Kekayaan Sebenar Bukan Terletak Pada Harta

kekayaan sebenar

Baru-baru ini saya terjumpa satu video memberi satu impak positif ke dalam diri saya tentang kekayaan sebenar. Video berkenaan seorang lelaki di restoran mamak tengah minum teh ais. Saya enggan mengulas lanjut tentang video ini, biar video di bawah berbicara dan semoga anda mendapat mesej yang cuba disampaikan dalam video ini.

Sudah menonton video di atas? Mungkin di Malaysia masih asing dengan amalan “Suspended Coffee” kerana ia diamalkan di Eropah. Pelanggan membayar dua kopi, satu diminum olehnya, satu lagi diberi kepada orang yang memerlukan. Trend ini dianggap baru kepada penduduk Asia. Akan tetapi ramai tidak bersetuju dengan trend ini kerana ini melibatkan kejujuran kakitangan restoran dan kafe serta tidak mengetahui peminta adalah orang susah atau sebaliknya.

Tapi pendapat saya, bab kejujuran kakitangan restoran dan peminta sedekah itu soalan nombor 2. Persoalan yang pertama, berapa ramai yang sanggup mengeluarkan wang untuk ‘dinding’ itu? Allah itu kan maha melihat mengapa perlu persoalkan, yang penting kita ikhlas untuk menyumbang kepada masyarakat.

Seperti tajuk di atas, kekayaan yang sebenar itu apabila kita mampu menyumbang untuk masyarakat dan orang tersayang. Tidak ada gunanya jika kekayaan yang dikurniakan Allah tidak dikongsi bersama orang yang lebih memerlukan.

Kadang-kadang kita tak sedar bila kita diberi rezeki lebih, itu hanya ujian Allah kepada kita. Jangan anda rasa hairan jika hari ini dia jutawan, esok dia menjadi seorang miskin.

Kita hidup bermasyarakat, baru 20 sen dah berkira. 20 sen tu berapa percent daripada pendapatan anda? Mungkin ada yang tidak bersetuju, namun itulah hakikatnya. Lebih banyak kita berkira, selagi tu rezeki susah nak masuk.

12 comments
  1. Khairul Zamri
    May 24, 2014
    Ya kekayaan sebenar bukan terletak pada harta namun kita sering disajikan mereka yang punyai harta itulah yang kaya
  2. Ammar
    May 25, 2014
    Kekayaan sebenar terletak pada budi seseorang itu.
  3. Hairul Hissam
    May 28, 2014
    lebih byk kita memberi, lebih byk rezeki yg akan kita terima.... insyaAllah..
  4. Sya Isya
    Jun 2, 2014
    the more you give, the more you will get. :)
  5. fyna
    Jun 2, 2014
    sangat setuju.
  6. suri
    Jun 3, 2014
    as salam.berapa yang kita ada hulurkan tak perlu nak main agak sahaja.itu kita sering beri alasankan
  7. Hero Borneo
    Jun 4, 2014
    bersedekah cara untuk jadi kaya..
  8. suri
    Jun 5, 2014
    orang kita suka berkira walaupun 10 sen itu nyata
  9. zara
    Jun 5, 2014
    bagus sekali video ni..mohon share ye..apelah sangat secawan teh pada mereka yang dapat minum 2, 3 cawan sehari..tetapi secawan yang disedekahkan besar maknanya..
  10. Arman
    Jun 7, 2014
    Dulu selalu dengar orang tua-tua menyebut "Tak apa tak kaya harta, tapi kaya anak". Kalau berkira sangat nak sedekah duit, sedekahkan senyuman......
  11. fatihah Yaacob
    Jul 25, 2014
    Kalau duit banyak tapi akhlak budi pekerti tiada, tak bermakna 1 sen pun kekayaan tu..
  12. ohcikgu
    Nov 24, 2014
    Ada sorang kawan buat camni dulu. Kagum kejap masa tu.
Amirul