ke sudah tak hujan.

Dalam masa 25 minit ++, kami sampai ke Kulim dan masuk ke persimpangan menuju ke Sedim. Kami singgah dulu di Nasi Ayam Periuk Besar masa on the way ke sana.

Nasi Ayam dia memang murah. Nasi Ayam + air hanya RM5. Zaman sekarang mana nak dapat harga macam ni kan? Sesuai lah untuk kami yang masih student ni. Kebetulan di situ ada surau, jadi kami solat Zuhur dulu berjemaah.

Seterusnya terus ke Sedim dalam 15 minit dari Warung Nasi Ayam Periuk Besar tersebut.

Air terjun Sedim

Subhanallah, ternyata permandangan air terjun Sungai Sedim ini memang memukau jiwa. Lebih indah dari awek dahi jendul Instagram. Bunyi air yang mengalir memang menenangkan jiwa. Terlupa sekejap kisah-kisah bluetick di Whatsapp. Kesejukan airnya yang terus terasa ke tulang.

Airnya ada yang dalam, ada yang tak. Air pun sangat deras jadi kalau bawa kanak-kanak tu sentiasa lah perlu dijaga oleh orang dewasa. Dah ramai yang mati lemas di Air terjun Sedim / Sungai Sedim.

Air terjun Sedim 2

Dia masuk dalam air, lepastu bangun terus nak selfie. Kaki selfie mungkin?

Air terjun Sedim 3

Dari kanan. Te cik, Roy Kikilala dan Rahmat.

Air terjun Sedim 4

Dari Kiri. Shazmee Mok, Aidil dan Kiro.

Dari kiri. Amirul.my, Amin dan Suhaizam.

“Perut cover sikit bro”

Ada orang panggil Amirul. Ada orang panggil Imani (mostly perempuan). Ada orang panggil admin. Ada orang panggil dato. Tapi panggil keeper Kedah tu tak kena la.

Terima kasih tukang snap gambar.

Wa-chaaa! Gambar selepas roy terkena flying kick Amirul

Setiap orang mempunyai maksud tersendiri yang kita sendiri tak tahu dalam setiap tindakan dia. Jadi kurangkan berfikir negatif.

Selesai mandi, last selfie sebelum balik.

Signature Ipoh

10 minit setting kamera dan selepas 20 gambar…. baru dapat gambar ni.

Dalam perjalanan balik. Alhamdulillah semuanya selamat sampai tanpa ada bluetick dari gadis-gadis bajet cun.

12 comments

  1. zik
    May 1, 2017
    perghh ini memang best betul.. semua otak gila2..
    • Amirul
      May 1, 2017
      Senang bila satu kepala... kalau ada set2 hipster mana mahunya tempat2 cm gini... naik motor pula
      • zik
        May 13, 2017
        lepas nih mana port nak pergi ...
  2. titan
    May 10, 2017
    hoho.. memang geng hipster sungguh nih. kamera dan selfie berpisah tiada.
    • Amirul
      May 13, 2017
      Kami geng seronok2 ja... jauh sekali untuk menjadi hipster
  3. Hero Borneo
    May 12, 2017
    saya masa tengok gambar tercari-cari gambar Amirul.. hebat juga orangnya.. mesti ramai awek jadi histeria tengok Amirul.. gurau je..hehehe
    • Amirul
      May 13, 2017
      Bab hebat tu no komen tapi yang awek tu ada lah betulnya. hahahaha
      • mrhanafi
        Jun 6, 2017
        hehehehe.. kalau macam tu boleh jual produk untuk awek.. mesti diorang cair nak beli punya
  4. Ronaldmohoni
    May 28, 2017
    Tempat nih macam best. Bila ada peluang nak pergi juga.
    • Amirul
      Jul 9, 2017
      Memang patut pergi. Sangat tenang, tambah-tambah kalau pergi dengan keluarga
  5. Mus
    Jun 6, 2017
    seronok zaman muda remaja ni..
  6. akubiomed
    Jun 11, 2017
    Airnya cetek dan jernih sesuai untuk bawa famili pergi bermandi manda.
Amirul