5 Usahawan Teknologi Yang Perlu Anda Kenal | Teknologi, industri yang semakin berkembang pesat dalam beberapa dekat ini. Lahirnya ramai usahawan yang berjaya membuat mesin wang menggunakan teknologi. Kekayaan mereka sangat dikagumi, menyumbang kepada kepesatan ekonomi dunia.

Usahawan teknologi telah lahir sejak zaman 90'an lagi seperti Nikola Tesla, Thomas Edison, Madam Curie, Alan Turing, dan lain-lain. Sejak tahun 1980 lagi kepesatan teknologi komputer dan internet melahirkan beberapa orang usahawan yang berjaya pada zaman ini Bill Gates, Mark Zuckerberg, Steve Jobs, Sergey Brin and Larry Page.

Usahawan teknologi yang mampu berfikir di luar kotak untuk mencampurkan antara teknologi dan keusahawanan dan bekerjasama dengan pihak eksekutif dan pemasaran untuk memperbesarkan lagi empayar mereka.

Pertumbuhan pesat laman sosial popular Mark Zuckerberg's iaitu Facebook diiring dengan bantuan Sheryl Sandberg (bekas eksekutif Google) yang sangat berpengalaman dan kini bekerja sebagai Ketua Pegawai Operasi Facebook.

Begitu juga  Dick Costolo sebagai mastermind dan orang yang bertanggungjawab menaikkan Twitter sehingga menjadi laman sosial kedua paling superb masa kini. Dan apa yang lebih menarik, kini Twitter bernilai $10 Billion dan jika ditukar kepada Ringgit Malaysia bernilai RM33 Billion.

5 Usahawan Teknologi Yang Dikenali

Kita semua mengenali Bill Gates, Steve Jobs, Mark Zuckerberg, Sergey Brin & Larry Page. Nama mereka disebut- sebut dan menjadi inspirasi bagi usahawan yang bercita- cita untuk berjaya seperti mereka juga. Terima kasih kerana teknologi yang mereka cipta dapat membantu manusia berhubung dan lebih proaktif.

Jeff Bezos

Jeff Bezos

Jeff Bezos merupakan seorang genius yang membina empayar Amazon. Beliau merupakan seorang genius yang menyediakan laman web e-commerce terbesar dunia. Jeff berasal dari New Mexico yang memulakan perniagaannya dengan menjual buku secara dalam talian pada lewat 90'an.

Apa yang lebih menarik, beratus-ratus juta orang membeli-belah di Amazon setiap hari untuk barangan rumah mereka dan juga barangan runcit! Jeff Bezos juga telah dianugerahkan sebagai Time Person of the Year pada tahun 1999. Perniagaanya kini mencecah $28 Billion. Adakah anda juga seorang pembeli di Amazon.com?

Saham syarikat Amazon juga telah meningkat sebanyak 30% dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Amazon yang popular dengan peranti Kindle juga sedang bersaing dengan syarikat Apple dalam menyajikan kandungan pembacaan digital terbaik.

Elon Musk

elon musk usahawan teknologi

Elon Musk seorang genius dalam bidang teknologi dan berwawasan tinggi dan beliau merupakan seorang usahawan kegemaran saya. Jika anda pernah menggunakan Paypal untuk membeli atau menjual barang di Internet, anda perlu tahu beliau merupakan pengasas Paypal. Namun beliau telah menjual Paypal kepada eBay dengan nilai harga $1.5 Billion. Elon Musk telah melaburkan saham sebanyak $70 Million ke Tesla dan $80 Million ke SpaceX.

NASA memberi kepercayan kepada syarikat SpaceX yang diterajui Elon Musk kontrak untuk menghasilkan roket. Baru – baru ini, SpaceX mencipta sejarah apabila menjadi syariakt swasta pertama yang menghantar kapal angkasa yang diberi nama Naga ke Stesen International Space Station (ISS).

Satu lagi produk beliau yang berjaya ialah kereta elektrik Tesla telah menarik perhatian ramai orang di Silicon Valley bahkan di seluruh dunia.

Harta Elon Musk kini bernilai $5 Billion dan kereta Tesla Model S beliau menerima pujian ramai pihak dan kepuasan sehingga 99% pengguna. Beliau juga diberi gelaran 'Real Life Iron Man'. Anda boleh ke blog peribadi beliau (Elon Musk)

Jack Dorsey

Jack-Dorsey

Drew Houston

Drew-Houston

Brian Chesky

Brian-Chesky

Amirul Imani

561838_584854904890536_280744742_n

Percayakah artikel ini saya tulis selama dua hari lamanya dan sehingga kini masih tak siap-siap. Takda mood sebenarnya nak menulis panjang-panjang. Sekian saja dari saya.

By Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

19 thoughts on “5 Usahawan Teknologi Yang Perlu Anda Kenal”
  1. hAha terkejut tengok yang last sekali…anyway good luck..u can do it 🙂

    next coming usahawan teknologi 🙂

    tetiba rasa macam ada salji je kat blog ni hihi

Comments are closed.