Tips Beli Handphone Murah

Kali ini Amirul nak share pengalaman nak dapat harga handphone murah supaya anda tidak dapat harga kapak oleh si penjual-penjual gadget ini. Dalam jual beli ini, yang berilmu susah untuk ditipu dan yang tak ada ilmu akan mudah kena ‘kencing’. Anda nak jadi yang mana?

tips beli handphone murah

6 Tips Membeli Handphone Murah

1. Survey dan ketahui harga handphone/smartphone anda

Ketika di rumah, luangkan masa anda survey smartphone yang mempunyai ciri-ciri yang anda kehendaki di Internet. Selain itu jangan lupa mengetahui harga pasaran telefon tersebut. Jangan lupa juga untuk membaca review-review berkaitan handphone yang anda minat tu. Target dalam 5 jenis handphone untuk dibeli sebelum pergi membeli.

2. Kenalpasti lokasi ataupun kedai yang meyakinkan

Amirul lebih suka ke kiosk-kiosk berbanding kedai kerana harga kiosk lebih murah berbanding kedai. Namun anda perlu berhati-hati tempat yang anda beli… kalau boleh tanya kawan-kawan dekat mana mereka selalu beli handphone murah.

3. Tawar Menawar

Contoh jika anda ingin membeli sebuah fon, jangan hanya ke satu kedai tapi try survey semua kedai tanya harga berapa dia boleh bagi. Jika dia bagi RM1500, try mintak RM1400. Pandai-pandai acah dia buat beli tak nak beli. Kena physco penjual tu supaya dapat harga handphone murah.

4. Tengok Freegift apa penjual tu bagi

Sebenarnya penjual handphone paling banyak ‘buat duit’ dekat freegift ni. Pelanggan tak tahu harga handphone sebenar, tak tahu harga freegift seperti memory card, screen protector, flip case. Jadi kita kena survey selalu dan buat sedikit pengiraan dengan freegift yang penjual ni bagi.

5. Jangan bayar untuk software/apps

Jangan bayar jika si penjual itu caj anda untuk masukkan apps/software. Anda boleh install sendiri di rumah. Selalunya penjual akan install apps dalam smartphone anda secara percuma serta masukkan lagu-lagu dan video. 10 Aplikasi Wajib untuk Android.

6. Pastikan jaminan/warranty

– Warranty kedai/warranty pengeluar
– Pastikan set original/ set AP. Set original lebih mahal dari set AP.
– Berapa lama tempoh warranty. Lagi lama lagi bagus.
– Warranty aksesori contohnya bateri, software, speaker dll.
– Pastikan No. IMEI di handphone dan kotak pakej adalah sama (Dail *#06#.)

Setakat itu sahaja tips yang Amirul dapat kongsikan, semoga anda dapat membeli dengan harga handphone murah. Zaman sekarang, kalau tak ada smartphone tak puaslah hidup kan hehe.

Anyway aku cadang korang beli Xiaomi Redmi Note dekat Lazada sebab harga dia lebih murah berbanding kedai. Aku dah pernah membeli di Lazada, dan barang mereka memang ori dan tiada penipuan.

Kenapa aku cadangkan Xiaomi Redmi Note? Sebab specs tinggi tapi harga murah. Kamera belakang 13mp, depan 5mp, 8 Core, 2GB RAM, 3100 mAh dan Android Kitkat.
Lazada Malaysia

Setakat itu sahaja tips yang Amirul dapat kongsikan, semoga anda dapat membeli dengan harga handphone murah. Zaman sekarang, kalau tak ada smartphone tak puaslah hidup kan hehe.

Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

You may also like...

8 Responses

  1. kalo nak beli hp mmg kene hati-hati, lagi-lagi sekarang ni dah banyak hp clone. penjual ye2 kata ori tapi sebenarnya tiruan

  2. Fadhil says:

    paling tak digalakkan beli kat pasar malam. sah2 tiruan punya. kalau aku, memang beli dekat authorized seller. biasanya warrantynya memang terbaik.

    • Pendekar says:

      authorized seller memang terbaik….
      tapi kadang2 ada gak authorized seller ni dia jual hp clone.
      biasanya cina la yang buat macam ni…
      kata sorang kawan… cina tak menipu tak sah…

  3. Biasa kalau survey, saya cari kat mudah dan lelong je… 🙂

  4. titan says:

    aku dah terbeli yang mahal.

    jadi..memang susah la nak beli yang baru sekarang ni. haha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *