Usahawan Muda Berjaya – Pakar Buat Duit Online

Saya sebenarnya sangat kagum dengan seorang yang saya beri gelaran Usahawan Muda Berjaya. Mengapa? Beliau pakar buat duit dengan hanya online Facebook dan goyang kaki di rumah.

Jika diperhatikan, beliau masih muda. Setahun lebih muda dari saya. Malah beliau lebih berjaya dari saya. Perkenalan saya dengan beliau kira-kira tiga tahun lalu sewaktu beliau baru berumur 14 tahun pada 2011. Saya kira anda dapat membuat perkiraan berapa umurnya pada tahun ini kerana saya pasti yang membaca blog saya kebanyakkan berpendidikan tinggi sehingga penghujung dunia.

usahawan muda berjaya

Gambar beliau ketika baru pulang dari Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Jitra.

Usahawan Muda Berjaya

Sedikit biodata yang boleh saya kongsikan tentang usahawan muda yang berjaya berasal dari Changlun, Kedah. Beliau merupakan pelajar sekolah SMK Hosba yang juga berada di Changlun. Beliau bukan berasal dari keluarga yang senang, namun itu bukan penghalang beliau untuk menceburi dunia perniagaan online yang memerlukan pengetahuan dalam bidang teknologi.

Saya pasti sebahagian anda mungkin mengenali insan yang bernama Asyraf Asnawi di Facebook. Ya, betul tekaan anda. Beliau merupakan Pakar Fanpage di Facebook. Beliau sangat bijak dalam menguruskan fanpage, pemasaran online dan pakar buat duit dengan blog.

Menurut kata orang, beliau bukan sahaja pakar dalam facebook dan blogging malah banyak lagi bidang yang diceburi oleh beliau. Beliau seorang yang tidak menonjol dan tidak sukakan publisiti. Bagi saya inilah sifat seorang usahawan muda berjaya yang boleh pergi maju kehadapan. Bak kata pepatah diam-diam ubi berisi. Alangkah indahnya jika usahawan Melayu bersifat begini, tidak menonjol namun dalam diam-diam telah mengukir kejayaan dan tidak riak apabila berjaya.

Pakar Buat Duit Online

Jadi apakah rahsia buat duit online oleh Asyraf Asnawi? Saya telah cuba mengorek rahsia beliau, apa yang saya temui ialah beliau seorang yang istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara. Jika hari ini beliau tidak berjaya, beliau akan cuba sehingga berjaya. Selain itu, beliau membahagikan masa antara duniawi dan akhirat. Bagi saya ia tidaklah mengejutkan kerana gurunya merupakan Pakar SEO Malaysia.

Bagaimana si Asyraf Asnawi ini buat duit secara online? Beliau mempunyai banyak fanpage-fanpage yang besar serta follower yang ramai di sosial media. Beliau bijak mengambil kesempatan dalam isu semasa seperti MH370. Menurut sahabat baik beliau, dalam sebulan beliau mendapat lebih daripada 1000 USD melalui Adsense SAHAJA. Itu belum dikira dengan pendapatan beliau yang lain seperti pengiklanan melalui fanpage, menjual barang dropship dan affliate.

Mungkin bagi anda…. Alahhhh 4 angka saja ke? Tapi anda perlu ingat, beliau masih berada di bangku sekolah. Cuba anda lihat anak muda di sekeliling anda.. Merempit? Hisap Rokok? Menghabiskan duit mak bapak? Terlibat dalam gejala sosial? Bercouple- couple? Menjadi batak di Facebook? Maaf, mungkin ayat saya agak kasar namun itulah hakikatnya anak muda kita terus hanyut dibuai hiburan duniawi.

Interview bersama Pakar Fanpage, Blogger Malaysia

Amirul : Siapakah Idola anda dalam dunia perniagaan?

Asyraf : Idola saya sudah tentu Hakim Mahmud dan Awan Fantasia. Saya ni bukan setaraf mereka lagi. Mereka berdua sangat berjaya dalam bidang yang mereka ceburi, saya pun nak berjaya jugak macam depa la. Setakat ini saya hanya mampu tengok depa berjaya dan cuba untuk berjaya macam depa jugak. Saya cuba menuntut ilmu dari mereka secara pelan-pelan.

Amirul : Apakah rahsia kejayaan anda buat duit online?

Asyraf : Sebenarnya takdakpun rahsia apa, saya hanya ambil ilmu dari sifu-sifu dan blogger Malaysia.

Amirul : Siapakah sifu-sifu anda? Adakah anda menghadiri seminar, workshop atau membeli ebook?

Asyraf : Ada la sorang dua sifu, mereka tak mau dikenali. Saya banyak belajar secara online.

Amirul : Perniagaan apa yang anda buat di Internet untuk buat duit online? Setahu saya anda masih di bangku sekolah, dengan duit beribu-ribu yang anda dapat apakah yang anda buat dengan duit itu?

Asyraf : Pelbagai perniagaan saya lakukan di Internet. Duit saya simpan di bank untuk jaminan masa hadapan.

