Waktu baru beli smartphone, rasa laju kan? Tapi selepas 3 bulan guna rasa macam makin slow. Untuk lajukan smartphone bergantung kepada cara penggunaan applikasi dan cara pengguna setting.
Jangan pelik kalau telefon jenis high-end pun boleh 'hang' kalau digunakan oleh pengguna yang tidak pandai setting dan install berapa banyak apps dia boleh install selagi tak full storage tu.
Perkara sebegini jarang berlaku kepada pengguna iPhone tetapi selalunya kepada pengguna Android. Kadang-kadang saya pun kagum dengan iPhone yang RAM sebesar 1GB tapi boleh bukak apps banyak-banyak tanpa 'hang'. Tapi saya tak nafikan kemampuan sesetengah telefon Android yang lain.
Ini tips saya untuk lajukan telefon pintar Android
1. Gunakan launcher yang ringan
Saya cadangkan launcher seperti Nova Launcher dan Action Launcher. Kedua launcher ini lebih ringan dari stock launcher dari pengeluar phone yang berat serta menggunakan banyak RAM. Sekurangnya anda dah dapat save memory dan RAM dengan menggunakan launcher ini dan melajukan lagi smartphone.
2. Jangan gunakan Live Walpaper
Live wallpaper bukan setakat sahaja menggunakan banyak tenaga bateri smartphone anda malah menggunakan banyak RAM serta melambatkan smartphone anda.
3. Elakkan guna terlalu banyak widget
Widget yang terlalu banyak di fon akan menggunakan banyak RAM kerana ia berjalan secara background di dalam smartphone. Jelas sekali melambatkan fon anda dan menggunakan banyak tenaga bateri.
4. Gunakan task killer
Apabila anda sudah membuka banyak aplikasi, gunakan task killer untuk menutup semua aplikasi. Ia dapat melajukan smartphone. Kemudian, boleh terus boost.
5. Uninstall dan Disable Aplikasi yang jarang digunakan
Jangan sangka applikasi yang anda jarang gunakan tidak menganggu kelancaran smartphone kerana ada sesetengah aplikasi yang berjalan secara background tanpa anda ketahui.
Ini tips basic yang saya dapat kongsikan. Mungkin ada lagi tips yang saya tertinggal. Saya kurang gemar aplikasi Clean Master. Nampak seperti aplikasi yang melajukan telefon pintar, tetapi apps ini memakan banyak RAM dan on di background sepanjang masa. Memang menghabiskan bateri secara total.
Kredit gambar : Android Authority