Hiking di Taman Negara Pulau Pinang – Bulan lepas entah macam mana saya boleh bersetuju nak hiking dengan gadis-gadis di Taman Negara Pulau Pinang. Jadi kami akan hiking di Taman Negara menuju ke Monkey Beach.
Jarang-jarang saya akan lepak sekali dengan gadis. Malam tu salah seorang dari mereka ajak, so saya pun kata okay sebab ada member lelaki juga. Lagipun ni first time saya hiking.
Pagi tu bangun tidur, tak ada khabar pasal hiking pun so ingat mungkin cancel lah kot. Tiba-tiba sejam sebelum baru mesej “wey jumpa sana”. Aduhai dia ingat dekat Sungai Petani dengan Penang.
Dengan cepatnya terus bersiap…. check kereta kat luar. Aduhai tinggal Teana saja. Nak tak nak, terpaksa bawak Teana ke Makbul untuk tukar kereta Myvi.
Masa tukar kereta tu pulak lupa nak ambik kasut sport. Yang bestnya bila dah sampai Jambatan Pulau Pinang baru sedar kasut tertinggal kat kereta Teana.
Sampai kat Pulau… JEMMMMM. Time orang balik kerja memang kena getah. Memang confirm lambat.
Plan pukul 5 petang dah start hiking, tapi 5.30 baru sampai ke lokasi. Memang tengok gadis-gadis macam masam dah muka. Tapi aku buat muka steady sudah bukan sengaja nak lambat.
Hiking Taman Negara

Kami start hiking dalam 5.40 petang macam tu. Kalau ikut apa yang dirancang memang sudah lewat dan dijangka 2 jam perjalanan juga untuk sampai ke Monkey Beach.
Saya lebih selesa di belakang. Masa mula-mula semua kemain laju… time tengah haa dah ada yang pancit.
Laluan di sini agak licin juga jadi sentiasa kena berhati – hati. Saya pakai selipar jepun, nasib masa tu selipar tu baru lagi.
Sementara nak sampai ke Monkey Beach akan jumpa dulu beberapa pantai. Tak ingat berapa tapi dalam 2 kali rasanya.
Gambar serius tak banyak… gambar saya pun tak ada. Kalau ada pun aduhai segan pula nak minta kat gadis-gadis.


Kami sampai ke Monkey Beach dah nak dekat Maghrib. Hari pun dah gelap, nasib gadis-gadis dah booking bot untuk ambil kami kat sana. Kalau tak naik bot mungkin kena patah balik +2 jam macam tadi. Sebab kami pun hiking lewat selalunya memang orang akan datang dan balik hiking dekat taman negara ni
Yang ni la kot last jalan-jalan dengan budak kelas. Lepas ni semua dah bawa haluan masing-masing. Jumpa balik masa graduate nanti lah kot. Tak lama dah.
wow…mesti best hiking…
melihat keindahan alam yang luas terdampar
Indah sangat… tapi kena hiking dulu lah
biasalah tu.
lepah nih..semua gatal nak kahwin dah.
haha..
Kata2 dari orang yang banyak pengalaman
lama tak pergi pantai… nak jalan2 dah tak sempat sekarang nih.. duk sibuk kerja2..
Nanti apply cuti, luang masa untuk diri sendiri pula
baru tahu penang pun ada taman negara
Yup, tapi takda la besar sangat
Memang sempoi dan best part dapat sampai ke pantai.
Sempoi kali ni sebab gadis2 ajak
saya duduk penang pun masih x pernah pergi sini, hehhe
Kami datang naik kereta kabel, bawa anak kecil. Masa akan datang ada plan nak hiking 🙂