Amirul : Antaranya perniagaan Internet apa yang anda lakukan… yang paling menguntungkan lah.

Asyraf : Main fanpage, main blog dan lain-lain lagi.

Amirul : Berapa pendapatan minimum anda sebulan?

Asyraf : Itu terlalu spesifik dan saya perlu rahsiakan.

Amirul : Berapa lama anda berkecimpung dalam perniagaan online?

Asyraf : Sudah hampir 3 tahun setengah.

Amirul: Boleh saya tahu siapa rakan perniagaan anda di Internet?

Asyraf : Rakan perniagaan macam mana tu? Contoh? Saya buat kerja sorang-sorang ja.

Amirul : Adakah anda tidak mempercayai individu lain untuk bersama-sama mengembangkan perniagaan anda atau anda hanya penting diri dan mahu bolot duit itu sorang-sorang, bagaimana anda ingin menjawabnya?

Asyraf : Saya bukan takmau kerja dengan orang, tapi orang yang tak mau kerja dengan saya.

Amirul : Apakah pengalaman paling pahit anda sepanjang melakukan perniagaan di Internet?

Asyraf : Pengalaman paling pahit saya bila saya kerja dengan orang tapi tak dapat gaji.

Amirul : Apa pendapat anda tentang orang Kelantan kerana idola anda Hakim Mahmud berasal dari Kelantan?

Asyraf : Pendapat saya orang Kelantan ni semua baik-baik la dan semua boleh dipercayai.

Amirul : Apakah yang anda akan buat jika mempunyai modal sebanyak RM1 Juta?

Asyraf : Kalau saya boleh satu juta saya bukak syarikat la dan ambik anda sebagai kuli saya

Amirul : Adakah anda akan bergabung dengan syarikat idola anda Hakim Mahmud atau Awan Fantasia suatu hari nanti?

Asyraf : Ya, itu mungkin akan berlaku… saya akan bergabung dengan idola saya terutamanya dari Kedah lah.. Awan Fantasia

Amirul : Dalam perniagaan, ada waktu di mana kita akan musykil antara halal dan haram, siapa yang anda rujuk bila ini berlaku?

Asyraf : Banyak tempat saya jadikan tempat rujukan bab-bab agama ni.

Amirul : Di dalam Facebook anda, anda merupakan peminat bolasepak tegar. Apakah posisi anda apabila bermain bolasepak… striker atau penjaga gol?

Asyraf : Semua posisi saya boleh main, paling penting saya penjaring tetap untuk pasukan saya hahahaha

Amirul : Adakah anda mempunyai teman wanita?

Asyraf : Yang tu… rasanya terlalu personal lah

Setakat itu saja wawancara saya bersama Asyraf Asnawi – Usahawan Muda Berjaya dari Changlun. Seorang yang pendiam namun berfikiran jauh. Insyaalah, saya tidak akan menjadi kuli beliau tetapi menjadi rakan kongsi suatu hari nanti. Ceyhh ada hati nak jadikan saya sebagai kuli. Memang nak kena betul.

Apa pendapat anda tentang Asyraf Asnawi? Asyraf mintak saya bagitahu supaya komen yang murni-murni sahaja, komen yang liar akan didelete. Kah3….

Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

You may also like...

20 Responses

  1. Hahahaha nokharomm sungguh.

  2. Bahrain says:

    Bagus dapat pemuda yang pandai buat sendiri secara online… tertarik dengan salji turun. haha

  3. Nizarazu says:

    fuu.. tahniah anak muda, zaman sekolah aku dulu gi cc men irc je.. ekeke, tak terfikir pun nak buat duit online..

    • Amirul says:

      Asyraf Asnawi anak muda yang berpandangan jauh, tidak membazir masa melepak namun gunakan masa yang ada untuk melakukan perniagaan dan pelaburan.

  4. perghh!! mantop.. torbaik..kikiki.. smoga terus sukses anak muda.. 🙂

  5. titan says:

    tak kenal dan aku tak tahu teknik dia.

    so..no komen.

  6. Sya Isya says:

    uik, baru ni kenal. Bolehlah menuntut dari beliau selepas ni.

  7. Hero Borneo says:

    hebat dia tu…biasalah orang muda..dan ia permata yang mesti digilap lagi!

  8. encikarman says:

    adsense rm1k sebulan, hebat2 nih…

  9. Ammar says:

    Bila nak tulis artikel pasal aku pulak? Hahahaha

  10. kie says:

    tahniah!,, teruskan usaha..

  11. Kucing Comel says:

    Steady la dik. Moga dimurahkan rezeki lagi. Maju terus!

  12. mohd hither says:

    Seorang lelaki asnaf fakir miskin berasal dari Melaka. Sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Terima kasih.

  1. May 8, 2016

    […] Saya kenal beliau sejak 2010 lagi. Seorang yang tak banyak bercakap namun sekali dia bercakap boleh membuatkan orang lain terdiam kerana bahasanya sangat tinggi. Apa yang saya suka, beliau tunjukkan hasil sebelum membuka mulut. Sebelum ini saya pernah menulis tentang beliau di sini. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *