Jika anda tidak tahu cara tukar DNS, anda tidak dapat melayari sesetengah laman web kerana ia disekat oleh pelayan server di Malaysia. Ada juga office dan sekolah yang block website Facebook dan Youtube untuk dilayari untuk mengelakkan pekerja dan pelajar curi tulang.
Tapi anda boleh bypass website yang telah diblock itu dengan menukar DNS. Ikuti tutorial di bawah cara menukar DNS bagi Windows 7. Sila ikut step by step cara tukar DNS.

1. Tekan button Windows, klik pada control panel.

Dalam Control panel, cari Neywork and Internet dan klik pada bawahnya “View Network Status and Tasks”

Klik pada Local Area Connection

Klik pada properties

Gunakan DNS dari Google. Isi 8.8.8.8 pada Preferred DNS dan 8.8.4.4 pada Alternate DNS. Kemudian klik ok.
Tahniah, anda sudah selesai menukar DNS server. Kini anda boleh mencuba surf laman web yang diblock oleh TM dan kerajaan.
Majulah teknologi untuk negara!