Annual Dinner Batch 2013 SMK Ibrahim

Di malam hening cengkerik-cengkerik berkicauan disinari dengan cahaya bulan ditemani bintang – bintang yang jauh berjuta batu. Jadi adakah cengkerik berkicauan? Hahahaha.

Pada 10/10/13 telah berlangsung acara di Dewan Cinta Sayang Sungai Petani untuk menghargai batch tingkatan 5 bagi tahun 2013. Acara ini sangat unik kerana semuanya diuruskan oleh murid untuk murid. Saya dan rakan – rakan amat berterima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan annual dinner yang sangat berprestij dan meriah.

Paling utama semestinya Zairee Izwan bin Zahir kerana bertungkus-lumus dari mula hingga akhir menguruskan hal ehwal majlis dari dana hingga ke persiapan.

annual dinner 1

Di atas pentas dewan, ramai yang bergembira walaupun terlupa yang malam ni malam jumaat

Banyak lagi gambar sebenarnya, tapi bab upload gambar memang bukan kerja saya. Kalau anda nak lihat lebih banyak gambar boleh ke album 1album 2

annual dinner 2

Ikhlas saya katakan bahawa saya terhibur dengan persembahan dan acara yang dirancang. Paling menghiburkan mendengar nyanyian dari Afiq atau nama panggilannya Phanoq. Bagi saya ia amat berbeza dengan lagu yang didendangkan oleh pelajar lain kerana lagu itu dikarang olehnya sendiri dan sangat yakin menyanyi di depan para guru dan pelajar walaupun terlupa lirik.

Alhamdulillah, makanan yang disediakan mengenyangkan perut saya yang lapar. Terdapat pelbagai juadah yang dihidangkan antaranya ayam goreng, nasi goreng, ayam bakar, sate, ais kacang dan paling mendapat sambutan iaitu kambing bakar.

Tetapi saya merasakan annual dinner kali ini mungkin akan kekal dalam ingatan saya apabila dipanggil naik ke pentas oleh pengacara majlis. Pada saat itu, hanya Allah yang tahu bagaimana saya rasa. Saya bukan jenis orang yang suka mengambil perhatian orang.

Di dalam aturacara majlis, jam 11.30 acara sudah tamat. Sepatutnya ia perlu diteruskan hingga 3 pagi barulah kita rasa apa itu erti sebenar annual dinner. Pedulikan saja pihak hotel, guru dan orang lain lagipun kita dah bayar mahal untuk majlis itu dan tak sempat rasanya nak enjoy puas bergambar dan bersalam – salaman.

Btw, saya terpaksa menolak untuk bergambar dengan perempuan kerana saya tidak mahu menimbulkan fitnah dan perkara sebegini mungkin tidak manis apabila gambar tersebut diupload ke Facebook. Pasti luluh hati ibu saya melihat apabila anaknya tidak menjaga pergaulan walaupun telah ditatang bagai minyak yang penuh. Maafkan saya!

Saya harap dalam masa 5 hingga 10 tahun lagi kita patut adakan majlis reunion bagi batch 13. Supaya keakraban kita bersama tetap kukuh.

Sekian sahaja dari saya, maafkan saya jika apa yang saya tulis ini menyinggung perasaan anda. Apa yang baik datang daripada Allah dan yang buruk daripada saya.

Comments are closed.
Amirul