9th Fira Malaysia Cup 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua bangsa dan agama.

Tahun lepas saya ada menulis tentang 8th Fira Malaysia Cup 2015. Pada 2015, itulah kali pertama saya menyertai pertandingan robotik antara Politeknik dan Universiti Awam. Pengakhiran yang begitu tragis bagi saya kerana tidak membawa pulang kemenangan.

Tapi saya tidak berputus asa selepas itu.

Seminggu sebelum berlangsung 9th Fira Malaysia Cup 2016 di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di Kuantan, saya dipanggil menerusi whatsapp untuk sertai latihan akhir untuk pasukan robotik. Saya ditugaskan untuk mewakili dalam kategori Hurocup. Saya pernah menggunakan robot ini sebelum ini… ia agak susah dan memerlukan masa untuk memahami source file dan movement robot ini.

Banyak rules yang kami tak tahu masa hari pertama di sana. Antaranya robot perlu ada inspection dan sebarang pengubahsuaian selepas itu tidak dibenarkan. First time PSP masuk hurocup, memang tak pernah tahu tentang tu. Rugi sebab tak sempat letak span dekat kaki.

Kami masuk 3 kategori untuk satu robot.

  1. Weightlifting
  2. Marathon
  3. Sprint

Weightlifting

Persediaan memang kelam kabut gila. Dengan CD untuk bar pun baru nak beli pada hari tersebut mungkin merupakan salah satu kegagalan kami untuk berjaya pada acara weightlifting.

Pengalaman yang tidak ternilai kerana pada hari tersebut kami diperli dan dipandang hina masa robot tak mampu angkat bar sebanyak 7x round. Dapat dengar dari mulut penonton “Robot tu tak gerak pun”. Masa tu memang down gila. Balik bilik terus tidur sambil meratapi kekalahan.

Nasib lah family dan kawan-kawan ada di saat saya memerlukan mereka dengan memberi sokongan dan motivasi untuk saya terus mencari medal pertama untuk hurocup.

Marathon

Sehari sebelum pertandingan, kami ada buat test run di litar. Terkejut juga permulaan litar marathon yang sangat sukar. Lantai mozek yang licin dan cerun untuk robot membelok sangat tajam. Tetapi semasa test run semua berjalan lancar robot sangat stable selepas kami adjust pergerakkan kaki dan kelajuan robot.

fira malaysia 2016 3

Masa tengah test run, tiba-tiba makin banyak skru yang keluar dari kaki robot. Tak salah lagi, robot kami dah injured. Rupanya skru yang keluar sebelum ini adalah dari kaki kiri.

Pada hari match, selepas undian dapat lak nombor 1. Kami mula dengan sangat laju tapi rugi kerana jatuh di tempat sama banyak kali. Mungkin kalau ada span, insyaallah tak jatuh boleh dapat medal gold.

Sprint

Sprint kami mendapat kelebihan apabila dapat test run pada malam sebelum acara di track. Memang pening kepala bab sprint ni sebab marker kami tak mampu detect banyak warna. Akan ada conflict dengan marker orang lain yang guna warna oren,merah,pink.

Pada hari perlawanan, untuk first round tak sangka robot kami mampu habiskan larian dengan cemerlang. Cukuplah satu round. Round seterusnya kami membuat ujikaji kerana kami menjangkakan sudah layak ke final.

Alhamdulillah, robot kami salah satu yang layak ke final kerana hanya empat robot yang mampu habiskan larian iaitu PSP, PUO, PPD dan POLISAS.

2 robot Darwin dan 2 robot Nao.

fira malaysia 2016

Gambar semasa sprint final dijadikan cover untuk berita di Awani. Robot kami merupakan yang terpantas pada mulanya tetapi silap untuk undur. Masa ni memang nervous kerana perlawanan ni ditonton oleh Ketua Pengarah Politeknik dan VVIP sendiri. Memang ramai sangat yang tonton match ni.

 

Saya dan Hong ketika setting robot

Saya dan Hong ketika setting robot

 

IMG_0757

Robot PSP yang pertama melepasi garisan pertama

Keputusan

Akhirnya, walaupun ahli Hurocup kami cuma 2 orang berbanding Poli dan Universiti lain yang ada 4 orang ahli tetapi kami berjaya untuk menyumbang satu medal untuk PSP.

Reff Hurocup juga mengucapkan tahniah kepada kami kerana first time join dah berjaya menang.

fira malaysia 2016 4

Terima kasih kepada Hong kerana bekerja keras. Pencapaian ini tak lah hebat macam orang lain, tetapi bila kita usaha sendiri dari kosong… rasa puas hati tu sangatlah memuaskan.

IMG_0808

Kotinjen2 dari PSP

 

Overall ranking

Overall ranking

Tapi tahun ini sedikit suram… tak ceria macam dulu. Saya cuba untuk berfikir sejenak apakah puncanya… rupanya tak sempat sikat rambut time final. Habis spoil gambar… Apapun UKM masih di hati budak2 PSP… #awekuekeemmmerecik

 

 

 

One comment

  1. imnajmi
    Jan 1, 2017
    perghhh sempoi...... tak lama teknologi kian evolved......... boleh jadi satu hari nanti... jadi macam filem real steel
Amirul