Maksud Kebebasan

Kebebasan itu maksudnya besar dan sangat subjektif. Tetapi secara amnya kebebasan  difahami sebagai satu istilah yang menekankan kebolehan seseorang individu untuk bertindak mengikut kehendaknya sendiri. Kebebasan terbahagi kepada positif dan negatif.

Pasti ramai orang mahukan kebebasan untuk melakukan apa sahaja. Tapi untuk kebebasan buat apa saja sampai langgar hukum agama tu bukanlah kebebasan, itu lebih kepada kebebasan nafsu.

Masa, wang dan kesihatan

Jika kita hanya menjadi orang biasa seperti orang lain. Umur 18 – 22 masih fokus kepada pembelajaran dan selepas habis study apply untuk kerja. Bila kerja, 8 pagi hingga 6 petang sudah menjadi rutin berada di tempat kerja. Anda hanya ada cuti sehari atau dua untuk menghilangkan stress bekerja dan hanya boleh melancong atau melawat tempat orang pada cuti yang hanya boleh didapati beberapa hari dalam setahun.

Zaman sekarang ekonomi yang tidak menentu, pasti ramai yang ada masalah kewangan hutang sana – sini dan sampai tengah bulan terpaksa berjimat. Ini memang terjadi. Saya menjual jam kalori, kebanyakkan pembeli akan minta saya untuk reserved jam untuk mereka kerana mereka ingin menunggu gaji yang akan masuk pada akhir bulan.

 

Usaha seperti tiada esok

Apa yang saya nampak hari ini, orang muda sudah terbiasa dengan wang yang banyak. Mereka berbelanja tidak ikut kemampuan. Duit pinjaman pelajaran dihabiskan dengan membeli smartphone yang berharga ribuan yang sepatutnya hanya dibeli oleh orang berkemampuan yang sudah ada gaji tetap. Tetapi demi ingin dilihat trendy dan hipster dan mudah untuk berselfie, GTH dengan duit tu, nanti akhir bulan minta saja mak ayah masukkan duit.

Waktu paling best untuk start lakukan sesuatu apabila kita tengah study di IPT/IPTS. Kita ada networking, kita ada masa. Kita boleh create something. Tetapi apa yang mereka buat waktu muda? Berphotoshoot dan upload gambar di Instagram.

Ramai ja sebenarnya usahawan-usahawan muda yang ada di media sosial. Cuma anda hanya suka lihat kepada kejayaan orang, namun tidak berani mencuba untuk mengubah diri anda seperti mereka.

5 angka untuk kali ketiga

Alhamdulillah, penutup tahun 2016 yang indah apabila melihat simpanan saya kembali menjadi 5 angka. Sebelum ini dah pernah sampai 5 angka, tetapi kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan banyak wang dihabiskan pada petrol dan tol.

Belum lagi cakap pada makanan. Kalau dapat makan dan minuman RM5 tu dah kira murah. Susah nak cari harga macam tu sekarang.

Tapi harap kali ini simpanan saya tak turun 4 angka dah. Kena konsisten dalam bisnes dan perlu kerja lebih kuat. Harap tahun ni menjadi plan saya dengan ‘brotherhood’ untuk pusing Semenanjung Malaysia dalam seminggu. Lepas habis belajar nak jumpa mereka mungkin susah dah masing- masing dah ada haluan sendiri.

7 comments

  1. JebengOtai™
    Jan 28, 2017
    bgus..muda2 dah menyimpan...
  2. siti hazreen
    Feb 4, 2017
    alhamdulillah 5 angka tak kira berapa banyak pendapatan, yang diambil kira ialah berapa banyak yang kita simpan ;)
    • Amirul
      Feb 4, 2017
      Ya betul. Yg penting berapa kita simpan
  3. RAIHANAH AHMAD
    Mar 6, 2017
    bagus camni, muda2 dah celik hal kewangan
  4. zik
    May 15, 2017
    memang bagus lu bro.. simpan boleh buat untuk bisnes ke untuk kahwin ke.. huhu
  5. Hero Borneo
    May 17, 2017
    semoga berjaya hendaknya..
  6. Ikhwan
    Jun 5, 2017
    Betul, ada banyak pendapatan bagi kebebasan kewangan.
Amirul