Sesudah tamat final exam, saya berpeluang menjadi sebahagian dari peserta 8th Fira Malaysia Cup yang berlangsung di Politeknik Ungku Omar di Ipoh. Pengalaman yang amat berharga saya dapat ketika menyertai pertandingan robotik ini.
Terdapat beberapa kategori yang dipertandingkan iaitu Simurosot, Mirosot, Androsot, Robosot, Hurocup dan Mybot. Disertai oleh Politeknik Malaysia dan beberapa Universiti Awam dan Swasta.
Pada asalnya saya sekadar hanya follow untuk menimba pengalaman, namun beberapa senior saya telah menarik diri jadi nama saya dimasukkan untuk menyertai dalam kategori simurosot. Simurosot ialah sebuah permainan simulasi seperti pemainan bolasepak 5vs5. Robot di dalam permainan tersebut bergerak berdasarkan bagaimana algorithm yang kita tulis. Secara mudahnya, ia adalah permainan programming.
Untuk memenangi permainan ini, yang paling penting kita mesti tahu peraturan-peraturannya. Nak main memang kena banyak bercakap dan hati kena kental. Referee terdiri dari peserta simurosot juga, jadi memang tak boleh berharap kepada reff. Kadang-kadang boleh terjadi perbahalan untuk mempertahankan keputusan sama ada gol atau tak gol.
Sekitar Fira 2015
Setiap peserta perlu menggantungkan kad ini di leher
Waktu kegemilangan di waktu peringkat kumpulan.
Team Mybot PSP
Di peringkat kumpulan C, di mana kumpulan saya berjaya ke peringkat suku akhir selepas menjadi naib juara kumpulan. Kami berjaya tewaskan PSIS naib juara tahun lepas tetapi tewas tipis 1-0 di tangan UKM.
Ketika KP Politeknik Malaysia menyampaikan ucapan diiringi oleh dua maskot Ironman. Tak sempat pulak saya nak bergambar dengan Ironman ni.
Pentas dewan dijadikan gelanggang untuk acara simurosot. Penonton boleh menonton melalui tv yang disediakan. Waktu Final memang rancak, dah macam tengok bola kat kedai mamak.
Overall ranking antara institusi
Walaupun tidak menang apa2, namun pengalaman menyertai Fira Malaysia Cup sangat berharga. Dapat kenal kawan baru, dapat pendedahan baru dalam dunia robotik.
The best moments ialah saya dapat berkenalan dengan team simurosot UKM. Mereka peramah dan suka senyum. Di gelanggang kami seperti sparta, di luar gelanggang kami sangat rapat. Dapat kenal dengan Izzul dan lagi seorang yang namanya sangat unik Salsabila dari Jerantut, Pahang. Kalau dekat, boleh ajak lepak-lepak sekali. Takpa, kalau ada jodoh jumpa lagi dekat Fira tahun depan.
Datang dengan harapan, pulang dengan kenangan yang berharga. Jumpa tahun depan!