Tips Jimat Bateri Telefon Pintar

bateri telefon pintar

Nowadays, majoriti menggunakan telefon pintar di mana semuanya touch screen. Ada lagi eh orang pakai telefon keypad? Tapi gen Y pasti gunakan telefon pintar kerana lebih mudah berhubung menggunakan whatsapp wechat dan sebagainya. Namun kelemahan telefon pintar ialah jangka hayat baterinya yang tak tahan lama. Disebabkan itu, saya menulis tips jimat bateri telefon pintar 🙂

Sebelum ini saya kongsikan cara jimat kuota Internet di telefon pintar, boleh lihat di sini.

1. Cas penuh untuk pertama kali

Selalunya lepas beli telefon baru, penjual tu akan suruh kita charge dalam 8 jam telefon untuk kali pertama. Proses mengecas untuk kali pertama sangat penting dalam menentukan usia bateri. Ini kerana apabila kita mengecas bateri, seluruh sel dalam telefon kita berfungsi.

2. Tutup segala features yang jarang digunakan

Kebanyakkan telefon pintar sekarang mempunyai features istimewa seperti peranti dari Samsung dan Oppo. Contohnya features air gesture dan 2 tap to unlock boleh mempercepatkan pengunaan bateri telefon pintar. Jadi ada baiknya kita off kerana ia bukanlah sesuatu yang kita selalu guna.

3. Telebih cas punca bateri tidak tahan lama.

Kebanyakkan orang suka mengecas telefon sewaktu tidur. Kebiasaannya proses mengecas yang normal untuk bateri moden biasanya sekitar 2-4 jam dan bila kita membiarkannya semalaman dalam keadaan sedang cas (anggap kita tidur sekitar 6 jam), maka bateri akan mengalami “overcharge” selama 2–3 jam yang boleh menyebabkan bateri kembung.

4. Elakkan cas handphone dalam kereta

Kebanyakkan kereta sekarang mempunyai port usb untuk mengecas telefon bimbit. Namun bagi yang menggunakan port pemetik api sebagai sambungan usb untuk mengecas telefon pintar boleh menyebabkan bateri rosak lebih cepat. Voltage pada kereta sangatlah tidak stabil, terutama ketika kenderaan sedang berjalan dan menyebabkan arus tenaga yang masuk ke dalam bateri telefon juga tidak stabil. Maka apabila anda selalu mengecas dalam kereta, komponen bateri akan mudah rosak.

5. Kurangkan brightness paparan skrin

Kurangkan brigtness paparan skrin telefon pintar anda dapat menjimatkan bateri.Ini akan membantu memanjangkan kuasa bateri kerana skrin menggunakan kuasa yang rendah.

6. Skrin ke paparan standby

Bila tidak menggunakan telefon, dicadangkan mematikan skrin ke standby mode.

7. Power saving mode

Sesetengah model telefon pintar mempunyai power saving mode. Semuanya telah diset supaya penggunaan bateri yang minimum oleh pengguna secara langsung memangjangkan hayat bateri telefon pintar.

Kredit gambar : Cnet

Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

You may also like...

13 Responses

  1. Asyraf says:

    Nasib la telefon pintar saya tahan 1 2 hari.

  2. Saya dah jarang caj bila naik kereta..kalau tak dulu selalu minta suami cajkan

  3. muliani says:

    terima kasih atas perkongsiann..terbaikk

  4. Sekarang saya guna Samsung CandbyBar, dah 5 hari guna tak habis bateri lagi. Mungkin boleh capai 10 hari kot baru boleh caj pulak

  5. musadun says:

    satu lagi tips.. berhenti guna apps yang kononnya dapat menjimatkan bateri.

    ianya tidak lebih cuma placebo effect. Apps tu sendiri pun guna bateri, macam mana dia boleh jimatkan bateri..

  6. farisya says:

    ye..ni memang masalah sejagat…hihihi

  7. permatamama says:

    wauuu ni info yang sangat2 bagus patutlah fon selalu kehabisan bateri

  8. Sesekali kalau tak nak pakai data tu, boleh off je data. Data ni pun banyak tarik bateri jugak

  9. azrin says:

    sekarang ni iphone dah ada battery saving mode, below 20% automatik terus jadi saving mode. Tapi still cepat jugak habis.

  10. secret boy says:

    kalau mcm saya jenis pakai iphone mcm mana nk cek bateri kembung ke tak kalau “overcharge” ? mohon bg penjelasan

    • Amirul says:

      Apabila bateri cepat habis walaupun dicas penuh. Itu antara tanda2 baterikembung. Ataupun bahagian belakang fon akan timbul benjolan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *