Menangani Kompleksiti Kepimpinan

Kepemimpinan merupakan antara salah satu tugas yang paling sukar. Ianya populis, semua orang ingin menjadi ketua, namun ia memerlukan pelbagai kemahiran seperti menginspirasi orang lain, membuat keputusan yang mencabar, dan memacu perubahan yang paling maksima positif.

Meskipun konsep menjadi pemimpin mungkin diidamkan ramai, tapi tidak ramai yang mampu pikul beban dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.

Dalam artikel ini, aku akan merungkai pelbagai sebab mengapa menjadi pemimpin adalah sesuatu yang mencabar dan menggali kompleksiti yang dihadapi oleh pemimpin.

Membuat Keputusan Sukar

Salah satu aspek yang paling menakutkan dalam kepemimpinan adalah keperluan untuk membuat keputusan yang sukar. Pemimpin sering dihadapkan dengan masalah yang kompleks yang memerlukan tindakan yang pantas dan tegas.

Sepanjang bertahun aku menjadi ketua dalam syarikat aku, ada beberapa kali di mana aku terpaksa membuat keputusan yang sangat sukar. Keputusan yang tidak akan disukai oleh orang namun baik untuk syarikat.

Sebagai pemimpin, banyak pihak yang kita perlu jaga namun itulah pengorbanan di mana kita terpaksa membuang sifat kasihan kerana ia akan menjadi duri jika tidak dibendung awal.

Kadang kala kita akan terlihat seperti watak jahat yang tidak berperikemanusiaan kerana orang tidak memahami falsafah dan sasaran akhir kita.

Tanggungjawab

Great power comes with great responsibility

– Uncle Ben (Spiderman)

Kepemimpinan membawa tanggungjawab yang besar. Pemimpin bertanggungjawab terhadap hasil dari keputusan dan tindakan mereka, serta hasil yang dicapai oleh pasukan mereka.

Mereka harus bersedia menghadapi kritikan, menghadapi pelbagai tekanan, dan mengambil tanggungjawab terhadap kejayaan dan kegagalan.

Beban tanggungjawab yang berterusan ini boleh menyebabkan tekanan kepada diri sendiri. Tidak bagus sebenarnya untuk kesihatan mental. Inilah pengorbanan yang sepatutnya orang tahu, tidak mudah menjadi pemimpin.

Menyesuaikan Diri dengan Perubahan

Dunia kini bergerak dengan sangat pantas dan teknologi berkembang maju. Sebagai ketua, amat kritikal untuk menyesuaikan strategi, proses, dan matlamat untuk mengimbangi perubahan yang berlaku. Ini memerlukan kita mampu untuk mengubah haluan 360 darjah jika pelan kita tidak berjaya. Tiada masa untuk kecewa dengan kegagalan, kena jalan terus bohh.

Pada akhirnya, hasil yang paling utama. Itulah yang orang lain akan lihat. Orang tidak akan pernah melihat berapa banyak kali kita gagal, orang akan melihat pada 1 kejayaan berbanding 1000 kegagalan.

Pembelajaran dan Pembangunan Berterusan

Kepimpinan adalah perjalanan pembelajaran sepanjang hayat. Untuk kekal relevan, pemimpin mesti terus membangunkan kemahiran mereka, mengembangkan pengetahuan mereka, dan menyesuaikan diri dengan trend dan teknologi baru.

Proses untuk pembangunan diri ini memerlukan kesabaran dan perlu mencintai ilmu supaya ia menjadi sebahagian dalam hidup. Ada beza pemimpin yang berilmu dan tidak berilmu apabila ia membuat keputusan. Jadi pastikan kita sentiasa belajar benda baru setiap hari.

Kesimpulan

Sememangnya, tidak semua orang layak memimpin dan lebih baik kita undur diri jika kita tidak mampu menjadi pemimpin yang cemerlang. Jika kita silap memilih pemimpin seperti terjadi sekarang, maka kita akan merana dari sudut ekonomi, kemajuan, tamadun dan kedaulatan negara akan tergadai.

Leave comment

Amirul